14 Ogos 2013

Harap-Harap Bukan C4 Bom yang Digunakan, Askar Direman Bantu Siasatan Letupan Di Tumpat


Askar direman bantu siasatan letupan di Tumpat

Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

"Suspek ditahan di Tumpat pada jam 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk.

Mazlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Polis sebelum ini mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan." Sejak bila polis Msia pandai menyiasat motif pembunuhan. Yg pompuan Mongolia kena bom tu tak perlu pulak disiasat motif pembunuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...