02 Mei 2013

GEMPAR ! PENGUNDI HANTU MULA DIANGKUT KE KUALA LUMPUR???

PENGUNDI HANTU Guna Pesawat Mewah Ke Kuala Lumpur??


Sementara Pejabat Perdana Menteri (PMO), Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia saling menutup tembelang yang pecah, sebentar tadi beberapa lagi penerbangan dari Sabah telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Selangor.

Menurut saksi, MAS menggunakan pesawat Boeing 747-400 yang hanya digunakan untuk penerbangan jarak jauh termasuk ke Los Angeles dan London tetapi anehnya ia cuma berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dua jam lepas.

Saksi tersebut memberitahu dalam posting di Facebook beserta gambar di atas sebagai bukti yang mengatakan:

Pesawat MAS Boeing 747-400 yg baru mendarat dr Kota Kinabalu, Sabah. Kebiasaan dlm penerbangan domestik MAS biasa menggunakan pesawat lebih kecil iaitu jenis Boeing 737-800, kegunaan pesawat yg besar spt ini biasanya utk penerbangan ke Los Angeles dan Eropah sahaja.

Tambah saksi itu lagi:

Pesawat jenis Airbus 330-300(bersebelahan dgn Boeing 747) jg dikhabarkan baru tiba dr Sandakan sejam yg lalu.



Ada juga saksi yang posting komennya di Facebook mengatakan:

Ray Chalmer Jefferson bro...saya salah seorang penumpang MH8614 (airbus 330)..semua penuh dengan pengundi sabah..yang nie comfirm pengundi asli tetapi ada diantaranya ic diragui..kami disambut oleh persatuan KDM(kadazan dusun murut)..pagi tadi ada 3 charted flight dari KLIA..kami berbaris dari jam 2.30 pagi untuk tiket,.di KLIA pada sebelah pagi ,kebanyakkan penumpang charted flight dan bangla,..tapi tak confirm bangla turun kkia atau chennai,sebab chennai ada flight pagi tadi..harap maklum..


Sementara itu, ibu kepada seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan negara meminta maaf atas tindakan anaknya yang terpaksa membawa ratusan penumpang warga Bangladesh dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.


Dalam posting yang dikirimkan sejam lalu, Mariyah Pit mendakwa anaknya tidak tahu menahu tentang hal tersebut kerana pada awalnya dia diarahkan untuk membawa kargo tanpa penumpang ke Kuala Lumpur.

Apabila menyedari pada saat akhir bahawa kargo yang dimaksudkan rupanya penumpang yang akan mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti, anaknya terus menghubunginya memaklumkan perkara itu sambil memohon maaf kerana telah mengkhianati amanah rakyat Malaysia.

Sambil tidak takut dikenakan tindakan kerana berani mendedahkan perkara itu, Mariyah turut meminta pembaca Facebooknya supaya berkongsi dengan semua kenalan kerana tindakan Umno membawa pengundi hantu sudah mengancam keselamatan negara.

Persoalannya, apakah penjelasan MAS, Air Asia dan PMO tentang hal ini??

JALAN PULANG

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian anak kak Mariyah, nasib baik bawak bangla, kalau bawak darah, hukum gantung mandatori, lain kali suruh anak kak Mariyah check dulu dia bawak aper, tu kan standard procedure seorg pilot, brapa passenger, brapa anak kapal, luggage brapa kilo, kalau bawak mayat pun pilot kena tau, lain kali suruh anak kak Mariyah keje ground jer sbb sebagai dia suma x tau

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa utk setiap operasi rahsia sesiapa pun tk akan tahu termasuk pengawal lapangan terbang..cuma perlu buat apa yg disuruh je..ada paham ka kicik!!!

Tanpa Nama berkata...

Kak yak ni wujud ke? red bean army dap ni..

Tanpa Nama berkata...

Dalam musim pru ni..semuanya kebetulan belaka..flight byk dan super extra tentulah nak memudahkan pengundi nak balik...ic pelik2 tentunya kesilapan pegawai daftar pening kepala byk keje cian..dakwat tak tahan basuh tu sebb lupa goncang plak. Maklumlah pompuan. Macam 2 lah cybertroopet oi...

Tanpa Nama berkata...

INILAH RAKYAT MLSIA YANG KITA PATUT UCAPKN TAHNIAH. KITA HARAP KEBENARAN AKHIRNYA AKAN TESERLAH. HARAP DPT BONGKAR DAN GALI LAGI. DJ

Tanpa Nama berkata...

INILAH RAKYAT MLSIA YANG KITA PATUT UCAPKN TAHNIAH. KITA HARAP KEBENARAN AKHIRNYA AKAN TESERLAH. HARAP DPT BONGKAR DAN GALI LAGI. DJ

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran apa membohong je ni... wujudkan persepsi dgn bukti palsu utk kelirukan rakyat... ingat hangpa boleh terlepas ke... polis akan siasat dan dedah semua... pilot dgn mak dia bakal masuk jail sbb buat fitnah n cubaan wujudkan ketegangan dlm masyarakat... mana ada ops rahsia yg boleh mudah terbogel macam ni la klu betul... anwar n team yahudi dah rancang sume ni.. jgn percaya...

Tanpa Nama berkata...

bodoh betul macai umno atas saya ni

Tanpa Nama berkata...

org umno dok diam diam..jgn bising..bodoh sorang sorang jgn ajak org..bodoh&%#&//#@

Tanpa Nama berkata...

apalagi ni, kalau ada 'bukti besar' dedah je la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...