29 April 2013

TERHOT ! RAYUAN TERAKHIR BEKAS PM NAJIB..MINGGU TERAKHIR ROSMAH DI PUTRAJAYA...SAKSIKAN



Jangan lakukan eksperimen, pesan Najib kepada rakyat Selangor

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat negeri Selangor supaya tidak membahayakan masa depan generasi akan datang dengan melakukan eksperimen mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Perdana Menteri berkata beliau memberi jaminan bahawa Selangor di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pasti akan menjadi sebuah negeri yang lebih maju.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata kerajaan pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan pelbagai janji termasuk isu air.

“Kita buat manifesto, saya tak panggil manifesto sebab Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) kata manifesto bukan janji.

“Kalau bukan janji, apa guna buat manifesto, sebab itu saya masukkan nilai tambah, tak panggil manifesto tetapi aku janji kepada rakyat.

“Saya tahu rakyat akan adili saya dan kerajaan BN, dan lebih daripada itu, akhirat nanti, Tuhan akan adili saya,” katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat Parlimen Klang di Pandamaran Jaya di sini, semalam.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, calon BN bagi Parlimen Klang dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya termasuk Datuk Maglin Dennis D’Cruz yang juga calon BN bagi kerusi DUN Kota Alam Shah.

Najib memberi jaminan bahawa Selangor akan mempunyai masa depan jauh lebih baik di bawah kerajaan BN kerana janji mereka adalah janji ditepati.

Katanya beliau tidak mahu dianggap sebagai munafik kerana golongan munafik adalah orang yang berjanji tetapi tidak mengotakannya.

Ketika Najib bertanya lebih 5,000 orang yang menghadiri majlis itu sama ada mereka mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mereka menjawab ‘tidak’.

Justeru, Najib meminta mereka mengundi calon BN jika mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri.




Beliau berkata pakatan pembangkang tidak boleh berpakat di antara satu sama lain kerana mereka berpakat ‘di depan sahaja, belakang cerita lain’.

“Orang Melayu tak terima dasar DAP, Cina takut PAS, PKR semua boleh, pluralisme boleh, LGBT pun boleh, semua boleh. Negara kita aman, Melayu, Cina dan India bersatu kerana falsafah kita di bawah 1Malaysia yang inklusif dan adil,” katanya.

Beliau menyifatkan perhimpunan malam ini menunjukkan isyarat jelas bahawa rakyat dan pengundi di Selangor sudah bersedia menukar kerajaan negeri.


Apa yang dicakap bekas pm najib nie  mengarut cuma andaian untuk menyedapkan hati beliau...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ummulmukminin ada sekali tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...