03 Mei 2013

TERKINI ! SU KERJA PKR KEDAH SUDAH DIBELI...LOMPAT TUMPANG TENGAH LAKU


Setiausaha  kerja pkr Kedah, Mohd Muhaimin Hassan umum letak semua jawatan dalam parti dan isytihar keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman dibuat pada satu sidang media yang sedang berlangsung di Harvard , Gurun petang tadi. Kelihatan timbalan Pengerusi umno Kedah hadir sama.

Semalam admin mendapat maklumat ada rancangan untuk Ahli-ahli PKR keluar parti di Star City Hotel, Alor Setar tetapi tiada maklumat apa yang diterima dan kemungkinan  majlis tersebut dibatalkan  .  

Menyusul lagi...

BERITA BERKAITAN :

TERKINI ! PENGERUSI PKR NEGERI KEDAH MASIH TERAJUI PARTI - SIDANG MEDIA

Ketika sidang media di Pejabat PKR Cabang Langkawi 
Sidang media 

4.00ptg 2/5/2013

Pengerusi PKR Kedah Dato' Wan Salleh Wan Isa hari ini menafikan sebarang tohmahan akan keluar parti atau meletakan sebarang jawatan diperingkat cabang dan negeri. Beliau juga menyangkal tentang khabar angin adanya pembubaran peringkat cabang di Kedah.

Serangan isu keluar parti telah dimainkan oleh parti lawan semenjak beliau tidak bertanding dimana-mana kerusi dalam pilihanraya 13 kali ini, beliau menjelaskan telah menolak untuk dicalonkan atas faktor kesihatan beliau semenjak kebelakangan ini.

Bagi merealisasikan pakatan ke Putrajaya beliau sedia berkorban dan telah berusaha keras sepanjang 5 tahun kebelakangan ini bagi mengetuai PKR Kedah.

Beliau terus menyokong calon-calon yang dipilih untuk bertanding di Kedah malah sebelum ini beliau telah membantu berkempen di Jerlun, Padang terap, Alor Setar serta Langkawi.

Dalam sidang media yang sama calon Parlimen Langkawi Dato' Ahmad Abdullah turut hadir dan menyatakan beliau amat berhutang budi diatas kerjasama dari Dato' Wan Salleh dan pihak jawatankuasa cabang PKR Langkawi dan jentera-jentera parti baik PKR dan PAS.




DS Anwar ketika menperkenalkan calon pakatan di Langkawi hari ini , Dato' Wan Salleh turut hadir dalam program lawatan DS Anwar ke Kedah.

Kedahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...