30 April 2013

TERHOT ! KOLEKSI KERETA-KERETA MEWAH NAJIB TERBONGKAR !!! ( ADA VIDEO )

Video garaj kereta rumah Najib ~ koleksi kereta mewah PM kita terbongkar


Gambar ni dirakam di Garaj kereta rumah Najib. Cuba kira dan listkan jenis kereta mewah yang beliau miliki..Dalam dia suruh kita berjimat cermat,dia umpan rakyat dengan BR1M,KR1M.. rim rim lagi ntah apa ntah.. kita undi dia dan dia boleh merembat lagi aset dan harta negara sewenang wenangnya...

Silakan tambah koleksi Najib ya.. padan mooka hangpa semua.. baru ada akai!!





PECAH BERITA ! VIDEO DEDAH DAKWAT TAK KEKAL TERSEBAR !!!


Malaysiakini dedah dakwat tak kekal, Buletin TV3 malam ini sembunyi aduan undi pos seleweng.....

Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR



Seorang anggota keselamatan Malaysia sedang ditanda jarinya dengan dakwat kekal sebelum mengundi secara pos bagi Pilihan Raya 13 di sebuah kem tentera, Kuala Lumpur,  AFP

KUALA LUMPUR, 30 April — Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan minyak enjin motor atau bahan-bahan lain boleh digunakan untuk menanggalkan dakwat kekal pada pengundi, pelbagai bantahan tercetus mengatakan ia tidak boleh kekal seperti dikatakan.

Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.

“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.

“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.

Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.



“Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali,” terang Abdul Aziz lagi.

Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.

“Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.

“Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR,” katanya lagi.

SPR telah menyediakan lebih 200,000 unit botol dakwat kekal untuk kegunaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada jumlah itu, 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal, manakala selebihnya untuk kegunaan pengundi biasa.

Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.

PECAH BERITA ! DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL...BUKTI SAHIH TERSEBAR..!!!! SEBARKAN


 BELUM HABIS LAGI PROSES UNDI AWAL (POLIS DAN TENTERA), NAMPAKNYA SPR DAH KANTOI, PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL, YANG DIKATAKAN KEKAL HINGGA TIGA HARI, RUPANYA TAK KEKAL MANAPUN....TAK SAMPAI SATU HARI DAH BOLEH TANGGAL....TIAN CHUA TELAH MENGEMUKANKAN LAPORAN POLIS, MENDESAK PIHAK POLIS MENYIASAT TERHADAP PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA OLEH PIHAK SPR SENDIRI......PIHAK SPR PERLULAH JAWAB KENAPA KAADAAN INI BOLEH BERLAKU....TOLONGLAH JANGAN INGAT RAKYAT MALAYSIA NI BODOH SANGAT .......


Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal.

ohhh kotor permainan SPR terik ning !

SUMBER : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=575019542531324&set=a.147653551934594.24500.146443882055561&type=1&theater


KENYATAAN AWAL  DARI PAS

Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR

Oleh : Muhammad Faeez Azahar, 30 Apr 2013

IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi
.   ~ Sumber berita


Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam

Harakahdaily, 30 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.

Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.

“Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.

Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.

Justeru, ujarnya sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Oleh itu, jelas beliau amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

“Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan.

“Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera.

Jika SPR enggan, ujarnya maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat.



“Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut,” katanya.
MENYUSUL LAGI....

PECAH BERITA ! GAMBAR-GAMBAR DAKWAT KEKAL ALAH SABUN TERSEBAR ??....SPR TOLONG BERI PENJELASAN SEGERA !!!


Gempar ~ Dakwat kekal yang dicalit boleh hilang hanya dengan sabun!


Hanya dengan mengunakan sabun,belum lagi tinner atau petrol dakwat kekal yang diberikan SPR untuk dicalit sebenarnya ink biasa untuk stam cap jari!!!!????

What the Fak la SPR ni ... nak menangkan BN beria ia sangat ni kenapa?
Nah.. seorang pengundi awal hari ni telah membuat demo selepas beliau balik dari mengundi. Hanya dengan mengunakan sabun.. dakwat tersebut hilang sedikit demi sedikit!!! 

Nampaknya PENGADIL perlawanan bola antara Islam dengan Israel.. pengadil berat kepada israel kali nih..



SUMBER BERITA



PRU 13 - SPR penipu - Dakwat kekal boleh di padam....?

Memang dah syak dah,, memang kerja jahat SPR...
Ramai kawan-kawan dari TLDM dah mengadu....

As-salam. Saya baru masuk Blog King of Goblok tengo kpasal dakwat tu. saya try basuh, boleh hilang dgn sabun. tak terfikir plak nk buat video. Hampeh!!!.  Sumber Berita





BERITA BERKAITAN :,

Anggota ATM, PDRM, serta pasangan undi awal hari ini


APRIL 30, 2013

Ahli petugas keselamatan beratur semasa pengundian awal untuk Tentera Tentera Malaysia (termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia) di SK Kememtah, Kem Kememtah, 

 MayKUALA LUMPUR, 30 April — Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini.

Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.

Pagi ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau proses pengundian awal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini bagi polis serta Kem Wardieburn di Jalan Genting Klang di sini untuk anggota tentera.



Seramai 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing telah mula mengundi 30 April, 2013.Semalam, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.

Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.

Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. – Bernama



PECAH BERITA ! BN KEDAH SAMBUT NAJIB DENGAN BENDERA PUTIH...APA DAH JADI ???

Kenapa BN KEDAH sudah pasang bendera putih di bangunannya..???

GAMBAR DIRAKAMKAN DI DEKAT BANGUNAN UMNO BN ALOR SETAR


Najib (dua dari kiri) disambut oleh Ahmad Bashah (kiri) semasa tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.-TMI

ALOR STAR, 30 April — Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja di Kedah.

Ketibaan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini pada pukul 9.20 pagi disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung serta pucuk pimpinan BN negeri.

Najib memulakan lawatan dengan bersarapan bersama orang ramai di pekan Kepala Batas yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra dan Parlimen Kubang Pasu.

Beliau kemudian akan merasmikan Sekolah Kebangsaan Taman Awana di sini.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri dan rombongan akan ke Baling untuk menghadiri majlis perjumpaan rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang.

Najib kemudian akan ke Pulau Pinang untuk lawatan kerja di sana.
– Bernama

TERHOT ! Tiga Bekas Exco Kedah daripada PKR letak jawatan dalam Parti


 

Tiga Exco Kedah daripada PKR letak jawatan, dakwa dikhianati parti

Tiga Exco Kedah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa telah dikhianati.


"Kami dikhianati," kata Naib Pengerusi III PKR Kedah Datuk S. Manikumar, mewakili dua lagi Exco, Lim Soo Nee dan Tan Joon Long@Tan Chow Kang. Manikumar ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Merbok dan Tan, Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Naib Pengerusi Cabang Sungai Petani serta Ketua Pasukan Keadilan untuk Bangsa Tionghua Kedah serta Perlis, manakala Lim ialah Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Ketiga-tiga mereka tidak dicalonkan semula oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Manikumar berkata mereka bertiga sebulat suara bersetuju melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti itu kerana mendapati berlaku pengkhianatan terhadap mereka oleh kepimpinan tertentu dalam parti.

"Ini telah membawa kepada situasi "mundar-mandir" dalam politik Kedah di mana 10 kerusi yang ditandingi oleh PKR kali ini telah mengalami penyusutan dalam sokongan keseluruhan.

"Saya adalah penyandang kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Bukit Selambau, menang pada Pilihan Raya Kecil 2009 dengan majoriti 2,403 undi tetapi tidak diberi semula ruang untuk bertanding," katanya pada sidang media di sini.

Ketiga-tiganya bagaimanapun kekal sebagai anggota PKR, namun tidak akan mencampuri urusan parti, termasuk menghadiri mesyuarat parti.

Manikumar berkata mereka kecewa kerana tidak mendapat penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR mengenai mengapa mereka digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 ini.

"Kalau kita tengok hari ini, dalam Majlis Kepimpinan negeri, secara keseluruhannya kami adalah antara lima kepimpinan utama di peringkat negeri.

"Namun, sehingga kini, tidak terdapat satu pun maklum balas atau surat penjelasan daripada PKR pusat, malah Pengerusi PKR negeri Datuk Wan Salleh Wan Isa sendiri tidak mendapat sebarang notis mengenai situasi ini," katanya.

Mereka bertiga adalah antara nama-nama utama dalam Majlis Kepimpinan negeri yang tidak dipilih sebagai calon pada PRU kali ini.

"Kita tak tau bagaimana percaturan politik di peringkat atasan, siapa yang pilih, "tangan-tangan ajaib" mana yang menentukan hala tuju parti PKR secara keseluruhan yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini," katanya.

Sementara itu, Tan berkata beliau sudah "tiada hati" untuk bekerja bersama PKR selepas disisihkan oleh parti.

Lim pula berkata keputusan untuk meletak jawatan diambil selepas perbincangan dengan Wan Salleh dan beliau dinasihati untuk berbuat demikian.

"Saya meletak jawatan bukan kerana tidak "lekat" sebagai calon tapi disebabkan perkara lain. Tidak terpilih sebagai calon memang sudah dalam jangkaan saya," katanya.

Pada PRU12, PKR menang empat kerusi DUN. Seorang calon Bebas yang menang kerusi Dun Bukit Selambau, V. Arumugam kemudian menyertai PKR.

PKR diberikan tiga kuota untuk Exco negeri yang diisi oleh Tan Wei Shu (Bakar Arang), Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan V. Arumugam. Wei Shu dan Mohammad Radzhi kemudian keluar daripada parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala Arumugam meletak jawatan.

Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau pada 2009 dimenangi oleh Manikumar. Tiga kuota exco kemudian diisi Manikumar, Lim dan Tan. - Bernama


Waa....Huh hebat.....mau tendang sapa.....nie.....

SAYA MASIH KUAT... Tan Show Kang melakukan sepakan Kungfu sambil disaksikan S. Manikumar selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan peletakkan jawatan mereka dalam parti di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. Aksi itu dilakukan bagi menunjukkan kepada pimpinan pakatan pembangkang bahawa beliau masih kuat dan layak untuk dicalonkan semula, sekali gus menepis alasan kononnya masalah kesihatan menjadi punca dia disingkir daripada bertanding di DUN Sidam pada PRU-13. - UTUSAN/SAFRIZAL


29 April 2013

TERHOT ! SAH BEKAS MENTERI AMAH INI GILA..??!!!

Niat pembangkang ambil alih pentadbiran negara tidak munasabah


Datuk Seri Dr Rais Yatim

Semenjak digugurkan dari menjadi calon , bekas menteri umno makin sasau.. cakap pun semakin merapu, hanya BN yang layak memerintah katanya......

JELEBU - Niat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara ialah sesuatu yang tidak munasabah atau masuk akal, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana pembangkang menghadapi beberapa masalah dalaman yang dilihat boleh menggagalkan mereka untuk mencapai apa yang diharapkan selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

"Pertama, mereka berbalah antara satu dengan lain, kedua mereka tidak mengetahui atau menyebut lagi apa yang mereka manifestokan dan ketiga mereka masing-masing cuba menunjukkan sifat 'hero' atau kegagahan dan tidak menonjolkan kesepakatan.

"Jadi, berasas kepada permerhatian ini, saya tidak yakin langsung bahawa sama ada PKR atau Pas mahu pun DAP akan dapat memerintah Negeri Sembilan atau kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais ditemui dalam siri kempen calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali di Bilik Gerakan Dun Sungai Lui, Air Hitam, dekat sini.

Katanya justeru rakyat diingatkan untuk tidak menggadai masa depan dengan membuat perhitungan mengikut nafsu politik semata-mata dan memilih pembangkang pada PRU13 ini.

Rais yang merupakan penyandang kerusi parlimen Jelebu dan tidak bertanding pada PRU13 ini berkata kemampuan pembangkang yang kabur selain perancangan mereka yang 'kusut' tidak mampu menandingi apa yang dilaksanakan kerajaan.

"Dalam keadaan sedemikian apa yang telah kita peroleh dalam BN, dirasai oleh rakyat dan kita akan tunjukkan bahawa bukti janji ditepati ini akan menjadi realiti terus menerus," katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan dari pihak luar bagi menghadapi PRU ini, Rais berkata jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pembangkang di negara ini amat lemah dan tidak mampu 'berdiri di atas kaki sendiri'.

Dalam hal ini Rais menuntut rakyat agar berfikir secara rasional tentang kesan dan akibat terhadap negara ini jika pembangkang yang disokong pihak luar mengambil alih pentadbiran negara. - Bernama



TERKINI ! PEJABAT PAS SEMPORNA DISERANG SAMSENG UMNO !!!

Pejabat PAS Semporna didakwa diserang

Suatu kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul.

Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu.

Menurutnya, serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.

Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.

Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.
Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.

"Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan.

Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.

Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.

Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.

Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.

"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.
Firdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian.

"Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.

Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.

BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu

Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.

Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.

"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.

PECAH BERITA ! KEBIMBANGAN BN AKAN HILANG PUTRAJAYA SAMPAI KEKEMUNCAKNYA...MAKLUMAT YANG DIBOCORKAN..!!!!



(Majlis Profesor Negara ketika dilancarkan oleh Najib)

Putrajaya: Majlis Profesor Negara mesyuarat tergempar

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi.

Sementara itu, berita angin bertebaran memaklumkan kerja-kerja membersih 'kekotoran' sedang aktif dibuat di Putrajaya.

Apakah benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.
Klik di bawah untuk membaca tulisan Lutfi sepenuhnya.

Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!


Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!

Ahmad Lutfi Othman, 



Saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada apabila menonton TV, bukan terhad hanya kepada slot berita tetapi juga rancangan bualbicara selepasnya, diselangi iklan-iklan politik tidak berbayar. Saya juga terpaksa berusaha menenangkan diri sendiri ketika menatap akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun menyedari degup jantung tambah kencang berdepan siri "pembelasahan" media, saya gagahi juga. Selepas tujuh hari berkempen, saya belum sempat turun mendengar ceramah, merasai situasi sebenar di lapangan. Selain laporan internet -- melalui portal berita, blog dan juga Facebook -- saya terpaksa melanggan akhbar-akhbar utama dan memasang telinga mendengar (bukan menonton) Buletin Utama TV3, bagi mengetahui pendekatan kempen BN yang tidak beretika itu.

Untuk mempertahankan survival BN yang terancam, peneraju media menjadi tidak rasional lagi. Proses "pembodohan" umat berlangsung secara besar-besaran. Berduyun-duyun sang profesor (termasuk dari disiplin sains politik) membentangkan sudut pandangan, sedangkan yang diluahkan tidak lebih daripada pengulas bertaraf jurucakap parti.

Apabila saya singgung isu-isu yang dimainkan media di bawah kawalan mutlak Umno-BN itu dalam FB, segera reaksi rakan-rakan yang mengaku mereka sudah lama tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3.

"Aku juga dah tak baca The Star, yang cuba berlagak bebas tapi semasa kempen PRU13 bertukar tukang propaganda murahan," ujar kawan lama dari Alor Setar. "Buang masa, membazir duit hang beli Utusan atau Berita Harian, juga menonton berita TV3," tambahnya meminta saya menjaga kesihatan dengan tidak memudaratkan diri menatap media talibarut Umno itu!

Sukar untuk memastikan sama ada media konvensional yang terjajah ini masih mempunyai pengaruh besar, namun saya yakin kewibawaan dan integritinya menjunam teruk.

"Lutfi, tak payah susah hatilah dengan pemberitaan songsang mereka, hanya satu jalan untuk mengubah keadaan, rehatkan saja BN. Buang masa saja kau bersama KAMI timbulkan isu akses media semasa kempen ini, tumpukan saja hari-hari terakhir ini untuk Harakah jelaskan kekeliruan yang dicetuskan media Umno dan fokuskan tawaran Pakatan," tegur seorang bekas editor kanan.

Menginsafi rangkaian Harakah masih terbatas, saya dan rakan-rakan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bertindak melancarkan promosi di beberapa lokasi, di seluruh negara, sambil mengedarkan sisipan Bangkit secara percuma.

Khamis lalu, semasa saya melakukan tinjauan singkat ke Bukit Gantang dan Kuala Kangsar -- dua kerusi Parlimen yang ditandingi PAS -- saya menitipkan sejumlah T-shirt khas buat wartawan sambilan Harakah di Perak, Muhd Faeez Azahar.

"Sambil edar Bangkit dan tabloid Inikalilah, jangan lupa berkempen untuk Harakah, terutama di kawasan strategik dekat Ipoh ini," ingatan saya kepada Faeez, anak muda yang berkampung di Pejabat Perhubungan Negeri sepanjang kempen PRU13.

Alhamdulillah, berkat sumbangan pembaca Harakah untuk dana projek penerbitan kempen PRU13 KAMI, hampir 200,000 naskhah Bangkit berjaya diedarkan ke lokasi tertentu. Mungkin ia tidak mampu menyaingi edaran percuma edisi petang Berita Harian dan Utusan Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya menawarkan sumber maklumat alternatif.

Di sebelah tengahari 25 April itu, saya ditemani wartawan senior, Johari Jaafar, bertemu Ustaz Idris Ahmad, di pejabat Pusat Khidmat (bekas) Ahli Parlimen Bukit Gantang, dekat Changkat Jering. Rakan sepejabat, Khairul Hartimi Tajudin memandu dari Kuala Lumpur, memudahkan urusan saya.

Idris yang juga penasihat editorial Harakah menyambut kami. Agak keletihan, tetapi tetap menyerlahkan keyakinannya. Saya tidak banyak bertanya peluangnya untuk mengekalkan kemenangan Nizar Jamaluddin -- dan sebelumnya Allahyarham Roslan Shahrom -- tetapi cuba merisik pandangan AJK PAS Pusat ini terhadap potensi Pakatan Rakyat untuk "membebaskan" Putrajaya.

Selama ini, termasuk ketika bermesyuarat setiap Selasa dan JUmaaat di Harakah, Idris seperti juga saya, cukup berhati-hati dengan peluang ke Putrajaya. Kami berkongsi kerisauan tentang sikap pengundi Melayu, terutama di kampung-kampung, dalam usia melebihi 40 tahun, yang dilihat masih terpengaruh dengan dakyah perkauman Umno.

"Ustaz, rata-rata ana pergi, ramai bercakap Pakatan boleh menang, malah ada sahabat menggesa ana membuat persiapan operasi Harakah selepas 5 Mei nanti, apa jadi Harakah selepas kita menang?" saya mengintai ulasan Idris.

Dia tersenyum lebar. "Ana pun rasa begitu," katanya tanpa teragak-agak. Segera saya teringat beberapa hari sebelum itu, Dr Mohamad Agus Yusoff semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama.

Seorang lelaki melewati usia 60 tahun yang bersama kami dari awal segera bangun, bersalam erat dengan Idris, tanda puas dengan reaksinya. Kami sama-sama ketawa.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," maklum saya kepada Idris. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama."

"Apa pun kita jangan leka, usah pandang rendah jentera kempen BN terutama melalui media dan agensi kerajaan sejak lama dulu," kata Idris, sambil merujuk sikap penyokong tegar Umno yang ditemuinya sepanjang kempen. "Ada yang langsung tak makan dengan hujah, kita hanya harapkan perubahan anak-anak mereka, yang lebih terdedah dan terbuka," tambahnya.

"Apa yang menarik minat pengundi, Ustaz?" tanya saya. "Tawaran kita, seperti hapuskan tol dan PTPN, rendahkan harga kereta, mekanisme turun kos sara hidup. Ana tak letak banyak tawaran kita, tumpu yang utama saja," katanya sambil menunjukkan booklet pengenalan dirinya. "Harakah patut jelaskan lebih terperinci dengan sokongan fakta meyakinkan," ujar Idris.

Sebelum kami beredar, Idris memperkenalkan wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang menunggu di luar. Zulaikha dari Kuala Lumpur turun ke Perak membuat liputan di "kerusi panas" seperti Kuala Kangsar, Lumut, Larut, Sungai Siput dan Bukit Gantang sendiri.


Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak.

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.

Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah.
~ Harakahdaily

GEMPAR TANDA PUTRAJAYA NAK MELAYANG ! MAHATHIR MULA MERAPU SURUH HUSAM BALIK JUAL GORENG PISANG DI KELANTAN..!!!

Mahathir Dah Tahu BN Nak KALAH Di Putrajaya?


Belum pernah sebegini terdesak diperlihatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila semakin jelas dan nyata bahawa rejim kuku besi itu seakan sudah merasakan mereka akan kalah dalam pilihan raya.

Jika tidak mengapa Mahathir Mohamad menyerang calon PAS, Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam seolah memberi petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata; 


“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali, minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.

“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.


Mahathir terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding mana-mana negeri BN.

Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca daripada cacian Mahathir ialah;


 jika Putrajaya kubu kuat Umno dan BN, mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh kepada “orang yang tak sepatutnya.”

Pertandingan di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Adnan Mansor.

Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya.

Adnan berasal dari Melaka. Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.

“Bagi Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS enam hari lagi. Pastilah gelabah,” kata satu sumber Umno.

“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti ceramah Husam selepas balik ke rumah di Ustream.


Nampaknya Mahathir tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.

Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka. “Selain mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main?

Manifesto hancur. Janji Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti Najib, itupun sudah dipintas Anwar.

6 hari terakhir ini, BN bakal 'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat beliau.

Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN, Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya.

Husam, katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.

“Saya dengar mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan semua untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan, Chen Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya.

TOHMAHAN KUIN - LIHAT PENJELASAN PENDAFTAR Kuin...!!!

UMNO dok FITNAH teruk-teruk KUIN pasai pa???


KUALA KETIL – Tohmahan yang menyatakan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini akan ditutup adalah tidak benar apabila proses pembelajaran dan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Pendaftar KUIN, Dato’ Latifah Hasan menjelaskan bahawa masalah penginapan pelajar yang berlaku sebelum ini telah selesai kerana pelajar yang ada sekarang dipindahkan ke asrama yang disediakan oleh KUIN di kawasan berhampiran dan ada yang menyewa rumah sendiri.

“Tetapi penginapan untuk pelajar-pelajar yang belum berpindah ke sini masih belum ada kerana Taman Insaniah belum siap sepenuhnya, kemungkinan besar mereka akan berpindah ke sini pada bulan Disember ini.“Selain itu, kita sedang membina asrama ‘fast track’ untuk pelajar-pelajar baru yang akan memuatkan seramai 1000 orang dan dijangka siap pada bulan Jun ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut menjelaskan bahawa kelengkapan yang ada di KUIN semasa mula-mula masuk adalah cukup lengkap dan selesa berbanding universiti lain kerana semasa permulaan pembukaan UUM, masih terdapat jentera yang keluar masuk dalam universiti itu.

“KUIN akan terus berkembang dan sekarang kita mempunyai 47 program, kita akan memantapkannya terlebih dahulu, jangan bimbang kerana sesiapa pun yang memerintah Kedah pasti akan meneruskan impian negeri Kedah untuk memiliki sebuah universitinya sendiri, yang dasarnya adalah Islamik.

“Apa yang saya suka dengan KUIN adalah kerana ianya menggabungkan pengajian Islam dan konvensional, tambahan pula trend masyarakat sekarang ni yang sudah kembali kepada Islam,” katanya.

Tambahnya, KUIN telah memulakan sistem pendidikan seperti ini lebih awal. Setiap kuliah yang ditawarkan di KUIN menggabungkan Islam. Sebenarnya sistem ekonomi yang dipelajari dahulu adalah sistem ekonomi bukan Islam.

Maka, kini pihaknya mahu semua sistem menjadi Islamik contohnya perbankan Islamik dan perubatan Islamik. Sistem KUIN adalah sama seperti UIA dan KUIN adalah seperti anak kepada UIA. KUIN akan berkembang ke arah itu dan beliau berharap IPTA di Malaysia juga akan berubah ke arah Islamik.


PECAH BERITA ! PUTRAJAYA GOYANG SABAH & SARAWAK SUDAH HILANG..!!! ( + VIDEO -Sabah Hilang )

Lebih 2,000 dari suku Murut sertai KEADILAN, BN Beaufort keluar parti


BEAUFORT 28 APRIL: Gelombang kebangkitan rakyat Sabah semakin ketara berikutan kira-kira 2,000 orang masyarakat Murut di Sabah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat apabila menyertai KEADILAN ketika kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beaufort, semalam.

Sebaliknya, Umno Beaufort terus lumpuh berikutan 16 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, Pemuda (32 orang) dan Wanita (59 orang) menyerah borang keahlian untuk menyertai KEADILAN.


Selain Umno, parti komponen mereka, MCA juga menerima nasib sama apabila 23 pemimpin dan ahli mereka meninggalkan parti berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Ketua Umum KEADILAN dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di perkarangan rumahnya yang dihadirian ribuan rakyat.



RASIS PUNCA BN TERLEPAS KERUSI LABUAN?


SUNYI ......Markas BN di Ganggarak seperti berkabung kerana kemeriahan pilihanraya tidak begitu terasa disebabkan pemimpin veteran diketepikan Calon BN yang terlalu taksub dengan semangat parokial yang tinggi.

Oleh : MUTALIB M.D

HANYA tinggal tidak sampai satu minggu lagi rakyat Labuan akan turun untuk menunaikan tanggung jawab mereka memilih Ahli Parlimen Baru bagi menyumbang satu kerusi ke Putrajaya; UMNO Labuan terus dibelenggu krisis dalaman kerana pilihanraya semakin hambar disebabkan Calon BN, Rozman Haji Isli terlalu rasis dan mengamalkan semangat parokial yang terlalu tinggi.

Tinjauan Sabahkini.net di sekitar beberapa Pusat Mengundi di Labuan mendapati seolah-olah 'berkabung' dan dapat merasai karier politik Rozman bakal berakhir pada PRU-13 kerana rakyat kebanyakan semakin tertarik kepada calon korporat PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin.

Dengan penarikan diri Calon PAS, Hadnan Mohamad, kem Pakatan Rakyat menerima lonjakan semangat dengan sokongan DAP dan berpaling tadahnya masyarakat Cina daripada menyokong BN; merupakan malapetaka paling malang bagi kerusi yang semakin panas ini.

Ketaksuban Rozman dan sifat individualistik yang tumbuh dalam dirinya mula membakar secara perlahan dan menimbulkan kejengkelan di kalangan para pengundi yang melihat seolah-olah Rozman tidak memerlukan undi mereka untuk menang.

Bukan lagi rahsia, kempen Rozman berkiblatkan dan mendewa-dewakan kepentingan suku kaumnya, Kedayan telah menghiris luka hati suku Kaum Brunei, yang membentuk komposisi terbesar di Labuan.

Entah disebabkan sibuk atau syok berkempen untuk diri sendiri, Rozman seolah-olah melupakan terus para pengundi di PDM Patau Patau 1, Patau Patau 2, Ranca Ranca Laut, Ranca Ranca Darat, Bebuloh Laut, Bebuloh Darat, Kg Gersik dan Saguking, Ganggarak, Lubok Temiang, Batu Manikar, Nagalang, Batu Arang, Sg.Keling, Sg Bedaun dan sebagainya yang merupakan kawasan Majoriti Melayu Brunei.



Anwar di Labuan, Sabtu 27/4/13

Rozman mungkin lupa bahawa di kebanyakan kampung Kedayan, Suku Brunei membentuk sekurang-kurangnya 30 sehingga 40 peratus; malangnya di kebanyakan kampung tersebut Suku Brunei lebih banyak dari Suku Kedayan.

Sikap ego dan besar kepala yang ditunjukkan Rozman semakin ketara apabila beliau secara peribadi enggan membenarkan Mantan Ahli Parlimen, Datuk Abduk Mulok Awang Damit, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Yusof Mahal berceramah dan berkempen; sebaliknya menggunakan tenaga muda 'Kedayan' yang langsung tidak berpengalaman, terutama Majlis Belia Labuan, NGO yang nyawa-nyawa ikan.

Embargo terhadap Mulok, Suhaili dan Yusof menunjukkan Rozman mempunyai agenda peribadi dan seolah-olah dikongkong oleh pemimpin berhaluan kiri dalam UMNO Labuan, terutama Haji Bashir dan Mohd Raffe.

Usaha Sabahkini.net untuk menghubungi Mulok, Suhaili dan Yusof masih tidak berjaya; manakala Rozman enggan melayani panggilan Sabahkini.net yang disifatkan cuba mensabotaj kempen beliau.

Dalam pada itu, para pemerhati politik di Labuan yakin Rozman akan tewas di tangan Ibrahim yang semakin meraih sokongan, ekoran Ketua Cawangan dan Ketua Kampung semakin menjeruk hati kerana Rozman tidak langsung memerlukan khidmat mereka untuk berkempen.

Sikap Rozman mengenepikan pengundi berusia 45 ke atas amat bahaya kerana golongan tersebut membentuk lebih daripada 40 peratus daripada polarisasi pengundi Labuan yang selama ini penyokong tegar BN; berbanding dengan belia yang kurang komited terhadap parti dan sering meremehkan tugas untuk mengundi.

Untuk rekod, terdapat 24,457 pengundi berdaftar di Labuan termasuk 1,500 pengundi Pos; masing-masing Melayu 9,604 orang (39.27 peratus); Cina 5,670 orang (23.18 peratus); India 353 orang (1.44 peratus); Bumiputera Sabah 7,717 orang (31.55 peratus); Bumiputera Sarawak 424 orang (1.74 peratus) dan Kaum Lain 687 orang (2.80 peratus); lebih 45 peratus daripadanya generasi muda yang celik IT.

Dalam keadaan yang semakin meruncing, dengan sokongan yang tidak menentu; para penceramah hingusan yang dijemput berceramah di Majlis Kempen BN Labuan; gagal mematahkan isu yang dibawa oleh Pembangkang di Labuan; bagaikan ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi bontot penuh tahi.

Tidakkah pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan dan Perdana Menteri sedar bahawa senario yang berlaku di Labuan ini bakal mengulangi apa terjadi di Sungai Siput Perak apabila tokoh ternama seperti Samy Velly kecundang kerana terlalu yakin sehingga membelakangkan peranan partisan lain yang akhirnya menyebabkan UMNO akan kehilangan kerusi Labuan disebabkan calon 'hingusan' yang berlagak seperti 'RAMBO' di layar perak!

TERHOT ! RAYUAN TERAKHIR BEKAS PM NAJIB..MINGGU TERAKHIR ROSMAH DI PUTRAJAYA...SAKSIKAN



Jangan lakukan eksperimen, pesan Najib kepada rakyat Selangor

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat negeri Selangor supaya tidak membahayakan masa depan generasi akan datang dengan melakukan eksperimen mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Perdana Menteri berkata beliau memberi jaminan bahawa Selangor di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pasti akan menjadi sebuah negeri yang lebih maju.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata kerajaan pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan pelbagai janji termasuk isu air.

“Kita buat manifesto, saya tak panggil manifesto sebab Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) kata manifesto bukan janji.

“Kalau bukan janji, apa guna buat manifesto, sebab itu saya masukkan nilai tambah, tak panggil manifesto tetapi aku janji kepada rakyat.

“Saya tahu rakyat akan adili saya dan kerajaan BN, dan lebih daripada itu, akhirat nanti, Tuhan akan adili saya,” katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat Parlimen Klang di Pandamaran Jaya di sini, semalam.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, calon BN bagi Parlimen Klang dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya termasuk Datuk Maglin Dennis D’Cruz yang juga calon BN bagi kerusi DUN Kota Alam Shah.

Najib memberi jaminan bahawa Selangor akan mempunyai masa depan jauh lebih baik di bawah kerajaan BN kerana janji mereka adalah janji ditepati.

Katanya beliau tidak mahu dianggap sebagai munafik kerana golongan munafik adalah orang yang berjanji tetapi tidak mengotakannya.

Ketika Najib bertanya lebih 5,000 orang yang menghadiri majlis itu sama ada mereka mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mereka menjawab ‘tidak’.

Justeru, Najib meminta mereka mengundi calon BN jika mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri.




Beliau berkata pakatan pembangkang tidak boleh berpakat di antara satu sama lain kerana mereka berpakat ‘di depan sahaja, belakang cerita lain’.

“Orang Melayu tak terima dasar DAP, Cina takut PAS, PKR semua boleh, pluralisme boleh, LGBT pun boleh, semua boleh. Negara kita aman, Melayu, Cina dan India bersatu kerana falsafah kita di bawah 1Malaysia yang inklusif dan adil,” katanya.

Beliau menyifatkan perhimpunan malam ini menunjukkan isyarat jelas bahawa rakyat dan pengundi di Selangor sudah bersedia menukar kerajaan negeri.


Apa yang dicakap bekas pm najib nie  mengarut cuma andaian untuk menyedapkan hati beliau...

28 April 2013

Terhot! Punca Najib dan Mahathir GELABAH BEWAK...TERBONGKAR !!! [+VIDEO ]



Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen


PUTRAJAYA - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi tambahan lima kerusi Parlimen berbanding 118 yang dijangkakan sebelum ini, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian apabila mendapat 'berita' berdasarkan pada perkembangan semasa menjelang hari pengundian 5 Mei.

"Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka.

"...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata beliau kepada 5,000 hadirin yang mendengar ceramahnya, di sini, malam tadi.

Ceramah itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon Putrajaya dan Dun Salur berkata rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin Umno dalam usaha mereka melahirkan sokongan kepada PR pada PRU kali ini.

Katanya, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sama ada mengekalkan atau menjatuhkannya.

"...Tengku Adnan lagi takut pada kita (rakyat), fasal kita ramai.

"Kuasa ada pada kita, kita akan jatuhkannya pada 5 Mei nanti, kenapa nak takut?," kata Husam yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Dalam pada itu, Husam turut menekankan mengenai manifesto PR termasuk isu tol, minyak dan sebagainya.

Husam juga mengulangi janjinya kepada warga Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut jika diberi mandat pada PRU13.


TERHOT ! PUTRAJAYA SUDAH BERGEGAR...80% PEMIMPIN UMNO BERSEDIA CABUT LARI KELUAR NEGARA ?

 80 Peratus Pemimpin Umno Bersedia CABUT LARI Ke Singapura?


Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) kian hari kian tenat walaupun baru seminggu tempoh berkempen serta disogokkan dengan projek haram penghantaran ribuan pendatang asing Bangladesh dan Nepal dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula sejak tiga hari lalu.

Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam 5 petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di Singapura.

Menurut maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan laluan udara dari lapangan terbang di negeri masing-masing kerana kebiasaanya laluan trafik dari Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua dari Gelang Patah menuju Tuas di republik itu pada hari Ahad sangat sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua negara.



Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan apa saja keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN menang atau kalah, mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak masing-masing yang terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal sekiranya tewas teruk di kawasan masing-masing.

Kesemua mereka akan memperolehi keputusan pilihanraya dari republik itu berdasarkan maklumat sulit dari sumber polis dan tentera menggunakan 'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan di televisyen dan radio kawalan rejim mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya mereka dikatakan 'terlepas' dari 'tangkapan' yang kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sebaik sahaja jumlah kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi angka 112 sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sumber tersebut juga memberitahu kakitangan JPM diarahkan supaya tidak dibenarkan masuk pada hari pengundian iaitu Ahad, 5 Mei dan hari seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang tidak mustahak atau kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

Dipercayai beberapa kakitangan yang rapat dengan BEKAS perdana menteri, Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada hari itu termasuk membakar atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas cadangan projek untuk kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti penting kerajaan persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor apabila BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008.

Khir Toyo dan pegawai yang menjadi balacinya dikaitkan dengan pemusnahan puluhan dokumen penting kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor.

Berbalik kepada perkembangan pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke Temasek, sumber memberitahu suite eksklusif di beberapa hotel mewah seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel Singapore, Marina Bay Sands, Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis ditempah pada 5 dan 6 Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei lagi.

Walaupun pihak hotel terbabit tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia bertentangan dengan polisi dan kerahsiaan tetamu, ia mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk lari ke luar negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di negara ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat.


Hasil semakan dalam laman web beberapa hotel bertaraf lima bintang di republik itu mendapati beberapa bilik mewah sudah penuh ditempah walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir bulan depan.

Pihak kami di Singapura termasuk yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Seletar memaklumkan mereka sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat peribadi atau jet mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang tersebut dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui sesiapa.
Pada 21 Mac lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pemimpin BN supaya tidak cuba lari ke luar negara sebaik keputusan pilihanraya diumumkan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi,” tegas Setiausaha Agung DAP itu pada majlis perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong, Selangor.

Senarai operator jet dan pesawat peribadi yang terdapat di lapangan terbang
di Singapura

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya.

Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa turut membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti.

"Ketika itu, Najib dan Mahathir Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.

"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihanraya PAS di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas majlis tersebut selesai.

Sumber berita

KANTOI ! UNDI BN...DAPAT KILANG ARAK CAP MAHADEEY...?!!!

Kempen 'Tak mau kilang arak' cemaskan Mukhriz



Di hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi, calon MB BN dalam khayalan, Mukriz Mahathir menerima tekanan demi tekanan. Jika sebaik hari penamaan calon beliau dikecam oleh para pemimpin BN Kedah yang tidak terpilih sebagai calon sebagai menggunakan bapak untuk mencatur calon di Kedah, kini anak bekas PM itu diserang kerana membiarkan abangnya berniaga arak di Filipina.

Orang kampung, khususnya di Jerlun sudah mula mempersoal tindakan Mirzan abang Mukhriz yang menjadi pemegang saham syarikat arak San Miguel. Kata orang kampung, sepatutnya Mahdet dan Mukhriz larang keluarganya terbabit dengan industri arak, ini tidak depa pun tak larang... macam redho pun.

Sementara itu di Jerlun, jentera Pakatan akan menggerakkan kempen besar-besaran bagi mendesak calon DUN Air Hitam itu menjelaskan isu arak dimana abangnya sendiri adalah pemegang saham syarikat arak.


TERHOT ! MARI KITA LIHAT CERAMAH TUN M YANG TERAKHIR..DENDAM KESUMAT TERHADAP MELAYU !!! ( +VIDEO )




Cukuplah tun meraban..., rakyat sudah tahu tembelang umno segala penginayaan terhadap 95% rakyat Kelantan adalah MELAYU ISLAM...apa yang umno tidak sekat.....Dendam kesumat anda kepada rakyat tidak pernah padam .  Segala kekayaan negara... anda dan kroni telah pungahnya apalagi....

Dr M kepada PAS: Betulkan Kelantan dahulu sebelum bertapak ke Putrajaya

Tun Dr Mahathir Mohamad mengejek PAS dan calon Putrajaya Datuk Husam Musa malam tadi semasa menyampaikan ucapannya sebagai usaha Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan pusat pentadbiran negara itu.

Dalam perhimpunan yang digelar ‘Pertahankan Putrajaya’, bekas perdana menteri itu mendakwa, parti Islam yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah gagal mentadbir negeri Kelantan dan tidak seharusnya dipercayai untuk memerintah Malaysia selepas pilihan raya 5 Mei.

“Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, PAS terhadap Putrajaya? ... Cubalah perintah Kelantan elok-elok dulu, baru boleh fikir nak tadbir negara ni,” kata Dr Mahathir kepada ratusan hadirin yang terdiri daripada ahli parti dan jentera di Presint 9 di sini.

Perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia itu disambut sebelum itu dengan sorakan kuat dan lagu “Inilah Barisan Kita”. Bersama-sama dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, kedua-duanya dilihat memakai baju seragam biru BN.

Dr Mahathir, dengan gaya biasanya malam tadi, menyelitkan unsur-unsur lucu dalam kata-katanya di bandar yang beliau terlibat untuk bangunkan dan berjaya membuat hadirin tertawa sepanjang masa.


Mengulas tentang cabaran Husam untuk berdebat dengannya, Dr Mahathir menyelar ahli politik lebih muda itu yang beliau dakwa lebih banyak membuat bising daripada mendebatkan hujah.

“Lagipun siapa dia Husam? Kalau banding dengan umur saya dia masih budak-budak. Pergilah debat dengan budak-budak sama umur, tak usahlah cabar orang,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Kubang Pasu itu mendakwa Husam dihantar untuk bertanding di Putrajaya kerana PAS dan Pakatan Rakyat (PR) takut selepas mendengar khabar angin beliau akan bertanding di situ.



Husam, turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor sebelum ini mengatakan sebaliknya: khabar angin mengatakan Dr Mahathir dikhabarkan akan bertanding mewakili BN kerana populariti beliau yang tidak dijangka.

Kebanyakkan masa perhimpunan itu dihabiskan untuk menyerang kredibiliti Husam. Sebelum itu, sebuah video dimainkan menyenaraikan kegagalan Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Buku juga telah disebarkan kepada pengundi Putrajaya beberapa hari lepas oleh sesetengah pihak, menuduh naib presiden PAS itu dan kroninya terlibat dengan rasuah dan rundingan diragui.

Semasa memperkenalkan Dr Mahathir malam tadi, penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar penyokong PAS kerana membawa budaya samseng ke bandar tersebut.

“Dia pun buat himpunan, tapi himpunan dia import orang,” kata Tengku Adnan merujuk kepada perhimpunan kempen pilihan raya di belakang Istana Keadilan di Presint 3 malam tadi yang menyaksikan ribuan penyokong PAS menyambut Nik Aziz.

Pengundi yang kebanyakkan pekerja kerajaan, keluarga mereka dan dari kawasan berhampiran memenuhi kawasan tempat letak kereta pada Jumaat, jumlah hadirin yang kebiasaanya di dilihat di karnivel dan acara oleh kerajaan.

Dr Mahathir akan meneruskan sokongannya untuk BN di Pasir Mas pagi ini, dimana beliau akan menyokong Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang akan melawan satu lawan satu dengan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.


Nasib baik ada skrin besar. kalau tak ada dengar suara saja la....

Sedikit gambaran situasi di Putrajaya semalam






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...