21 Februari 2013

PANAS ! Pendedahan konspirasi beberapa ahli Majlis Syura yang pro UMNO...!!!


Semenjak cerita projek Ku Li terdedah, puak-puak  PERPADUANG dalam PAS telah membalas balik dengan beberapa serangan kepada orang2 macam Tulang Besi.

Antara lain serangan mereka adalah:

Orang seperti Tulang Besi ini telah mendedahkan rahsia parti dan kandungan mesyuarat AJK PAS Pusat serta mesyuarat Syura

Hakikatnya projek "Ku Li" ni tidak pernah dibincang secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi PAS di mana-mana peringkat pun baik di Syura Ulama mahupun di AJK PAS Pusat.



Hatta, kita pun hairan atas otoriti apa Ustaz Harun Din berjumpa dgn Anwar meminta Anwar mundur dari menjadi calon PM dan memberi laluan kepada Ku Li?

Kalau pun berlaku perbincangan isu ini adalah tidak sengaja kerana telah dinaikkan dalam mesyuarat AJK sehingga berlaku perbahasan yang begitu hangat yang akhirnya membawa kepada keputusan supaya projek ini digugurkan sama sekali.

Itupun perbincangan itu bukan dalam agenda mesyuarat rasmi tetapi berbentuk soalan dari salah seorang AJK PAS Pusat.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menafikan wujud perbincangan Majlis Syura berkaitan dengan projek perlantikan Ku Li sebagai calon PM inikan pula ada keputusan Syura.

Ia sama macam masa kontroversi berjumpa dalam gelap dengan UMNO yg didedahkan oleh Pak Lah.

Pak Lah kata telah berlaku perjumpaan dalam gelap sebanyak tiga kali yang Pak LAh hadzir sendiri. Padahal sebelum itu Presiden serta Ustaz Nasha telah menafikan pertemuan berlaku secara terbuka.

Apabila tertekan dengan pendedahan PAk Lah itu, maka alasan yg diberikan kebenaran diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

PAdahal tiada satu dokumen rasmi hatta minit mesyuarat yang merekodkan wujudnya kebenaran sebegitu. Mereka berbohong dua kali:


1.0 Berbohong mereka tidak bertemu Pak Lah dan UMNO dalam gelap

2.0 Berbohong mereka diberi kebenaran oleh Majlis Syura Ulama PAS

Pembohongan yang sama yang cuba digunakan oleh puak2 ini dalam projek PERPADUANG atau UG II ini. Kononnya ia adalah keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum kerana rahsia parti.

Nah, Tok Guru Nik Aziz telah mendedahkan bahawa ini adalah satu PEMBOHONGAN yang nyata. Projek lantik Ku Li jadi PM BUKAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA dan BUKAN KEPUTUSAN PAS.


Ia adalah konspirasi beberapa ahli Majlis Syura yang pro UMNO.


Yang hairan tu sampai boleh pergi jumpa Anwar Ibrahim untuk bagitau Anwar tak boleh jadi PM dan mesti beri laluan pada Ku Li.

Boleh pulak Harun Din bertindak atas nama parti tanpa keputusan AJK PAS puia dan Majlis Syura pulak ye?

Yang jelasnya sekiranya AJK PAS PUsat dan Majlis Syura Ulama buat keputusan sebegini, maka keputusan itu tidak sah kerana melanggar usul di dua Muktamar yang mahukan Pakatan Rakyat diperkasakan.


TULANG BESI


1 ulasan:

XUMNO berkata...

Kalau Majlis Syura Pas menjadi tukang sibuk dan menyemakkan pimpinan PAS lebih baik bubarkan saja.Menyusahkan Pas dan mengelirukan ahli2. Ahli2 syura yang pekenan dengan Umno boleh join parti keris karat tu, tak merugikan Pas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...