12 Jun 2012

Najib Terdesak Tambah ‘BOM C4’ RM1.5juta



Dakwaan bahawa BN akan menggunakan ‘taktik bom’ menabur wang kepada rakyat agar mengundi parti itu mungkin benar apabila semalam perdana menteri meluluskan pemberian RM1.5 juta kepada setiap parlimen BN.

Difahamkan dalam pertemuan pre-coucil dengan ahli-ahli parlimen BN semalam, Datuk Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga RM5,000 secara tunai kepada pengundi.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan sikap terdesak dan cemas BN.

“Menampakkan sikap yang agak terdesak yang membenarkan ahli parlimen boleh belanja wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.

“Ini mengikut kefahaman saya dalam peraturan kewangan, sangat tidak wajar,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 awal akan diberikan kepada setiap parlimen BN pada Khamis ini.

“Dia (Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita, kalau perlu RM1,000 bagi RM5,000 bagi, kerajaan akan pertahankan tindakan itu.

“Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, bekas menteri kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan, BN sedang menggunakan ‘taktik bom’ iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...