13 Ogos 2012
Panas!!! Tarikh PRU13 Setember hingga Mac 2013, masa yang ada.......
Anda mahu tahu bilakah parlimen dibubar?
Apakah petunjuk yang ada sekarang sudah memadai buat perdana menteri PM Najib berani memanggil pilihanraya umum?
Fitnah kali kedua terhadap Anwar, gagal. Cemar imej Kedah dan Selangor pun gagal.
Mainkan isu air melalui SYABAS pun tak boleh jalan.
“Sebenarnya, Parlimen hanya akan dibubar jika PAS dan DAP berpecah, inilah yang ditunggu. Nampaknya skrip yang dimainkan oleh media Umno terutama Utusan Malaysia, RTM dan TV3 tidak menjadi,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Sepatutnya, kata beliau Pilihan raya Umum ke-13 sudah berlangsung tahun 2011 tetapi suasana tidak mengizinkan kerana tidak menyebelahi pihak BN.
Beliau menegaskan, hubungan PAS dan DAP semakin kukuh walaupun diasak, kerana kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat yang bijak menyelesaikan di meja perundingan.
Justeru, ujarnya BN sedar jika gagal memecahkan perpaduan kedua parti itu, maka mimpi buruk akan menjadi kenyataan yang mana kerajaan Pusat akan tumbang pada PRU13.
Katanya, Umno amat memerlukan kepada sokongan orang bukan Islam kerana undi Melayu sudah tidak lagi menjadi penyelamat kepada Umno terutama di kalangan generasi muda.
“Mereka inilah yang membawa perubahan politik kepada ibu bapa mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selama ini, kata Idris, Umno berjaya mendapat sokongan orang bukan Islam dengan memberi gambaran yang buruk mengenai PAS, tetapi selepas PRU 2008 keadaan sudah berubah.
Katanya lagi, kalau PAS-DAP tidak berpecah, ertinya gelap masa depan Umno untuk mendapat sokongan orang bukan Islam.
Terbaru, ujar beliau kenyatan Ustaz Abdullah Sa’amah Pondok Geting Tumpat yang mengatakan haram undi DAP, kerana ia kafir harbi.
“Kenyataan ini tidak lebih daripada untuk memulih tenaga zahir dan batin Umno yang semakin lemah,” katanya lagi.
Malangnya, ujar Idris kenyataan itu telah memakan Umno dan MCA.
Katanya, rakyat mula melihat kembali kenyataan pemimpin Umno yang menolak dan menghina hukum Islam secara berfakta.
Menurutnya, penghinaan Presiden MCA Chua Soi Lek yang biadab kepada Islam dan menghina wakil rakyat Umno dari Johor, Ayub sebagai hilang akal.
Beliau menambah, MCA juga yang banyak menghina dan memperelkehkan Umno dalam isu hudud.
“Sekarang rakyat menilai balik, siapa sebenaranya bahaya kepada Islam. Pemimpin Umno sudah hilang jantan apabila diperlakukan oleh MCA,” ujarnya.
Jelasnya, hampir lima tahun DAP menguasai Pulau Pinang tetapi tidak ada satu pun masjid, surau dirobohkan dan ustaz ditangkap.
Tambahnya, tetapi perkara ini berlaku di negeri Selangor sewaktu Umno memerintah.
Katanya, rakyat masih segar dalam ingatan yang mana Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, surau di Puchong Perdana ditutup.
“Surau di Kampung Berembang Ampang diroboh, Masjid Bujal di Kemaman diruntuh. Apakah hukum sokong parti yang khianat rumah Allah? kata beliau.
Justeru, katanya tidak ada apa yang rugi kepada PAS dan Islam kerana bertahaluf dengan DAP.
“Yang rugi ialah Umno dan sekutunya kerana tidak lagi boleh bermaharajalela mengkhianat rakyat dan menghina Islam apabila mereka hilang kuasa,” ujarnya.
Lagi Berita Berkaitan:
Tg Adnan: PRU 13 bukan Oktober
13 Ogos 2012
PUTRAJAYA - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mungkin akan diadakan Oktober ini memandangkan umat Islam bakal menunaikan haji, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tarikh PRU13 terus dijadikan spekulasi oleh pelbagai pihak termasuk mengandaikan ia bakal diadakan pada bulan Oktober ini malah ada khabar angin mengatakan bahawa Perdana Menteri akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh masa tersebut sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam.
“Saya tidak berkeyakinan pilihan raya akan diadakan pada bulan Oktober, mandat akan habis pada bulan Mac tahun depan.
“(Pun begitu) saya tidak tahu mengenai itu dan semua ini perlu ditanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri,” katanya kepada media pada Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman bertempat di Medan Selera Presint 8, semalam.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, parti itu akan menganjurkan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 1 Septemberi ini.
“Rumah terbuka ini akan diadakan sekali gus bersama Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri sendiri,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan