12 Ogos 2012
Panas! Naib Presiden UPKO Sabah Umum Keluar BN
Sehari selepas kunjungan Perdana Menteri, Najib ke Sabah semalam mengumumkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin, seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Maijol Mahap dijangka akan berpaling tadah.
Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya kepada pimpinan BN negeri apabila hadir bersama ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama ahli parlimen Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Wilfred Bumburing.
Ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin juga mengambil tindakan sama pada hari itu.
Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.
Ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.
Dakam mesej di Twitter, Rahman tidak menafikan ada pemimpin BN yang bakal keluar tetapi kununnya menegaskan hanya pemimpin yang 'sudah ditolak' yang bersama Anwar.
Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah (PPS).
LAGI PERKEMBANGAN LANJUT MENYUSUL JAM 3 PETANG NANTI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan