RCI PELACUR POLITIK DI AIDIL FITRI?
DI ANTARA Hari raya Aidil Fitri dengan Pilihanraya Umum Ke-13, tersengkang tulang RCI yang memualkan rakyat Sabah, terutama dengan kehadiran lebih sejuta warga 'Penyu' yang mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah, Mereka mendominasi sektor ekonomi, pekerjaan, sosial dan politik.
Mungkin keterlaluan jika Sabahkini.net dan krew mengucapkan Selamat Hari Raya ketika kita berhadapan dengan cabaran RCI yang belum menjaminkan penyelesaian secara tuntas isu PATI dan kerakyatan songsang di Sabah. Tetapi itulah hakikatnya.
Buat pertama kalinya dalam sejarah sejak Sabahkini.net wujud pada 2008, Sabahkini.net memboikot ucapan Selamat Hari Raya kerana Warga Penyu paling ramai menyambut perayaan untuk umat Islam ini dan pemimpin Sabah yang menjual agama mereka demi politik dan tidak mempunyai 'Political Will' untuk menyelesaikan isu kerakyatan songsang.
Sabahkini.net memohon maaf sekiranya terpaksa mendedahkan lebih banyak kepincangan yang dilakukan Agensi Penguatkuasa dan pemimpin politik. Kita mungkin bersubahat jika tidak berani memerangi Warga Penyu seperti mendedahkan rahsia mereka yang mendapat kerakyatan songsang kerana RCI akan menjadi 'Pelacur Upahan' untuk melayan keghairahan libido politik pemimpin dan rakyat Sabah; setelah mereka berasa teruja dengan penubuhan RCI.
Realitinya, Warga Penyu yang mendapat kerakyatan songsang masih bebas bertebaran di bumi Sabah sebagai 'Bom Jangka' yang bila-bila masa boleh meletup. Dengan melantik Warga Penyu sebagai 'Duta Sabah' iaitu Pemandu Teksi, memilih mereka sebagai ADUN (Muis Picho); Pegawai Kanan Kerajaan (Arsad Alwi), Pegawai Lantikan Politik (Sharif Saidi, Aljen Johny dan puluhan ribu Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung); Penjenayah Haram India yang diketuai '3 Keling' seolah-olah penubuhan RCI memberikan mereka 'Lesen Kekal' untuk berbangga dengan dosa-dosa membuli rakyat Sabah dan memiliki kerakyatan songsang yang dijamin Halal oleh Kerajaan Persekutuan.
Persoalan sekarang, sekalipun RCI ditubuhkan, namun pemimpin politik Sabah tidak mempunyai jati diri, keberanian, kesungguhan dan 'Political Will' untuk bersama-sama menjayakan RCI kerana masih makan tidur, bersekedudukan, bergaul mesra dengan Warga Penyu yang merupakan penyokong tegar mereka selama ini.
Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang amat malang dalam sejarah Sabah kerana disambut menjelang pilihanraya, Sabahkini.net mengucapkan selamat berjuang menumbangkan pemimpin yang Anti-RCI atau menggunakan RCI untuk kepentingan politik atau menjadikan RCI sebagai Pelacur untuk memujuk rakyat Sabah terus menyokong mereka.
Mungkin masih terlalu awal untuk menghalau Warga Penyu keluar daripada Sabah kerana mereka telah diberi kerakyatan songsang oleh Perdana Menteri sebelum Najib, namun kita mendoakan semoga Najib mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan isu kerakyatan songsang yang menjadi modal politik Sabah selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan