16 Ogos 2012

Panas! Gaji Rozali Syabas RM17.6 juta setahun tapi mesyuarat takut hadir?


Berita ini gua ambil dari themalaysianinsider.com, menurut kenyataan dari majalah Malaysian Business mengatakan Rozali menerima gaji tahunan sebanyak RM17.6 juta dan berada di tangga ke-16 pengarah yang tertinggi bayaran gaji di Malaysia. Tidak pasti mungkin dicampur dengan semua gaji beliau disemua syarikat yang dia ada kepentingan.

Beliau dilihat terlampau berkuasa dan bongkak kerana gagal hadir dalam mesyuarat penting antara Syabas dan Kerajaan Negeri.




Khalid mahu Rozali letak jawatan dari Syabas

Oleh Nomy Nozwir August 15, 2012

SHAH ALAM, 15 Ogos ― Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu ketua pegawai eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail, meletak jawatan kerana tidak bertanggungjawab dalam tugasannya untuk menerangkan operasi harian Syabas kepada kerajaan negeri.

“Dalam mesyuarat antara Syabas dan kerajaan negeri, beliau tidak hadir.

“Beliau perlu berhenti sebab tak terlibat dan tak pernah hadir dalam mesyuarat operasi Syabas. Ini menunjukkan Syabas tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak mahu lagi Rozali kerana sumbangannya tidak menguntungkan rakyat Selangor,” katanya dalam sidang media di pejabat Menteri Besar hari ini.

Pada 9 Ogos yang lalu, Rozali mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai gaji sebanyak RM5.1 juta setahun.

Namun menurut kenyataan dari majalah Malaysian Business mengatakan Rozali menerima gaji tahunan sebanyak RM17.6 juta dan berada di tangga ke-16 pengarah yang tertinggi bayaran gaji di Malaysia.

Beliau hari ini menerima memorandum dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) yang meminta tujuh jenis maklumat tentang masalah air.


Dua kumpulan itu menuntut agar syarikat pembekal air seperti Syabas, Splash, Abbas, dan Puncak Niaga untuk lebih telus dengan rakyat dalam pembekalan air di negeri ini.
-TMI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...