04 Julai 2012

PANAS!!! PKR SELANGOR SELEWENG RM1 BILION ?

Selepas isu PTPTN di unisel telah dipatahkan oleh kerajaan pakatan Selangor dengan teserlahnya kebodohan menteri-menteri UMNO yang kemudian menarik semula arahan memberhentikan pinjaman PTPTN bagi pelajar sesi 2012 di Universiti Selangor.

Sekarang mereka menggunakan sekutu BN iaitu MCA untuk mencanang ujudnya penyeleweng dana kerajaan negeri bagi menyelamatkan Talam Corporatian. Menyerang PKR kemponen PR adalah satu fitnah terancang UMNO/BN yang dimainkan oleh akhbar ulung mereka Utusan, pakar swing dan fitnah. Kerajaan PR wajar terus menyaman Utusan dan balaci mereka ini Datuk Chua Tee Yong tanpa
perlu untuk mereka memohon maaf lagi?




PKR Selangor seleweng RM1b?

KUALA LUMPUR - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.

Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan.
-Utusan


PENJELASAN ISU BERKENAAN OLEH MB TS KHALID IBRAHIM

‘Kertas Putih’ Hutang TALAM Dalam Bajet 2013


SHAH ALAM 3 JUN : Kerajaan Negeri akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang TALAM sebagai lampiran dalam Bajet 2013.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kertas putih ini akan dijadikan salah satu laporan dalam Bajet 2013 untuk memudahkan orang ramai meneliti penyusunan hutang TALAM.

“Usaha ini dilakukan kerana masih ada pihak-pihak yang tidak faham dengan proses penyusunan semula hutang TALAM,” katanya selepas menutup Majlis Dialog Bajet Selangor 2013 di Subang Jaya, hari ini.

Mengulas dakwaan MCA bahawa Kerajaan Selangor menggunakan RM260 juta untuk menyelamatkan TALAM, Menteri Besar berkata beliau tidak faham mengapa angka itu berubah-ubah kerana sebelum ini MCA mendakwa jumlahnya RM1 bilion.

“Ini menunjukkan MCA tidak faham dengan proses penyusunan semula hutang ini. Mungkin kita perlukan rakan kita dari DAP mengajar MCA tentang cara-cara penyusunan hutang ini dilakukan,” katanya.

Beliau akan memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan MCA ini dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco esok.

Mengenai dakwaan salah guna kuasa menukar status tanah di Petaling Jaya, Menteri Besar berkata, beliau hanya boleh membuat ulasan selepas sesi pendengaran awam oleh SELCAT selesai dijalankan.

“Saya perlu bersikap berkecuali bagi membuka peluang kepada pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan ini,” katanya.

Menjawab soalan mengenai UNISEL pula, Menteri Besar berkata, UNISEL sedang menyiapkan laporan akaun yang tidak diaudit sejak lima tahun lalu, untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan UNISEL tidak lama lagi
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...