04 April 2012

BERSIH 2.0 : PENIPUAN PILIHAN RAYA AKAN BERTERUSAN - PSC CUMA LAKUNAN

BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan
Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa terpilih parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.

Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:
Manipulasi dalam daftar pemilih
Skanda undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia
Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrid kesalahan pilihan raya
Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'
Pemerhati undangan antarabangsa

Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena "berkemungkinan tinggi" akan berterusan tanpa dibendung.

“Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...