09 Mac 2012

SKANDAL NFC: PKR SAMAN BALAS SHAHRIZAT AGAR RAKYAT LIHAT...

Isu NFC : PKR Kemuka Saman Balas Terhadap Shahrizat

PETALING JAYA, 9 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memfailkan saman balas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu dakwaan penyelewengan dana awam bernilai RM250 juta bagi projek Pusat Fidlot Nasional (NFCorp).

Saman berkenaan difailkan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam Shafee & Co.

"Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan permbukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

"Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes PFN ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Selain itu, Rafizi berkata tindakan menyaman balas terhadap Shahrizat diambil bagi mengelakkan kes berkenaan ditarik balik bagi mengelakkan ia dibicarakan di mahkamah.

"Saya risau mungkin plantif cuba melengah-lengahkan untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diseret ke mahkamah memberi keterangan," katanya.

Sebelum ini Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Mohd Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu Mohd Rafizi berkata, beliau dan Zuraida telah memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kertas pembelaan tersebut turut dihantar ke peguam Shafee&Co yang mewakili Shahrizat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...