05 Mac 2012

EXCO KEDAH : ISMAIL TOLAK JIKA TIADA ' PERUBAHAN PENTADBIRAN'

Ismail tolak exco jika tiada 'perubahan pentadbiran'
Zulaikha Zulkifli-MK


Exco kerajaan negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, beliau tidak akan menerima lantikan semula jawatannya selagi tiada penambahbaikkan dalam 'pentadbiran' negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Katanya, perubahan perlu dilakukan memandangkan pelbagai masalah-masalah dalaman yang telah timbul.

"Jika perubahan tidak ada, saya tidak akan terima (jawatan exco). Perubahan mesti dilakukan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Saya nak perubahan tertentu dalam pentadbiran negeri. Saya juga mahu (PAS) Pusat ambil perhatian terhadap masalah yang kami hadapi.

"Dah lama benda ini kami sebut tapi tidak buat apa-apa. Jadi kami ini seolah-olah 'kamikaze' untuk perkara ke arah kebaikan."

Walaupun enggan mengulas sama ada, beliau merujuk supaya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diganti, namun katanya, isu berhubung "orang yang mentadbir" adalah perkara kedua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..

sudah-sudah laaa.

kan cantik saling bermaaf-maafan.
cuba bawa bersabar sikit

Ustaz Azizan dan seluruh kepimpinan PAS KEDAH, bawala sembahyang sunat taubat, sunat istikharah dan sunat hajat....Biar TOK GURU SALLEH atau Ustaz Harun Din atau Tok Guru Nik Aziz JADI IMAM. Kat Kedah kan banyak tok-tok guru pondok.
Rujuk la kat depa.

PAS kata faham mengenai Siasah Islamiyah. Cuba lah bawa banyak-banyak bersabar.Kenang balik dosa-dosa kita pada ALLAH...

minta pertolongan ALLAH... Susahla macam ni.

Bertolak ansur la sikit.
ISLAM agama yang menganjurkan perdamaian.
malu sikit pada ALLAH. ALLAH uji dengan jawatan, pangkat, harta dan kedudukan dah mula gelabah.

Ini puncanya Iblis dan hawa nafsu yang amarah.

Susah rupanya jadi orang-orang besar ni.

Ego terlampau tinggi.
YA ALLAH engkau tolonglah kami (PAS) keluar dari masalah ini, sebagaimana engkau membantu Nabi Musa a.s dan kaumnya keluar dari kesesatan ladang teh. Permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat.

AMIIIIN.... YA ROBBULA'ALAMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...