04 Julai 2011

Pheu Thai pimpinan adik Thaksin menang majoriti tipis 264 kerusi

Pheu Thai pimpinan adik Thaksin menang majoriti tipis 264 kerusi

BANGKOK, 4 Julai — Parti pembangkang Pheu Thai memenangi pilihan raya umum Thailand dengan majoriti tipis — meraih 264 dari sejumlah 500 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Tinjauan pendapat awal meramalkan parti pimpinan Yingluck Shinawatra, adik bekas perdana menteri yang digulingkan, Thaksin menuju kemenangan besar dengan lebih 300 kerusi.


Yingluck Shinawatra melambai ke arah penyokongnya dari luar ibu pejabat patinya Puea Thai di Bangkok semalam. — Foto Reuters
Menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand bekas parti memerintah Demokrat, hanya mendapat 160 kerusi.
Menurut laporan Bernama Online, Pheu Thai meraih tambahan 78 kerusi sementara Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.

Kali ini Bhumjaithai merangkul 34 kerusi,
Chart Thai Pattana 19 kerusi
sementara parti-parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing tujuh kerusi.


Rak Thailand memenangi empat kerusi, Matubhum dua dan masing-masing satu kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.

Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 65.99 peratus dengan 30,987,801 pengundi membuang undi dari sejumlah 47.3 juta pengundi yang layak.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan.

Sejurus selepas pengundian ditutup pada 3 petang semalam, tiga universiti tempatan meramalkan parti Pheu Thai bakal meraih kemenangan besar kira-kira 300 kerusi berasaskan tinjauan di kalangan pengundi di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.

Dalam pada itu dipetik laporan BBC, sambil berkata banyak kerja keras diperlukan, Yingluck memberitahu: “Keutamaan pertama ialah ekonomi.”

Beliau menjanjikan yang terbaik dalam kerajaan selepas mengetuai partinya memperoleh kemenangan besar kali ini.

Yingluck juga beliau sedang mengadakan perbincangan bagi mengadakan pakatan dengan kerjasama Chart Thai Pattana dan parti-parti lain.

“Saya mahu mengulangi bahawa kami bersedia untuk melaksanakan kesemua dasar yang kami telah umumkan. Saya akan melakukan terbaik dan tidak akan mengecewakan anda,” katanya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...