03 April 2011

PR SARAWAK : PENGUMUMAN CALON

SNAP tanding 27 kerusi pilihan raya Sarawak
2011/04/02


KUCHING: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) hari ini
mengumumkan akan bertanding bagi 27 kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April
ini.

Presiden SNAP, Edwin Dundang, pada masa yang sama, membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung 'sikap acuh tak acuh' parti itu berkaitan pengagihankerusi.

"Semakin nyata bahawa PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan
SNAP sama sekali.

"PKR telah mendapat senarai penuh kami yang lengkap dengan nama calon dan
kawasan pilihan raya. Namun sehingga hari ini, kami belum menerima senarai
mereka yang menjadikannya mustahil untuk kami meneruskan apa jua rundingan.
"Dengan ketiadaan maklumat itu, SNAP percaya PKR sama ada tidak mempunyai
sebarang pertindihan kerusi dengan SNAP atau mereka telah pun memutuskan bahawa parti itu tidak mahu berunding tentang perkara itu," katanya.

Dundang berkata, SNAP telah menjauhi kawasan pilihan raya majoriti Melayu/Melanau dan Cina berikutan hasrat parti itu yang benar-benar ingin mewujudkan pakatan pilihan raya, sungguhpun terdapat ahli SNAP yang
menyuarakan hasrat untuk bertanding di kawasan terbabit.

"Namun begitu, SNAP masih berharap bahawa di sebalik kesulitan yang dinyatakan itu, PKR dan SNAP akan mencari jalan penyelesaian secara baik," katanya.

Selepas pada mulanya mengisytiharkan bahawa parti itu mahukan 40 kerusi,
Dundang hari ini menamakan 27 calon berikut:

Mereka adalah Stephen Anak Sagir (Opar), Frankie Jurem Anak Nyombui (Tasik Biru), Richard @ Peter A/L Margaret (Bengoh), Ateng Anak Jeros (Tarat),
Anthony Anak Nais (Tebedu), Belayong Anak Jayang (Kedup), Dan Giang (Balai
Ringin), Ivanhoe Anthony Anak Belon (Bukit Begunan); Semijie Anak Janting (Engkilili), Joe Anak Unggang (Layar), Dayrell Walter Entrie (Bukit Saban), Julin Anak Entamin (Kalaka), Liman Anak Sujang (Krian), Jamal Bin Abdullah @ Tedong Anak Gunda (Pakan), Labang Anak Jamba (Meluan); Augustine Anak Liom @ August Liom (Machan), Adang Anak Jirau (Kakus), Toh
Heng San (Katibas), George Anak Lagong (Baleh), John Bampa (Belaga), Edwin
Dundang Bugak (Marudi), Kebing Wan (Telang Usan), Lawrence Cosmas Sunang Anak Simpang (Batu Danau), Abang Othman Abang Hj Gom (Lingga), Ramli Malaka (Jepak), Thony Ak Badak (Bekenu) dan Johari Bujang (Lambir).

Pada pilihan raya negeri 2006, SNAP bertanding bagi 29 kerusi majoriti Dayak
dan menang satu di kawasan Engkilili.

Bagaimanapun, calonnya, Dr Johnical Rayong kemudian meninggalkan SNAP dan
mengisytiharkan sebagai calon bebas sebelum menyertai Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP). - BERNAMA



Taib umum 71 nama calon BN petang ini
2011/04/03

KUCHING: Senarai penuh 71 calon Barisan Nasional bagi pilihan raya negeri ke-10 bakal diketahui hari ini apabila Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkannya, petang ini.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan dibuat Taib selaku Pengerusi BN Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, Petra Jaya, 3 petang ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...