12 November 2011

PLUS TANDATANGAN PERJANJIAN BARU DENGAN KERAJAAN


KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd (Plus), Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Elite), Linkedua (Malaysia) Bhd dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK), yang kesemuanya anak syarikat milik penuh Plus Expressways Bhd (PEB), secara kolektif, menandatangani perjanjian novasi (penggantian kontrak) dengan kerajaan. Setiap perjanjian oleh syarikat konsesi itu adalah berkaitan novasi hak, tanggungan, manfaat, kepentingan, tugas dan obligasi, kata PEB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat tawaran untuk membeli semua perniagaan dan mengambil alih tugasan PEB dengan bayaran RM23,000,000,000 pada 9 November, 2010.

Pada 29 November, pembuat tawaran bersama itu menubuhkan PLUS Malaysia Sdn Bhd (PMSB) untuk melaksanakan pengambilalihan yang dicadangkan itu, dengan UEM dan KWSP masing-masing memegang 51 peratus dan 49 peratus kepentingan ekuiti.

PLUS Bhd, adalah sebuah syarikat tujuan khas milik penuh PMSB.

Perjanjian novasi itu tertakluk kepada syarat Plus mengemukakan salinan perjanjian yang telah dikuatkuasakan bagi penjualan, pembelian dan pemindahan perniagaan, aset dan tanggungan setiap syarikat konsesi itu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perjanjian-perjanjian itu ditandatangani.

Serahan lain yang diperlukan termasuklah pengesahan bertulis daripada Plus bahawa bayaran bagi pembelian di bawah perjanjian jual beli itu telah dibuat sepenuhnya serta pengesahan bertulis tentang penebusan/pelunasan awal Sukuk dan sekuriti hutang Islam dalam syarikat-syarikat konsesi itu.-MS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...