11 November 2011

PETRONAS LUBUK RASUAH

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan


KUALA LUMPUR, 11 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan fail-fail berkaitan turut diambil oleh pegawai-pegawai SPRM dan Datuk Seri Najib Razak telah pun dimaklumkan sebelum beliau pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Perdana Menteri kembali ke tanah air kelmarin.

"Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Satu lagi sumber mengesahkan bahawa siasatan SPRM telah dimaklumkan kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru.

Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa pengurusan Petronas telah mengadakan pelbagai mesyuarat untuk membincangkan dakwaan berkenaan amalan rasuah di kalangan pekerjanya, yang merupakan antara mereka yang mendapat gaji paling tinggi di Malaysia termasuk pinjaman perumahan menarik, manfaat perubatan dan insentif-insentif lain.

"Mereka pernah menjadi pekerja terbaik dan jujur tetapi terdapat terlalu banyak kontrak sejak kebelakangan ini dan ada yang mengambil langkah mudah," katanya lagi sambil menambah, ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka.

"Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana," katanya lagi.

Petronas ditubuhkan pada Ogos 1974 dan disenaraikan sebagai antara 500 perbadanan terbesar oleh Fortune Global.Ia menduduki tangga ke-107 tahun lalu selepas berada dalam senarai 100 teratas pada 2008 dan 2009.

Petronas mempunyai lebih 40,000 pekerja tetap di Malaysia dan 35 negara yang mengendalikan operasi.

Komen: Ketelusan Syarikat Petronas kian menghakis, apabila campurtangan POLITIK dalam pengurusan, Kemasukan syarikat KRONI pemimpin kerajaan akan diambil kesempatan oleh Staf Petronas kerana permainan RASUAH berlaku didepan mereka. MUDAH SAJA NEGARA KITA MENUJU KEHANCURAN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...