IKLAN

IKLAN
Klik gambar

09 Jun 2011

PRU 13: Kedah (1)

PRU 13: Kedah (1)
June 9, 2011
Oleh: MSK

Dalam PRU 2008, terdapat 873,674 pengundi berdafatar di Kedah. Dari jumlah tersebut, seramai 698,255 (79.9%) telah keluar mengundi…satu peratus yang tinggi yang keluar mengundi.
Dari jumlah yang keluar mengundi, seramai 353,831 (50.7%) pengundi telah mengundi Pakatan Rakyat manakala seramai 322,358 (46.2%) pengundi telah menyokong Barisan Nasional. Hasilnya, Pakatan Rakyat telah memenangi PRU 2008 bagi DUN Kedah dengan majority 31,743 undi ataupun 4.5%. Apakah Pakatan Rakyat sudah cukup kuat dengan majority tipis ini?

Dari sejumlah 353,831 pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat, dianggarkan seramai 130,000 (36.7%) adalah ahli-ahli parti Pas, PKR dan DAP manakala selebihnya seramai 223,000 (63.3%) adalah mereka yang tidak berparti atau golongan tengah.
Begitu juga dengan yang mengundi BN. Dari jumlah sebanyak 322,831 undi yang diperolehi oleh BN, dianggarkan hanya 35% yang menjadi ahli-ahli Umno, MCA, MIC dan Gerakan, manakala selebihnya adalah golongan tengah.

Aku tak mau cakap pasai BN. Tapi aku nak cakap pasai Pakatan Rakyat.
Golongan tengah inilah yang memberikan sedikit kemenangan kepada 13 kerusi kepada Barisan Alternatif pada tahun 1999. Kemudian golongan tengah ini beralih kepada BN pada tahun 2004 sehingga Barisan Alternatif tinggal 5 kerusi. Dan pada tahun 2008, mereka kembali kepada Pakatan Rakyat sehingga membolehkan Pakatan Rakyat memerintah Kedah.
Siapakah yang paling berhak untuk menepuk dada bahawa kemenangan Pakatan Rakyat yang lalu adalah kuasa mereka? 36.7% atau 63.3%?

Penyokong-penyokong parti yang taksub dan bongkak menepuk dada bahawa kemenangan ini adalah milik mereka. Harta ghanimah adalah milik mereka. Jawatan-jawatan politik adalah hak mereka. Darjah kebesaran menjadi buruan mereka dan berbangga apabila menadapat gelaran Dato Seri, Datuk, PJK, AMN..blah..blah..blah. Walaupun sebelum ini, golongan-golongan ini tidak pernah berjaya.

Manakala golongan 63.3% yang memastikan kejayaan ini dilupakan. Mereka bukan saja terpinggir dalam menyambut kemenangan, malah mereka juga dilabel sebagai lalang…tidak berprinsip. Ada juga yang memanggil mereka ini sebagai katak. Satu label yang salah kerana katak-katak semuanya datang dari pusat pembenihan yang terdapat didalam parti-parti Pas, PKR dan DAP. Parti-parti Pas, PKR dan DAP adalah pusat pembiakan katak. Orang tengah tidak melompat, yang melompat adalah orang-orang parti.
PRU 13 akan datang tak lama lagi. Apakah golongan 63.3% ini akan meningkat? Ataupun akan berkurangan? Bagaimana kalau ia meningkat kepada 68%? Bagaimana kalau ia berkurangan kepada 58%?

Dengan 5% perubahan, ia sudah cukup untuk menentukan sama ada Pakatan Rakyat boleh mendapat 2/3 atau tersungkur. Yang boleh memastikan sama ada Pakatan Rakyat Kedah boleh bertahan atau tidak, hanya rakyat Kedah saja yang tau.

Satu perkara yang paling jelas berlaku dalam setiap pilihanraya ialah perubahan sikap pengundi mengikut bangsa. Pada tahun 1999, orang-orang Melayu ramai yang beralih kepada pembangkang manakala orang-orang Cina dan India berdiri teguh dibelakang BN. Pada tahun 2004, Melayu, Cina dan India semuanya beralih kepada BN dan membiarkan pembangkang terkapa-kapai. Dan pada tahun 2008, sebahagian besar cina dan India menyokong pembangkang manakala separuh daripada Melayu masih kekal dengan Umno dan BN.

UBN sepatutnya sudah tewas, tetapi mereka di selamatkan oleh orang-orang Siam, Orang asli, Bumiputra Sabah dan Sarawak dan juga pengundi pos. Inilah penyokong setia BN.
Dalam pilihanraya yang lalu, sebanyak 44% daripada orang Melayu menyokong BN, manakala sebanyak 54% menyokong Pakatan. Cina, 29% menyokong BN, 69% menyokong Pakatan. India, 28% menyokong BN, 68% menyokong Pakatan. Siam, 93% menyokong BN, 5% menyokong Pakatan.

Apabila Malaysian Insider menyiarkan hasil kajian rambang mereka dimana 50% orang Melayu mahukan perubahan. 60% Cina masih kekal dengan Pakatan, dan India, X% mahukan perubahan…apa maksudnya?

Dalam DUN Kedah, empat DUN yang dimenangi BN diselamatkan oleh orang-orang Siam. DUN Belantek, Bayu, Sungai Tiang dan Pedu.
Di Perak, empat DUN yang dimenangi oleh BN diselamatkan oleh orang Asli dan undi Pos. Chenderiang, Kamunting,Lintang dan Pangkor.

Dimana kekuatan BN? Orang Melayu pun ramai yang dah lari dari Umno.
Terpulang kepada Pakatan Rakyat sama ada mahu mengikut perangai Umno, atau bermuhasabah. Aku lebih suka kutuk sebelum ia berlaku. Kalau rakyat sudah meninggalkan Pakatan, masa tu baru nak bermuahasabah diri…mampuih pi la.

Tidak ada kerusi yang selamat ataupun kerusi bahaya. Semuanya sama.
Lunas mencatat kemenangan yang paling besar dengan majority 10,323 undi, tapi ADUNnnya dari PKR sudah menjadi katak. Lunas juga terletak dalam Parlimen Padang Serai…Ahli Parlimennya juga sudah melompat.

Bakar Arang menang dengan majority tipis 1330 ((6.5%), ADUNnya juga melompat.
Human Rights Party (HRP)telah pun membuat pengumuman akan bertanding di lima DUN. Bukit Selambau, Lunas, Merbau Pulas, Sidam dan Gurun. Empat dimenangi oleh Pakatan, manakala satu dimenangi oleh BN.

Uthayakumar mungkin over-confident apabila dia kata boleh memenangi kelima-lima DUN tersebut. Tapi bagi aku, katakanlah HRP tidak mendapat walau satu undi pun dari orang-orang Melayu dan Cina, tapi dia hanya mendapat sebahagian kecil undi orang India. Tak banyak…tak sampai 2,000 undi di Sidam yang mempunyai 4,300 pengundi India. 1,800 undi dari sejumlah 5914 undi India di Merbau Pulas. 700 undi dari sejumlah 2366 pengundi India di Bakar Arang. 1,200 undi dari sejumlah 10,329 pengundi India di Bukit Selambau.

Human Rights Party mungkin mampu mendapat hanya 5,700 undi dalam PRU akan datang bagi empat DUN diatas atau hanya 0.8% dari keseluruhan jumlah pengundi yang mengundi di Kedah, tapi undi-undi tersebut mampu sama ada memperkuatkan atau menumbangkan Pakatan Rakyat Kedah. Jangan sombong. Kalau dulu kita boleh jerit “Makkal Sakti!!”, sekarang nak jerit apa?

Kemudian ambil contoh Kulim. Walaupun HRP tidak menyatakan dia akan bertanding disana, tetapi terdapat lebih 4,600 pengundi India dan PKR hanya menang dengan majority 1344 undi. Kalau 700 pengundi India berpaling tadah menyokong BN, PKR lingkup di Kulim.

Mungkin ada nanti komen yang kata…Matsamankati hanya nampak kelemahan Pakatan. Kelemahan BN pasai apa tak tulis?

Terpulang kepada hangpa. Sama ada hangpa nak menang atas kekuatan sendiri…atau diatas kelemahan pihak lawan.

Tahun 2008 adalah pencapaian terbaik pembangkang. Kalau dinilai prestasi BN setiap kali pilihanraya, pencapaian mereka turun naik sejajar dengan teori pendulum. Bagaimana hendak mengekalkan momentum 2008? Ataupun PRU 13 ini kita akan merudum?
Tengok dan analisa sendiri keputusan PRU 2008 DUN Kedah, dan bandingkan dengan senario sekarang. (Kiraan majoriti: BN-PR)

Kod DUN Jumlah Jumlah % Parti Undi % Parti Undi % Majoriti %
Pengundi Mengundi Diperolehi Diperolehi

N34 Lunas 32386 25711 79.4% BN 7513 29.2% PKR 17836 69.4% -10323 -40.2%
N18 Tokai 31117 26246 84.3% BN 9693 36.9% PAS 16271 62.0% -6578 -25.1%
N32 Kuala Ketil 23861 19697 82.5% BN 7225 36.7% PAS 12105 61.5% -4880 -24.8%
N29 Sidam 20926 15747 75.3% BN 5852 37.2% PKR 9470 60.1% -3618 -23.0%
N15 Anak Bukit 26213 21877 83.5% BN 8687 39.7% PAS 12493 57.1% -3806 -17.4%
N10 Bukit Pinang 24202 20101 83.1% BN 7908 39.3% PAS 11307 56.3% -3399 -16.9%
N33 Merbau Pulas 26832 21356 79.6% BN 8648 40.5% PAS 12224 57.2% -3576 -16.7%
N20 Sungai Limau 25189 21171 84.0% BN 8816 41.6% PAS 12028 56.8% -3212 -15.2%
N17 Pengkalan kundor 28102 22285 79.3% BN 9453 42.4% PAS 12575 56.4% -3122 -14.0%
N14 Alor Mengkudu 21175 16460 77.7% BN 6961 42.3% PAS 9208 55.9% -2247 -13.7%
N36 Bandar Baharu 23397 18431 78.8% BN 7860 42.6% PAS 9709 52.7% -1849 -10.0%
N31 Kupang 25726 21494 83.5% BN 9533 44.4% PAS 11627 54.1% -2094 -9.7%
N25 Bukit Selambau 34977 25798 73.8% BN 10863 42.1% BEBAS 13225 51.3% -2362 -9.2%
N13 Kota Darul Aman 15087 10355 68.6% BN 4611 44.5% DAP 5415 52.3% -804 -7.8%
N28 Bakar Arang 27574 20496 74.3% BN 9159 44.7% PKR 10489 51.2% -1330 -6.5%
N16 Kubang Rotan 28817 22050 76.5% BN 10163 46.1% PAS 11550 52.4% -1387 -6.3%
N35 Kulim 28598 21751 76.1% BN 9315 42.8% PKR 10559 48.5% -1244 -5.7%
N04 Ayer Hitam 25742 21171 82.2% BN 10146 47.9% PAS 10652 50.3% -506 -2.4%
N27 Pantai Merdeka 27784 23139 83.3% BN 11151 48.2% PAS 11654 50.4% -503 -2.2%
N09 Bukit Lada 23365 19434 83.2% BN 9392 48.3% PAS 9600 49.4% -208 -1.1%
N24 Jeneri 21323 18200 85.4% BN 8441 46.4% PAS 8608 47.3% -167 -0.9%
N26 Tanjong Dawai 29466 23884 81.1% BN 11418 47.8% PAS 11497 48.1% -79 -0.3%
N11 Derga 22064 15783 71.5% BN 6516 41.3% PKR 6353 40.3% 163 1.0%
N23 Belantek 19016 16475 86.6% BN 8226 49.9% PAS 7974 48.4% 252 1.5%
N12 Bakar Bata 22695 16395 72.2% BN 8232 50.2% PKR 7874 48.0% 358 2.2%
N03 Kota Siputeh 19771 16126 81.6% BN 8160 50.6% PAS 7665 47.5% 495 3.1%
N30 Bayu 29197 24519 84.0% BN 12590 51.3% PAS 11606 47.3% 984 4.0%
N07 Kuala Nerang 18037 15245 84.5% BN 7856 51.5% PAS 7051 46.3% 805 5.3%
N01 Ayer Hangat 16072 12951 80.6% BN 6888 53.2% PAS 5753 44.4% 1135 8.8%
N22 Gurun 22339 16464 73.7% BN 8589 52.2% PKR 7035 42.7% 1554 9.4%
N06 Jitra 28331 22312 78.8% BN 12065 54.1% PAS 9807 44.0% 2258 10.1%
N19 Sungai Tiang 30229 25296 83.7% BN 13871 54.8% PAS 10865 43.0% 3006 11.9%
N21 Guar Chempedak 18211 14276 78.4% BN 7898 55.3% PAS 6139 43.0% 1759 12.3%
N08 Pedu 17366 15200 87.5% BN 8780 57.8% PKR 6047 39.8% 2733 18.0%
N02 Kuah 13495 10322 76.5% BN 6660 64.5% PKR 3336 32.3% 3324 32.2%
N05 Bukit Kayu Hitam 24992 20037 80.2% BN 13219 66.0% PKR 6224 31.1% 6995 34.9%

873674 698255 79.9% 322358 46.2% 353831 50.7% 31473 4.5%

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...