12 Jun 2011

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 1 & 2

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 1

Kami dari gerakan masyarakat awam berasa sangat kecewa dengan tahap rasuah yang berleluasa di Malaysia yang boleh mengancam untuk menjerumuskan negara menjadi sebuah negara yang gagal. Tapi apa yang boleh kita lakukan selain meratapi dan mendedahkan apa yang kita ketahui? Tidak ada apa-apa yang akan dilakukan terhadap apa yang kita mendedahkan.

Hei, malah kita pernah mendedahkan bahawa Peguam Negara ada 'hubungan' dengan salah seorang Pengarahnya. Dan tahu apa? Tidak ada sebarang tindakan dilakukan tentang perkara ini dan ia masih meneruskan 'perhubungan' hingga saat ini meskipun semua orang mengetahui tentang hal itu.

"Jadi, mengapa peduli?" Mungkin ramai bertanya. Nah, tugas kita adalah hanya untuk mendedahkan kebenaran sama ada sesuatu dilakukan terhadap perkara itu atau tidak. Bahkan kami mendedahkan kesalahan pembangkang walaupun kita difitnah dan disebut sebagau pengkhianat dan dibeli.

Ini adalah apa yang kita lakukan - tidak mengapa walaupun ia membuatkan kita tidak popular. Dan jika anda tidak menyukainya, cukup! Itu masalah anda, bukan saya.

Bercakap tentang rasuah, saya masih ingat lagi pada tahun 1980 ketika saya berbual dengan Timbalan Ketua Polis, orang nombor dua Tun Haniff Omar tentang korupsi di jabatan polis dan dia mengatakan bahawa jika mereka ingin membanteras rasuah mereka harus memecat 97% dari anggota polis.

Saya tidak pula menyoal Tan Sri Amin adakah dia termasuk dalam kumpulan 3% atau 97%.

Saya juga ingat pada 1990-an ketika Pengarah BPR Terengganu yang bernama Zainal melancarkan siasatan rasuah terhadap pegawai kanan kerajaan dan para pemimpin UMNO. Nampaknya seperti 100% dari orang-orang ini, termasuk Menteri Besar Wan Mokhtar Ahmad, akan masuk penjara.

Wan Mokhtar kemudiannya menghubungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Zainal terus dipindahkan dalam masa 24 jam.

Jadi, ya, ada beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah yang baik dan berdedikasi (BPR, sekarang dikenali sebagai SPRM). Tapi jika mereka ingin melaksanakan pekerjaan yang telah diamanahkan kepada mereka, mereka akan dianiaya, dipindahkan dalam masa 24-jam, dimasukkan ke dalam 'peti sejuk' dan sebagainya. Jadi ia tidak berbaloi untuk menjalankan tugas anda. Lebih baik, sebagaimana kata salah satu Anggota Parlimen: anda 'tutup sebelah mata'.

Tutupan kedua-dua belah mata ditambah mulut dan telinga bahkan lebih baik. Maka anda akan pergi lebih jauh.

Jadi kepada siapa rakyat akan beralih ketika mereka tidak lagi gembira dan percaya kepada institusi yang sepatutnya dipercayai orang awam? Kepada polis? Pleeeeeez! Kepada SPRM? Apa? Dan lepas itu dicampak keluar jendela?

Nasib baik peguam Rosli Dahlan ditahan semalaman di penjara SPRM di Putrajaya, di aras bawah. Jika tidak ia akan juga dijumpai mati di bawah.

Bolehkah anda bayangkan tajuk utama akhbar pada hari berikutnya jika Rosli meninggal dunia?

"Peguam Rosli Dahlan ditemui mati di tingkat bawah pejabat SPRM di Putrajaya. Rosli diduga telah melompat keluar dari penjara aras bawah SPRM dan jatuh ke bawah."

Ya, seperti dalam filem 'Ghost Buster', siapa yang anda telefon? Polis? SPRM? Tidak, anda akan hubungi Ghos Buster! Anda hubungi Malaysia Today. Anda akan datang kepada Malaysia Today untuk meminta supaya kebenaran diberitahu.

Demikian juga berkaitan dengan kes SPRM. Mereka yang berada di dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Mereka tidak percaya kepada PDRM. Mereka tidak percaya SPRM. Tetapi mereka percaya kepada Malaysia Today. Jadi mereka telah meminta Malaysia Today untuk mendedahkan kebenaran. Dan itulah apa yang akan kami lakukan.

Jadi nantikan esok kami akan dedahkan kepada anda bahagian kedua dari cerita "Kematian Ahmad Sarbani: Dusta dan Penipuan SPRM", sebuah cerita yang akan mengejutkan anda.

Jadi bila anda berfikir selamat untuk masuk ke dalam air, seperti yang mereka kata di dalam filem 'Jaws'. Itu benar, ada banyak Jerung di Malaysia. Tetapi tidak semua Jerung berenang di dalam air. Ramai Jerung berjalan dengan dua kaki. Dan ramai Jerung mengenakan seragam. Dan banyak Jerung di bawah perlindungan UMNO.

Bahkan, banyak dari Jerung ini sebenarnya alat kepada mereka yang berjalan di dalam koridor kuasa. Mereka adalah alat untuk menjatuhkan mereka yang kritis terhadap kerajaan. Mereka adalah alat yang digunakan supaya pembangkangan diam.

Dan apa yang membimbang mereka yang berjalan di dalam koridor kuasa adalah hakikatnya ramai yang bekerja untuk kerajaan tidak lagi percaya kepada kerajaan tetapi lebih percaya kepada Malaysia Today. Dan itulah sebabnya mereka datang kepada Malaysia Today untuk menceritakan kisah mereka. Dan ini sebabnya mengapa mereka inginkan Malaysia Today untuk mendedahkan apa yang mereka ceritakan kepada kami.

Sekarang, tunggu untuk bahagian kedua di mana kita akan dedahkan apa yang 'orang dalam' Jabatan Kastam memaklumkan kepada kami.

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 2


Dato Seri Abu Kassim adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika Teoh Beng Hock meninggal dunia pada tahun 2009. Ketika pertama kali berita kematian Teoh Beng Hock diketahui mereka berusaha untuk memesongkan maklumat dan mengklasifikasikan sebagai 'bunuh diri', kemudian Pengarah SPRM Selangor Hishamudin Hashim menjadi panik dan berjumpa dengan Abu Kassim untuk mendapatkan 'arahan selanjutnya'.

Suruhanjaya Penyiasatan Diraja kes Teoh Beng Hock (TBH RCI) telah menemui beberapa bukti jahanam penipuan dan manipulasi fakta oleh SPRM untuk menutup apa yang terjadi pada waktu itu - termasuk pendedahan bahawa pegawai-pegawai SPRM biasa menonton pornografi di pejabat.

Bagi mengalihkan perhatian awam dari bukti buruk ini, pada tarikh 1 April 2011, Abu Kassim yang sekarang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, telah melancarkan satu serangan hebat terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan berita sensasi bahawa terdapat pakatan sulit pegawai-pegawai Kastam dengan ratusan syarikat-syarikat pengangkutan yang menipu wang kerajaan sebanyak RM108 bilion dalam pendapatan cukai.

Perkara itu kemudiannya mendatangkan masalah kepada SPRM kemudiannya, pada tarikh 6 April sekitar jam 11:00pagi, Timbalan Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati, dilempar dari lantai aras tiga di bangunan pejabat baru SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur.
Polis mengeluarkan jasad Ahmad Sarbani dari Pejabat SPRM KL


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, memberikan kenyataan akhbar petang itu bahawa Ahmad Sarbani telah datang ke pejabat SPRM dengan sukarela dan tanpa temu janji.

Malaysia Today telah menerima laporan 'sumber dalaman' dari SPRM serta dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kenyataan Datuk Mustafar adalah tipu dan dibuat untuk menafikan fakta bahawa Ahmad Sarbani meninggal dunia ketika di dalam tahanan SPRM, sama seperti yang terjadi kepada Teoh Beng Hock.

Inilah apa yang dikatakan oleh 'sumber dalaman' SPRM kepada Malaysia Today:

"Kepimpinan SPRM tidak boleh dipercayai. Mereka berbohong dan cuba menutup kematian Teoh Beng Hock. Dan sekarang mereka telah melakukan hal yang sama dalam kematian Ahmad Sarbani. "

SPRM memerlukan sesuatu yang sensasi untuk menutupi reputasi buruk dalam TBH RCI. Mereka berbohong kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan mengatakan bahawa rasuah yang meluas di dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian cukai sebanyak RM108 bilion.

Ini menyebabkan Najib teruja. Anda lihat, Malaysia semakin muflis dan perolehan Najib pula sangat buruk dan terfikir bahawa ini adalah salah satu cara negara untuk 'mendapatkan wang'.

Untuk penyiasatan di Selangor ia dijalankan oleh Pengarahnya, Yusof Akope, dan Timbalannya, Fauzi Mohd. Pengawai Penyiasatan Kanan (SIO) untuk kes ini adalah Abdul Ghani.

Namun, daripada melakukan siasatan yang adil, tidak bias dan mengatakan perkara sebenar, mereka bertiga telah merancang untuk menyokong rancangan HQ SPRM dalam menjadikan tuduhan kehilangan RM108 bilion ini dipercayai.

Mereka sepatutnya belajar dari CIA, yang telah membuat laporan perisikan palsu tentang wujudnya senjata pemusnah besar-besaran (WMD) semata-mata untuk menyokong rancangan Presiden Bush dalam menyerang Iraq dan Saddam Hussein. Sekarang seluruh dunia tahu bahawa Saddam tidak pernah mempunyai senjata pemusnah. Kesudahannya hanyalah untuk - Saddam digantung mati.

Media utama Malaysia milik kerajaan telah mengheret serangan sensasi dengan penangkapan 62 pegawai Kastam di Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Pahang oleh kumpulan petugas khas, yang kononnya terdiri daripada SPRM, Inland Revenue Board, Bank Negara dan Jabatan Kastam.

Reaksi segera dari Jabatan Kastam, Dato' Mohamed Khalid Yusuf, ialah menyatakan rasa terkejut dan sedih di atas kerugian cukai yang besar dan kematian yang sangat terkesan. Malah, pimpinan atasan Jabatan Kastam sebenarnya masih kabur dengan rencana SPRM dan tidak tahu apa-apa tentang apa yang sedang berlaku - ini bertentangan dengan apa yang dimaklumkan kepada kami.

Ketua Pengarah Kastam Dato' Khalid (tengah) memperjelaskan tuduhan-tuduhan kesalahan SPRM bersama dengan Presiden FMM Tan Sri Mustafa Mansur and Naib Pengerusi FMM Customs Committee Datuk Tan Kwong Jin.
Sasaran tidak memerlukan kecerdasan yang tinggi untuk dikenal pasti. Lihat pada teori bahawa kerugian pendapatan adalah kerana dari kegiatan import dan eksport, mereka hanya memfokuskan kepada pintu masuk kastam dan menganggap bahawa semua petugas di bahagian ini korup.

Di sinilah bagaimana SPRM mengetuai serbuan. Tidak ada penyiasatan terlebih dahulu. Semua SPRM harus bekerja berdasarkan firasat. Tapi mereka tidak peduli kerana tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari RCI TBH. Inilah apa yang firma perhubungan awam APCO ajar kepada mereka - ia adalah tentang menguruskan persepsi awam.

Pada hari-hari berikut serangan sensasi ini, media utama terus memainkan cerita yang dibocorkan oleh pegawai SPRM sendiri tentang kononnya terdapat seorang pegawai yang memiliki beberapa juta ringgit di dalam akaun banknya dan seorang lagi pula hampir RM1 juta. Dua pegawai yang lain dipercayai mempunyai lebih dari RM500,000 masing-masing. Cerita serbuan ini yang berjaya mendapatkan semula jongkong emas dan lebih dari RM600,000 dalam bentuk tunai yang disimpan dalam beberapa beg telah dimainkan semaksimum mungkin.

Dengan 'bukti' kuat seperti itu, anda pasti membayangkan akan ada pegawai yang akan dikenakan dakwaan. Bagaimanapun selepas dua bulan sejak serbuan dan penangkapan, namun tidak ada seorang pegawai pun yang didakwat!

Sementara itu, Akope Yusof, Mohd Fauzi dan Abdul Ghani terus mencemarkan nama baik Ahmad Sarbani yang meninggal dunia sebagai seorang pegawai yang sangat rasuah dan menggambarkan ia sebagai mastermind kepada penipuan berbilion ringgit Jabatan Kastam.

Mereka berkata kepada IO Polis, ASP Zuhairi Mohamed, bahawa Ahmad Sarbani melompat dari Pejabat SPRM dan membunuh diri kerana takut bahawa siasatan SPRM akan menunjukkan berbilion-bilion wang tunai yang ia telah sembunyikan. Bahkan mereka menggelar kes ini sebagai kes 3B (RM3 bilion).

Lihat bagaimana sebegitu cepat ia turun daripada RM108 bilion menjadi tidak lebih dari RM3 billion!

Mereka juga mengatakan kepada ASP Zuhairi dan DSP Shafie bahawa Ahmad Sarbani mengakui bahawa dia menerima rasuah Ah Seng dari Top Markus Freightforwarding dan Wan Zainal Abidin dari Schenker Logistik.

Perkara pertama yang ASP Zuhairi lakukan adalah untuk menemuramah rakan Ahmad Sarbani dan ia menemui gambaran yang sama sekali berbeza daripada arwah yang banyak difitnah. Kenyataan saksi yang diperolehi ASP Zuhairi terhadap Ahmad Sarbani ialah seorang pegawai yang bertanggung jawab dan pekerja rajin dan suka membantu setiap orang yang berurusan dengan Bahagian Eksport & Import Jabatan Kastam Port Klang.

ASP Zuhairi mendapati bahawa cerita yang Ahmad Sarbani stres juga tidak benar. Pada 4 April, selama solat Zuhur di surau Jabatan Kastam Port Klang, Ahmad Sarbani dilihat mendakap dan menceriakan rakan pegawai Basharuddin yang baru saja dibebaskan dari tahanan SPRM.

Menurut Basharuddin, Ahmad Sarbani telah mengatakan kepadanya supaya yakin kepada Allah dan tidak takut, kerana kebenaran pasti akan menang.

Rupanya, Ahmad Sarbani juga merupakan Imam Zuhur di surau itu dan merupakan seorang Muslim yang soleh. Bagi ASP Zuhairi, semua ini tidak konsisten dengan kelakuan seseorang yang stres, apatah lagi seorang pegawai rasuah yang membunuh diri.

Kita akan meneruskan cerita ini dengan bahagian 3, nantikannya.

Kredit : M2day

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...