April 14 @ 15:58:00 MYT
"Hari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.
Hari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.Sedar atau tidak, luahan kata Hashim itu secara langsung menyatakan bahawa perlantikan MB yang dibuat oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah ‘haram’ hukumnya dalam ‘kitab’ Umno.Perbuatan ini seolah tidak merestui atau menghormati perkenan Raja Perlis, walhal sudah setahun berlalu, dan juga meludah ke muka sendiri apabila dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, isu derhaka pada kedaulatan sultan, berapi-api dimainkan oleh orang Umno sendiri.
Di Terengganu, boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.
Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?
Jangan sampai sepanduk ‘Natang’ dinaikkan semula di Terengganu.
Situasi sekarang ini menunjukkan masalah dalam UMNO di dua negeri tersebut kucar-kacir dan meruncing.Ianya didiamkan sepanjang pilihanraya dan semasa Paklah masih menjadi PM.Tetapi pentadbiran kerajaan pusat sudah berubah tangan dan golongan ini mula menunjukkan taring masing-masing, mungkin dengan izin PM baru iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Mungkinkah pertelagahan ini antara kem Paklah dan Najib? Tapi yang pastinya rakyat kini boleh menilai, Umno yang kuat berapi melaungkan kedaulatan raja dan sultan kini umpama ‘Mohon Derhaka’ pada dua Raja yang disanjungi rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan