24 Mac 2013

UPDATED ! LAPORAN OPS DAULAT - 24HB.MAC AHAD - 4 MILITAN SULU TERBUNUH PENTEMPURAN 9.15PG. KG. TG. BATU

MENYUSUL LAGI.....
UPDATE 6.00PTG
 4 mayat rakyat asing ditemui, seorang askar cedera


Tan Sri Datuk Zulkifeli Mohd Zin bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) ketika mengadakan sidang media di Lahad Datu, hari ini.

LAHAD DATU - Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, hari ini.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Zulkifeli berkata, mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata, hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata, kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.



KENYATAAN MEDIA : OP DAULAT TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA


KEADAAN KESELAMATAN DI DAERAH LAHAD DATU ADALAH TERKAWAL DAN SELAMAT.

STATISTIK TERKINI JUMLAH TANGKAPAN YANG DISIASAT DI BAWAH SECURITY OFFENCES (SPECIAL MEASURES) ACT 2012, (SOSMA) ADALAH SERAMAI 110 TANGKAPAN.

TANGKAPAN KES-KES LAIN SERAMAI 306 ORANG (AKTA IMIGRESEN-298 ORANG, AKTA PENDAFTARAN NEGARA-1 ORANG DAN AKTA BAHAN LETUPAN, KAKISAN DAN SENJATA BERBAHAYA-1 ORANG).

JUMLAH MAYAT PENGGANAS YANG BERJAYA DIBAWA KELUAR ADALAH SERAMAI 38 ORANG DAN JUMLAH PENGGANAS YANG DITEMBAK MATI ADALAH SERAMAI 63 ORANG. OPERASI PEMBERSIHAN/PENGGELEDAHAN DI KAWASAN KAMPUNG TANJUNG BATU MASIH DITERUSKAN.

DALAM TEMPOH 24 JAM INI. BILANGAN PASUKAN KESELAMATAN YANG TERKORBAN DAN CEDERA PARAH ADALAH SAMA IAITU 10 ORANG TERKORBAN DAN 10 ORANG CEDERA PARAH.




** POLIS SAHKAN DATU AMIR BAHAR HUSHIN KIRAM DITAHAN DI SEMPORNA


Lahad Datu, 24 Mac - Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.

"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...