30 Mac 2013

TERHOT ! KEHEBATAN TAIB MAHMUD..MAT SALEH UK PUN DIA BELI...!!!



Ben Fogle Dari UK Membatalkan Kontrak PR Mengenai Sarawak – “Menyesal” Pada Pendedahan Rasuah

Bertemu dengan orang utan “liar” di kawasan “hutan dara” di Borneo?

Salah sebuah akhbar terkemuka Britain, The Independent, telah melaporkan bahawa pembuat filem pengembaraan Ben Fogle sudah menarik diri dari kontrak mempromosikan ‘eko-pelancongan’ Sarawak.

Akhbar berkenaan menceritakan Sarawak sebagai “sebuah rejim yang mempunyai salah satu rekod antara yang terburuk pemusnahan alam sekitar di dunia”.

Ben Fogle mengatakan bahawa dia “merasa amat kesal” apabila mengetahui keadaan sebenar mengenai kegiatan pemusnahan alam sekitar dan juga salah laku rasuah di bawah Taib Mahmud di Sarawak, di mana The Independent mengesahkan bahawa “industri pembalakan yang amat luas dengan meninggalkan baki hutan seluas 5% belum ditebang atau telah dijadikan perladangan kelapa sawit.”

Akhbar ternama itu seterusnya melaporkan:

“Sarawak mempunyia kadar pemusnahan hutan yang paling cepat di rantau Asia dan mengekspot lebih banyak kayu balak berbanding Afrika dan Amerika Latin digabungkan. Kini ianya mempunyai baki hutan sebanyak 0.5% tetapi mempunyai kadar ekspot kayu tropika sebanyak 25% pada tahun 2010” [Independent]

Pada minggu lalu Sarawak Report telah membantah penglibatan Ben Fogle dalam kempen berbiaya PR yang ditanggung oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, menerusi syarikat PR di UK, Hills Balfour, yang melaporkan mengenai orang utan ‘liar dan bebas’ yang menghuni hutan ‘terpencil’ di Sarawak.

Sebenarnya, Fogle telah mengakui bahawa dia difilem bersama orang utan yang dikurung, yang telah diusir dari habitat asli mereka akibat penebangan hutan dan pembukaan ladang kelapa sawit yang begitu giat dijalankan.

Turut dikaitkan dalam pembikinan filem itu adalah seorang jurugambar (yang dinyatakan dalam majalah Hello dan akhbar Telegraph) iaitu anak perempuan MP Jacob Sagan dari kawasan Baram, Sharon Leraine Sagan. Sharon, seperti juga anak ahli-ahli politik BN Sarawak yang lain, secara peribadinya telah menerima lesen pembalakan berjuta-juta ringgit, yang menyumbang pada pemusnahan alam sekitar Borneo.


Sebuah artikel penuh muka surat dalam The Independent yang melaporkan mengenai pemusnahan ekologi dan gejala rasuah yang dilakukan oleh Taib Mahmud

Artikel dalam Independent telah melaporkan secara terperinci bagaimana kempen PR yang dibiayai Kerajaan Negeri Sarawak itu telah merekrut sekumpulan ‘Mummy Bloggers’ untuk cuba mempromosikan imej negeri Sarawak sebagai sebuah kerajaan yang berusaha gigih memelihara hutan dan alam sekitarnya.


Pemeliharaan hidupan liar sebagaimana sepatutnya – di Sarawak?

Dalam suatu variasi menarik mengenai ‘perang-cyber’ itu para blogger telah dijemput untuk menjadi Duta-Duta pada Kelab Para Blogger Sarawak dan mereka juga ditawarkan percutian percuma untuk melawat negeri Sarawak di bawah pakej yang kononnya dikenali sebagai ‘kunjungan pemberita’.


BBC telah menafikan penglibatan mereka

Namun ramai dari kalangan para blogger itu telah menarik diri setelah mereka mengetahui keadaan sebenarnya. Dan pada malam semalam sebuah ‘majlis pelancaran’ di London yang dirancang untuk siri-siri filem Ben Fogle mengenai pengembaraannya di hutan Sarawak telah dibatalkan.

Agensi berita terkemuka, BBC, telah memberitahu Sarawak Report, bahawa mereka terlibat dalam pembikinan filem Ben Fogle itu adalah suatu berita yang tidak benar.

Dan Fogle kini telah memberitahu Independent bahawa dia amat terkejut dan kecewa dengan kandungan pendedahan video terbitan NGO Global Witness mengenai amalan rasuah buruk Taib Mahmud dan keluarganya dan bahawa dia sekeluarga kini harus menjawab beberapa “persoalan yang amat serius”.

Artikel Independent yang menyeluruh itu telah membuka minda para pembaca di seluruh UK mengenai ringkasan isu-isu yang mengancam alam sekitar dan orang pribumi Sarawak pada masa kebanyakan maklumat tentang Malaysia banyak dikuasai oleh media PR yang mahal-mahal.

Para pembaca UK kini mulai mendengar kebenaran mengenai negeri Sarawak

Ringkasan artikel boleh diakses secara atas talian seperti berikut:

Ben Fogle Dituduh Mengetuai Propaganda Mengabaikan ‘Pemusnahan dan Eksploitasi Alam Sekitar’ Sarawak

Ben Fogle, seorang pembikin filem-filem pengembaraan bersiri untuk Lembaga Pelancongan Sarawak di bawah tajuk “Ben Fogle’s Sarawak Adventure” di mana dia dipersembahkan bermain-main dengan anak orang utan dan berenang-renang di air terjun di negeri itu. Sarawak mempunyai kadar kemusnahan hutan hujan yang paling cepat di rantau Asia dan kadar ekspot kayu balak yang meningkat berbanding Afrika dan Amerika Latin digabungkan. Sarawak mempunyai baki hutan dara hanya seluas 5% namun kadar ekspot kayu balaknya adalah 25% pada tahun 2010.

Penglibatan Fogle dalam kempen PR telah mengejutkan ramai pengkritik Kerajaan Sarawak dan rekod-rekod pemeliharaan hutannya. “Nampaknya Ben Fogle telah dijadikan sebutir bidak percaturan,” kata Clare Rewcastle, pengasas blog Sarawak Report. “Sesiapa sahaja yang mengetahui tentang alam sekitar seharusnya tahu mengenai isu-isu yang berkisar dalam industri penerokaan alam untuk dibuka menjadi ladang kelapa sawit dan juga kebolehan kerajaan negeri Sarawak mengendalikannya.

Kesemua artikel itu turut menjadi artikel utama dalam laman web Lembaga Pelancongan Sarawak.

“Sesiapa sahaja yang menasihatkan Ben Fogle bahawa bekerja untuk PR bagi mempromosikan isu-isu alam sekitar kerajaan Negeri Sarawak adalah suatu idea yang baik telah menyebabkannya dikutuk hebat,” kata Tom Picken dari NGO Global Witness. “Ben Fogle di Sarawak bersama anak orang utan yang menjadi yatim – Ben telah menganggap mereka sebagai anak-anaknya sendiri! Fogle telah mendedahkan bahawa dia tidak akan mengacarakan sebarang acara Sarawak “sehingga saya telah selesai menjalankan siasatan selanjutnya” dan telah memberikan respon yang panjang mengenai “pengembaraannya” di Sarawak. Fogle telah tetap dengan pendiriannya mengenai keindahan Sarawak: “Ianya sungguh indah. Saya telah berada di Sarawak untuk membuat filem pengembaraan yang ringkas untuk laman web Lembaga Pelancongannya.”

Menurutnya dia tidak menggunakan perkataan “eko-pelancongan” berkaitan dengan Sarawak. “Saya telah membezakan antara Lembaga Pelancongan Sarawak dengan Taib Mahmud [Ketua Menteri Sarawak]. Hills Balfour telah mempertahankan peranannya untuk Sarawak. “Sebagai agensi PR, kami percaya mengenai peranan kami mempromosikan Sarawak untuk kepentingan ekonominya,” kata mereka. 

Mishcon De Reya, syarikat guaman di London yang mewakili Ketua Menteri Taib Mahmud, telah mengeluarkan kenyataan sebagai respon mereka terhadap filem Global Witness itu: “Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen-lesen pada tanah dalam keadaan yang amat terkawal,” dan bahawa Ketua Menteri itu “tidak pernah meminta sebarang sogokan”.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...