25 Mac 2013

KANTOI ! MEMANG LGE PERKAUMAN...SERAH PROJEK RM6.3 BILION KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMI..?

Terowong: Zenith kagum Guan Eng majukan negeri

Pengerusi Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Zulkipli kagum dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana sanggup dihentam berbagai pihak untuk memenuhi visi membangunkan negeri ini.

Ujarnya, setelah berjaya memperolehi projek pembinaan tiga lebuhraya dan sebuah terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam melibatkan peruntukan RM6.3 bilion tidak sepatah pun keluar perkataan dari mulut Lim bertanyakan latar belakang politiknya.

"Ketua Menteri tak tanya pun siapa dan latar belakang politik saya kerana yang dia mahu ialah syarikat boleh buat kerja tidak tipu dan beramanah serta mampu laksanakan projek sehingga berjaya hatta dengan syarikat gabungan mana sekali pun," tegasnya sewaktu diberikan peluang berucap sekaligus mengenepikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak dalam program taklimat kepada awam di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Sambungnya, tiada masalah apabila sebuah syarikat bumiputera diberikan mandat sebegitu dan terpulang pada syarikat untuk bergabung syarikat lain asalkan ia menunjukan prestasi dan kejayaan yang baik.


BUCG jelasnya, adalah sebuah syarikat pembinaan terbaik dari Negara China di mana syarikat berkenaan berjaya membina Stadium Olimpik di China, lebuhraya dan sebagainya.
Lagipun sambungnya, kerja-kerja pembinaan itu nanti akan memberikan peluang kepada kontraktor di negeri ini yang dilihat berkemampuan.

"Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kemudian kontraktor Cina dan sedang merancang bertemu kontraktor India supaya masing-masing memperoleh sedikit peluang hasil pembangunan di negeri ini. Kepada pihak-pihak tertentu janganlah buat fitnah sebaliknya marilah bersama berganding mahu bersama kerajaan yang berjiwa rakyat," tegasnya.




Datuk Zarul Ahmad Puji Ketelusan Tender Terbuka Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Walaupun Dibantah Oleh Penyokong BN, Rakyat Terus Menyokong Projek Terowong 

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 23.3.2013

Walaupun Dibantah Oleh Penyokong BN, Rakyat Pulau Pinang Akan Terus Menyokong Projek RM6.3 Bilion Untuk 3 Lebuhraya Dan 1 Terowong Bawah Dasar Laut Kerana Kita Enggan Dicekik Dengan Kesesakan Trafik Oleh Kerajaan Persekutuan BN.

Gambar demo di Komtar pada 23 Mac 2013.
Keengganan BN untuk menunaikan janji pada tahun 2007 untuk membina monorel serta tindakan mereka untuk mensabotaj usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan pengangkutan awam yang efektif jelas merupakan cubaan untuk mencekik Pulau Pinang dengan kesesakan trafik. Sabotaj BN ke atas usaha-usaha pengangkutan awam kerajaan negeri adalah seperti:

· Kegagalan untuk menyampaikan 200 buah bas kepada Rapid Penang seperti yang dijanjikan pada tahun 2010;

· Keengganan untuk memberi kebenaran kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memiliki bas sendiri bagi tujuan pengangkutan awam; dan

· Menolak tawaran RM10 juta kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh negeri Pulau Pinang semasa waktu puncak.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan duduk berdiam atau tidak membuat apa-apa tetapi akan mengambil tindakan proaktif dengan projek penyelerakan trafik RM6.3 bilion yang terdiri daripada 3 lebuhraya utama dan 1 terowong bawah dasar laut yang akan menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di Seberang Perai. BN terus mensabotaj projek RM6.3 bilion yang bakal dibiayai oleh 110 ekar tanah tebusguna dengan memutar belit fakta, maklumat yang salah dan fitnah.

BN mendakwa bahawa kerajaan negeri telah memberi 110 ekar tanah tebusguna untuk percuma kepada kontraktor kerana terowong bawah dasar laut telah diberi konsesi 30 tahun untuk mengutip tol (3 lebuhraya lain adalah percuma). BN mendakwa bahawa dengan 60,000 pengguna kereta pada kadar RM10, jumlahnya adalah 21.9 juta kereta atau RM6.57 bilion dalam tempoh 30 tahun. Kutipan RM6.57 bilion ini akan mendatangkan keuntungan RM270 juta selepas mengambil kira kos pembinaan RM6.3 bilion.

Perangkaan ini adalah tidak benar. BN menipu sekali lagi. Jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang sekarang bukanlah 120,000 pada hari biasa dan 150,000 pada hari cuti seperti yang didakwa BN tetapi 80,000 dan 108,000 masing-masing. Kutipan tol bagi terowong bukanlah RM10 seperti yang didakwa BN tetapi akan ditetapkan pada kadar yang sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang telah diumumkan akan kurang daripada RM10. Tambahan lagi, tempoh konsesi hanyalah 30 tahun, iaitu kurang daripada 45 tahun tempoh konsesi yang diberi kepada BN untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Oleh itu, asas pengiraan BN bagi hasil tol untuk terowong adalah terlalu tinggi dan salah. Tetapi andainya angka RM6.57 bilion yang salah digunakan sekalipun, kos penyelenggaraan dan kos pembiayaan kewangan untuk pinjaman RM6.3 bilion selama tempoh 30 tahun tidak diambil kira. Kos kewangan dan penyelenggaraan akan mencapai tambahan RM6.3 bilion selama tempoh 30 tahun. Untuk sebab ini, 110 ekar tanah diperlukan untuk membiayai projek ini.

Saya baru sahaja kembali dari Sarawak di mana saya terkejut mendengar bahawa kerajaan negeri Sarawak telah menggantikan bayaran tertunggak RM200 juta dengan 100,000 ekar tanah. 

Bandingkanlah penukaran 100,000 ekar tanah untuk RM200 juta sahaja oleh kerajaan negeri BN Sarawak dengan di Pulau Pinang di mana 110 ekar ditukar dengan projek lebuhraya yang bernilai RM6.3 bilion

Tambahan pula, kenapakah BN tidak menjelaskan sebab-sebab kerajaan BN Pulau Pinang terdahulu telah menjual 980 ekar tanah tebusguna pada harga RM1 sekaki persegi?

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk membenarkan tempoh tol 30 tahun kerana kami tidak ingin berperang dengan kerajaan Persekutuan dengan tidak mengenakan caj tol. Ini kerana kerajaan Persekutuan akan mempunyai dasar undang-undang untuk menghentikan projek terowong dengan dakwaan bahawa kami sengaja mensabotaj kutipan tol Jambatan Kedua. Inilah sebabnya mengapa kerajaan negeri telah menetapkan kadar tol terowong pada kadar yang sama dengan Jambatan Kedua.


Akhrnya, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mencatat sejarah dengan tidak memberi jaminan jumlah trafik yang akan melibatkan pampasan oleh kerajaan sekiranya jumlah kenderaan yang menggunakan terowong tidak mencukupi. Ini adalah berbeza dengan konsesi-konsesi tol BN, di mana pengendali tol akan diberi pampasan jika jumlah kenderaan tidak mencukupi.

Untuk kali pertama, dialog mengenai projek-projek lebuhraya ini akan diadakan di Seberang Perai di Dewan Besar Sungai Dua pada hari esok, jam 10 pagi, Ahad 24.3.2013. Walaupun dibantah oleh penyokong BN semalam, kerajaan negeri Pulau Pinang yakin bahawa 1.6 juta rakyat Pulau Pinang akan terus menyokong projek penyelerakan trafik RM6.3 bilion yang terdiri daripada 3 lebuhraya dan 1 terowong bawah dasar laut kerana kami enggan membenarkan kerajaan Persekutuan BN untuk mencekik Pulau Pinang dengan kesesakan trafik.


LIM GUAN ENG



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...