28 Mac 2013

PECAH BERITA ! SPRM SERBU FIRMA GUAMAN YANG TERLIBAT SKANDAL TAIB MAHMUD....





SPRM serbu firma peguam dalam video Global Witness

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat peguam Alvin Chong yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa Global Witness.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu.

Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.

Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan.

Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka.

Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen.

Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkan bahawa Chong tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan.


VIDEO TAIB : NAJIB SERAH KEPADA SPRM


KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) dilihat "cuba menampilkan imej mengambil berat terhadap gejala rasuah" walaupun mengkritik masalah itu tidak boleh selesai dalam sekelip mata, kata Datuk Seri Najib Razak bersama temu ramah dengan Financial Times hari ini, berikutan pendedahan video mengejutkan mengenai skandal pembalakan Sarawak.

Akhbar perniagaan antarabangsa itu melaporkan perdana menteri enggan mengulas pendedahan oleh Global Witness ketika temubual tersebut, menjelaskan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia telah menyiasat dakwaan tersebut terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


"Pelacuran dan rasuah adalah dua perkara yang membelenggu manusia sejak sekian lama. Tapi kami sedang menguruskannya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang akan selesai sekelip mata," katanya.
Dalam artikelnya menjelaskan situasi sengit yang Najib akan hadapi dalam Pilihan Raya 2013, FT menjelaskan Umno sangat prihatin dalam topik rasuah, yang digunakan pembangkang sebagai senjata untuk kempen.

Akhbar perniagaan itu juga menjelaskan pelbagai dakwaan rasuah melibatkan kontrak kerajaan, dan Malaysia berkendudukan ke-54 daripada 176 negara berdasarkan kaji selidik indeks persepsi rasuah Transparency International Malaysia's (TI-M) 2012

Najib dilihat mencuba sedaya upaya bagi merubah negara termasuk membasmi rasuah, namun beberapa siri pendedahan rasuah melibatkan pentadbiran dan pemimpinnya berterusan berlaku.
Dalam pendedahan terbaru kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di London, Global Witness, menjadikan Taib (gambar) perhatian dalam video melibatkan penyiasatan terhadap skandal balak rasuah.

Video bertajuk "Inside Malaysia's Shadow State", menunjukkan rundingan oleh penyiasat GW dengan sepupu Taib dan beberapa orang tengah untuk membeli beberapa ribu hektar tanah hutan, yang mana kumpulan itu mendakwa menjadi kawasan petempatan ribuan masyarakay pribumi.
Taib bagaimanapun menafikan penglibatannya dan kerajaan yang dipimpinnya, malah kerajaannya juga telah memulakan inisiatif sendiri bagi menyiasat sama ada video itu adalah cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kredibilitinya dalam PRU13.

FT berkata, pasukan Najib berkemungkinan tewas oleh Pakatan Rakyat (PR), perikatan antara pembangkang, PKR, DAP dan PAS yang semakin kukuh sejak lima tahun lalu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jwpn atas siasatan tu nnt dh ketahui rakyat iaitu xda kes utk didakwa.. huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

tahniah dato seri. ini peluang utk dato seri yakinkan rakyat dgn trasformasi dato seri.

kalau boleh, terus jatuh hukum sebelum pru13.

kalau tak jatuh hukum, rakyat pasti kata sandiwara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...