27 Mac 2013

TERHOT ! MAHKAMAH RAYUAN BATAL PERINTAH MAHKAMAH TINGGI KES SYABAS SAMAN TONY PUA..!!!



Pua menang rayuan terhadap SYABAS

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menang dalam rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membayar RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana fitnah.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara hari ini 
membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP kebangsaan, bertanggungjawab terhadap satu fitnah dan memerintahnya membayar jumlah tersebut kepada SYABAS.


Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Pua, memaklumkan kepada Malaysiakini mengenai keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Zaharah Ibrahim, juga memerintahkan SYABAS membayar RM50,000 sebagai kos kepada Pua.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel tersebut ialah Datuk
Ananthan Kasinather dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Panel tersebut, dalam penghakiman lisannya, tidak menyatakan alasan bagi keputusan tersebut.

Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah, menolak tuntutan balas Pua dan pembelaan perlindungan bersyarat serta komen yang adil dalam membuat kenyataan berkenaan.

Dengan keputusan itu, kata Gobind, SYABAS perlu memulangkan RM200,000 yang telahpun dibayar.

'Mahkamah Tinggi terkhilaf'

Gobind dalam hujahnya hari ini berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf apabila ia mendapati Pua gagal menjustifikasikan kenyataan yang dibuat terhadap SYABAS.

Beliau berkata, bukti menunjukkan SYABAS sedang menghadapi masalah kewangan, dan oleh itu, adalah wajar bagi Pua mengatakan bahawa jika SYABAS tidak mempunyai dana yang mencukupi, maka ia perlu menyerahkan kembali konsesi ke Selangor.

Gobind (kanan) juga berhujah bahawa SYABAS - sebagai sebuah entiti yang menyediakan perkhidmatan awam - tidak boleh menyaman sesiapa kerana fitnah.

Manakala peguam SYABAS, Gopal Sreenevasan memberitahu mahkamah rayuan bahawa Hakim Amelia membuat keputusan yang betul untuk menolak pembelaan justifikasi yang dibangkitkan oleh Pua.

Gopal juga memberitahu mahkamah bahawa SYABAS, sebagai sebuah entiti komersial, mempunyai hak untuk menyaman individu kerana fitnah kerana ia berhak untuk melindungi reputasinya. ~mk

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...