29 Mac 2013

TERHOT ! KG.SIMUNUL DIGELAR MINI FILIPINA...MENGAPA SIAPA TIDAK PEDULI SEBELUM INI..???

PERKAMPUNGAN Air Simunul, Semporna, berlaku pertempuran yang menyebabkan enam anggota polis maut.

MINI FILIPINA : Rupanya Kg Simunul Telah Lama Menjadi "Perkampungan Samseng"

Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.

Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.

Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.

Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.

Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

Mungkin disini  kubu kuat Kiram , 39 Ahli Keluarga Kiram Menetap Di Semporna???

Sebanyak 39 daripada 183 kenalan komander kumpulan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram di laman sosial Facebook  SINI  dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.


Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.

Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.

Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.

Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.



Gambar: BARU BUKA MATA...

BELIAU JUGA KOMANDER YANG MEMBERI ARAHAN SEJAK PENCEROBOHAN KUMPULAN PENGGANAS DI LAHAD DATU.

Lelaki berusia lewat 40-an yang juga didakwa sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' itu berpangkat jeneral lima bintang dan bertindak sebagai komander yang memberi arahan sejak pencerobohan kumpulan pengganas itu di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Identiti lelaki tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa mengadakan sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di sini hari ini.

Bagaimana pula ahli keluarga beliau di Sabah mereka harus dipantau oleh pihak  
keselamatan.



MAYAT....Beberapa anggota polis mengangkat mayat Salib yang mati ditembak di sebuah rumah di Simunul, Semporna semalam.

Salib orang kuat Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh Ketua Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah. Datu Piah yang masih diburu oleh pihak keselamatan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...