27 Mac 2013

TERHANGAT ! MENTERI-MENTERI NAJIB " KABINET KAYU MATI " DISAHKAN OLEH DAIM DAN MAHATHIR..!!! [ +VIDEO ]




Dr M bersetuju dengan Daim, Najib perlu buang pemimpin luput tarikh

Nama-nama baru dalam Kabinet dapat membantu memperkukuhkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, menyokong kenyataan Tun Daim Zainuddin prestasi perdana menteri kini dibebani dengan masa lalu.

Daim, bekas menteri kewangan dipetik dari wawancara dengan New Sunday Times berkata walaupun Najib membuat “kerja dengan baik”, perdana menteri keenam itu membawa “terlalu banyak kayu mati” dan mesti menyusun semula pentadbiran dan membuang mereka yang tidak berprestasi baik.

“Ya, saya setuju dengan dia. Pokok mati harus ditebang dan dibuang supaya pokok baru dapat ditanam,” katanya menyokong kenyataan Daim kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Mahathir berkata beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan. 

 Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan akan membubarkan Parlimen tahun lalu sekiranya beliau adalah perdana menteri, apabila ditanya bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan perkara tersebut.

Menurut bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu, beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan.

“Saya tidak ada kuasa untuk bubar parlimen, jadi saya pun tak tahu bila.

“Kalau saya jadi perdana menteri, dah lama saya bubar dah. Tapi, saya tak ada kuasa, jadi saya pun tak tahu bila nak dibubarkan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Bubarkan - 5 Tahun Sahaja



Najib mesti turun kalau prestasi PRU buruk


Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.



JAWAPAN ANWAR IBRAHIM ATAS TUDUHAN  DAIM KRONI BESAR MAHATHIR...

Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...