27 Mac 2013

TERHOT ! RAHSIA PEMBOHONGAN TAIB MAHMUD TERHADAP KELUARGA ABDUL RAHMAN TERBONGKAR...!!!

Ini juga suatu sebab yang tidak masuk akal jika Ketua Menteri itu cuba mengatakan bahawa kedua-dua orang sepupunya itu berlakon untuk “mengenakannya” dalam filem itu. 

Dua orang wanita itu sebenarnya kurang berhati-hati semasa berbual-bual dengan seorang lelaki yang berlakon ingin membeli tanah dari mereka.



Mereka Memandang Kita Seperti  mereka Raja-Raja?


Anak saudara MP Norah Abdul Rahman sedang diasuh untuk menganggap dirinya sebagai seorang Raja pada orang-orang yang miskin – anak lelaki Norlia memberikan Ang Pau kepada kanak-kanak miskin di kawasan Tanjung Manis.

Rakyat Sarawak kini masih menghayati dan meneliti keangkuhan anak-anak Abdul Rahman, seperti yang didedahkan dalam video rakaman Global Witness mengenai rampasan-rampasan tanah di awal minggu ini.

Dua dari lapan orang anak perempuan Abdul Rahman itu, yang memperolehi tanah NCR menerusi syarikat mereka daripada sepupu mereka Ketua Menteri, telah menjelaskan dalam rakaman berahsia bagaimana mereka mendakwa hubungan mereka dengan orang-orang “miskin dan daif” di Sarawak.

“Anda tahu, mereka itu amat miskin dan apabila ada pemimpin-pemimpin yang datang mereka memandang pemimpin-pemimpin itu sebagai raja-raja dan mereka sering mengharapkan apa jua pemberian”,kata Fatimah Abdul Rahman yang gemuk itu, yang merupakan orang yang boleh dihubungi bagi syarikat Ample Agro Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah mendapat 5,000 hektar tanah di kawasan Julau.

Jika kenyataan ini tidak cukup untuk merendah-rendahkan orang-orang tempatan, sila teliti komen-komen kakak sulungnya, Norlia Abdul Rahman, yang diperkenalkan sebagai seorang “yang menjaga kawasan pilihanraya [Tanjung Manis]” untuk seorang lagi saudara mereka, iaitu MP Norah Abdul Rahman.


Kelayakan Norlia ke atas tanah itu diikhtiraf oleh Taib Mahmud.


“Mereka sebenarnya setinggan yang menduduki tanah di situ kerana tanah itu bukan milik mereka, ianya tanah kerajaan, maka mereka itu adalah setinggan”

kata Norlia, yang tetap menganggap dirinya berhak mengatakan bahawa orang-orang tradisi itu boleh dipaksa meninggalkan tanah tradisi mereka, mana kala dia dan saudara-saudaranya yang kaya itu mempunyai hak dan kelayakan ke atas tanah di situ. Kerana mereka adalah ‘Raja-raja’?

 Walhal Raja-raja Inggeris Sarawak dulu tetap telah berhati-hati untuk tidak memijak kaki mereka di tanah penduduk asli Sarawak.


Lihatlah bagaimana para pengawal berdiri dalam keadaan berjaga-sedia dan memegang payung-payung di atas kepala kita, ‘Raja’ muda?

Kenyataan-kenyataan yang mengejutkan itu telah menggesa pemberi maklumat kami untuk menghantar beberapa keping gambar anak-anak Abdul Rahman yang berlagak seperti ‘golongan di-raja’ di kawasan Tanjung Manis, salah sebuah kawasan hutan paya bakau terakhir di Sarawak, satu-satunya kawasan yang telah dimusnahkan oleh syarikat-syarikat mereka untuk dijadikan “Hab Halal”.

MP Norah Abdul Rahman kini sedang berkelakuan seperti seorang permaisuri di kawasan yang miskin ini dan mendidik anak saudaranya, iaitu anak lelaki Norlia untuk memberikan bungkusan-bungkusan ang pau kepada kanak-kanak tempatan yang kurang bernasib baik.

Anak-anak perempuan Abdul Rahman itu sering menganggap diri mereka itu datang dari latar belakang keluarga bangsawan. Namun mereka sebenarnya bukan begitu. Bapa mereka adalah seorang peguam yang berjaya menjadi ahli politik yang dipilih dan kemudian mengangkat sepupu mereka, Taib Mahmud, juga seorang peguam untuk dipilih. Mereka sebenarnya bukan golongan bangsawan.

Ingat, kita ini Keluarga Di-Raja bagi kawasan Tanjung Manis?

Berkenaan tanah itu, yang diberikan oleh sepupu mereka, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud itu menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk memimpin Kerajaan Negeri. Pemberian itu sememangnya suatu bentuk rasuah yang menjijikkan, rampasan harta pusakan orang pribumi dan juga suatu bentuk salah guna kuasa.

Namun, jelaslah anak-anak Tun Rahman itu sering menganggap diri mereka berhak ke atas apa yang mereka perolehi kerana pertalian saudara mereka dengan Taib Mahmud, walhal orang-orang pribumi yang membantah rampasan yang mereka lakukan itu sebagai “nakal”.

Jelaslah anak-anak Tun Rahman itu merasa marah bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah memberi amaran pada kaum Dayak bahawa tanah-tanah tradisi mereka telah dibahagikan kepada saudara-mara Taib Mahmud seperti mereka, kerana berdasarkan undang-undang negeri, mereka tetap berhak.

Dalam usaha mereka melanggari undang-undang, anak-anak perempuan Tun Rahman tetap memilih untuk melaksanakan transaksi perniagaan mereka secara rahsia, bagi membolehkan mereka menjual semula untuk mendapatkan keuntungan sebelum orang-orang tempatan mengetahui bahawa tanah mereka telah dirampas.

Jelaslah Fatimah telah mengakui bahawa sepupunya, Taib Mahmud, adalah seorang yang korup dalam filem itu. Dan kenyataannya itu terhasil dari anggapannya bahawa semua pemimpin di dunia ini adalah korup juga.


Pembangunan? – sebuah tandas di kawasan pilihanraya Tanjung Manis yang diwakili Norah Abdul Rahman.

Anggapannya yang sedemikian adalah bahawa semua ahli politik BN yang dia kenali adalah golongan pemimpin yang korup dan kotor belaka. Baginya, tiada seorangpun yang terkecuali.

Namun di negara-negara lain pemimpin yang korup akan dihukum seberat-beratnya. Hanya pemimpin berdiktator yang mundur sahaja yang boleh melarikan apa yang mereka ragut secara terang-terang seperti BN.

Namun Fatimah telah mewajarkan bahawa sifat korup Taib Mahmud mempunyai “kebaikan” pada kebanyakan perkara yang dia lakukan untuk negerinya.


Maka, kenyataan-kenyataan sebeginilah yang menggalakan para pembaca untuk menggambarkan kemiskinan yang masih membelengu orang-orang tempatan di kawasan Tanjung Manis, di mana saudaranya, Norah Abdul Rahman merupakan seorang Ahli Parlimen.


Dia telah banyak berjasa pada Negerinya? – sebuah kediaman penduduk tempatan di kawasan Tanjung Manis.


Inilah kawasan yang dimusnahkan oleh keluarga itu menggunakan syarikat-syarikat mereka. Merampas kawasan hutan paya bakau yang amat luas kemudian mendirikan kilang-kilang dan pelabuhan yang akan mendapatkan keuntungan dari dana awam yang disuntik oleh Ketua Menteri.

Corak amalannya adalah sama, di mana kerajaan negeri akan membayar penubuhan perusahaan-perusahaan itu dan seterusnya perusahaan-perusahaan yang dimiliki oleh keluarga Taib Mahmud akan mengaut keuntungan yang dilakukan oleh keluarga Abdul Rahman di Tanjung Manis.

Ini adalah suatu sebab kenapa Taib Mahmud harus memupuk semangat taat setia Ahli Parlimen pilihannya bagi kawasan itu, sepupunya sendiri, Norah Abdul Rahman.

Ini juga suatu sebab yang tidak masuk akal jika Ketua Menteri itu cuba mengatakan bahawa kedua-dua orang sepupunya itu berlakon untuk “mengenakannya” dalam filem itu. 

Dua orang wanita itu sebenarnya kurang berhati-hati semasa berbual-bual dengan seorang lelaki yang berlakon ingin membeli tanah dari mereka.

Sudah tentunya anak-anak perempuan Tun Abdul Rahman itu tidak mahu melihat reputasi Taib Mahmud dijatuhkan sedangkan mereka mereka telah dan sedang meraih untung untuk keluarga mereka dengan cara merompak rakyat Sarawak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...