21 Julai 2012

Terkini!! Naib Pengerusi PKR Terbunuh Helikopter dinaiki mangsa terhempas


KUCHING: Selang dua jam selepas penemuan mangsa pertama, Siti Khuzaimah Anwar, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Peter Ato Mayau di perairan berhampiran Kampung Tebelu, Sebuyau.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon yang mengesahkan penemuan kira-kira pada jam 2 petang tadi, berkata mangsa tersebut juga dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan di tubuh.

Katanya, mayat Peter yang merupakan jurutera Sebiro Holdings dan juga Naib Pengerusi PKR Sarawak itu dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat.
Pada kira-kira jam 11 pagi tadi, nelayan tempatan menjumpai mayat Khuzaimah seorang daripada tiga yang hilang dalam insiden helikopter terhempas di muara Sungai Teriso, Sri Aman semalam.
Mayat Khuzaimah, 27, dari Semariang di sini, ditemui terapung di kawasan perairan dekat Maludam.

Law berkata mayat mangsa lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga mangsa.

Gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa insiden helikopter Eurocopter EC120 terhempas milik Sebiro Holdings masih diteruskan membabitkan polis, bomba, JPAM dan penduduk tempatan. Mereka yang masih hilang ialah Peter Ato Mayau dan Henry Loh.


Dr Wan Azizah Ismail ‏@drwanazizah-Twitter
Takziah buat keluarga mendiang Peter ato Mayau, K.cbg mambong & N.MPN Sarawak yg terlibat dlm kemalangan helikopter




Berita Berkaitan:

HELI TERHEMPAS, TIGA HILANG

MASIH BERHARAP..... Ahli keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti penumpang Pekan Sebuyau, semalam.

KUCHING: Seorang juruterbang warga Jerman terselamat manakala tiga lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih hilang apabila sebuah helikopter milik syarikat Sebiro Holdings terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi semalam.

Helikopter yang diterbangkan Riko Steger, 35, terhempas pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa tiga pekerja syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.

Mangsa yang masih hilang ialah Peter yang juga jurutera, 53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah di tempat dituju.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, Rko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC 120 berenang dengan jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung Tebelu yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.

“Maklumat awal yang kita terima, ketika kejadian heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan mengalami masalah teknikal,” kata-nya kepada pemberita.

Mat Jusoh berkata, gerakan mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Gerakan mencari dan me-nyelamat dihentikan pada jam 7 malam tadi dan diteruskan pagi ini.

Pemilik Sebiro Holdings, Datuk Sng Chee Hua turut mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik syarikat-nya dan digunakan oleh para pekerjanya yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, ahli keluarga Peter bergegas ke Pekan Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit dan mengharapkan berita gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.

Isteri Peter, Agnes Batang, 45, memberitahu beliau sen-diri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

“Saya ada cakap sama (pada) dia (Peter)… cuaca tidak bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja,” kata Agnes yang mempunyai tiga anak berusia antara 25 dan 18 tahun.

Menurut Agnes, pada kira-kira jam 8.30 pagi, beliau menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang akan menghantarnya ke lapangan terbang dan dijawab Peter: “Jangan risau, ada orang hantar.”

Pada kira-kira jam 2 petang, Agnes menerima panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.

Peter pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam pertandi-ngan tiga penjuru menentang Roland Sagah daripada Barisan Nasional (BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah menang.
(UB)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...