18 Julai 2012

KANTOI!!! SYABAS, SYARIKAT KRONI BN YANG GAGAL SENGAJA MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA -video didalam

MB: Selangor hantar pasukan profesional pantau operasi harian SYABAS




SHAH ALAM, 18 Julai — Selangor akan menghantar kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri tersebut, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Selangor, 18 Julai, 2012. — Gambar oleh Amin Iskandar

Menurut Adun Ijok itu lagi, kumpulan profesional tersebut dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pegawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kelvin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor) dalam sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini. “Kumpulan profesional ini dihantar kepada SYABAS kerana mereka gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi,” kata Khalid Ibrahim.

Kerajaan Selangor yakin SYABAS dapat bekerjasama dengan kumpulan profesional tersebut kerana mereka berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.“Kerajaan negeri juga sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat untuk ‘step in’ dalam pengurusan SYABAS kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

“Ahli Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya pada petang ini secara peribadi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” kata Menteri Besar (MB) Selangor itu lagi.

Kerajaan Selangor juga berharap Kerajaan Pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutamanya kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini.
“Kami konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006,” kata MB lagi.


'SYABAS ancam keselamatan negara'

Cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk melaksanakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah satu ancaman kepada keselamatan negara, kata ahli DAP Parlimen Tony Pua.

"SYABAS telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dengan mengancam tujuh juta pengguna (di kawasan terbabit) dengan catuan air, sedangkan tidak berlaku kekurangan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, apabila syarikat air itu bertegas bahawa paras air adalah rendah, kunjungan ahli exco negeri Selangor Ronnie Liu dan Xavier Jeyakumar kepada tujuh empangan di seluruh negeri semalam, membuktikan bahawa empangan berkenaan penuh dan tidak berlaku kekurangan air mentah.

Kegagalan Syabas Jejaskan Pelaburan Ke Dalam Selangor

SHAH ALAM 17 JULAI : Perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyebabkan Selangor kehilangan 60 projek pelaburan.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mempunyai senarai pelabur yang mana projek pembangunan mereka terjejas akibat kelemahan Syabas.

“Kita ada senarai, sebanyak 60 pelabur. Perkara itu kita sudah sediakan untuk dijawab dalam Sidang Dewan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Seminar ‘Vibrant Selangor’ 2012 di SACC, di sini.

Katanya, ekoran kegagalan Syabas itu, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil alih dan menyelesaikan masalah pengurusan industri air di bawah Syabas.

“Syabas hanya sebuah syarikat bukan pihak berkuasa. Mereka tidak boleh memberi sebarang keputusan atau kelulusan tetapi Kerajaan Negeri. Itu termaktub dalam perjanjian konsesi,” katanya.

Beliau berkata surat rasmi bagi pengambilalih itu telah dihantar kepada Syabas dan Kerajaan Pusat semalam.

“Kita juga memberi tempoh dua minggu kepada mereka. Ini dilakukan atas dua sebab, iaitu Syabas gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) dan Syabas juga mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air,” jelasnya.

Semalam, Abdul Khalid memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk mengambil alih pengurusan operasi Syabas.

Menurutnya, tindakan itu dibuat menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Negeri juga bersedia mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Pusat sekiranya ia tidak membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih operasi Syabas.

Abdul Khalid turut mendedahkan laporan awal audit yang mendapati Syabas gagal melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.

“Ini jelas ditunjukkan apabila Syabas setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas


SYABAS Gagal Atasi Tekanan Air Rendah


SHAH ALAM 17 JULAI : Empat tahun lalu Hashim Maon sekeluarga menderita apabila kediamannya yang terletak di Gombak mengalami tekanan air yang sangat rendah serta menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Beliau yang hadir ke TV Selangor pagi tadi menyatakan rasa terpanggil untuk berkongsi pengalamannya yang pernah merasakan keperitan sepanjang berurusan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal menjalankan tanggungjawab selaku syarikat yang diamanah mengurus air di negeri ini.

Hashim juga menyokong hasrat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu mengambil alih sepenuhnya pengurusan Syabas dalam tempoh terdekat.

“Bukan sahaja tekanan air rendah, air yang dibekalkan juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, sudah berkarat dan harus diganti.

“Tetapi apabila perkara ini diajukan kepada Syabas, mereka membalas secara jelas dalam satu surat yang dihantar melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bahawa perkara itu tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas,” ujar beliau sambil menceritakan satu ketika dulu menjadi rutin harian mereka sekeluarga mandi di tempat kerja.

Disebabkan pengakuan Syabas yang tidak mampu menukar paip air yang berkarat, beliau terpaksa mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya.

“Malangnya tindakan saya itu mengundang tuduhan Syabas sehingga mereka mengeluarkan surat kononnya ada aktiviti mencuri air dalam rumah saya dan mereka juga bertindak mengunci meter air secara menceroboh.

“Air bukan hak Syabas, ia adalah hak asasi manusia. Jadi jika mereka tidak mampu saya sudah maklumkan kepada Syabas bahawa saya sanggup untuk mendahulukan duit saya membuat penyambungan itu untuk mendapatkan hak asasi saya.

“Sebaliknya saya pula dikatakan pencuri,” tegasnya yang kini dalam proses memfailkan saman malu dalam masa terdekat ini terhadap Syabas kerana menuduh beliau sekeluarga sebagai ‘pencuri air’ dan yang kedua kerana gagal menyediakan perkhidmatan yang baik kepada beliau sebagai pengguna.

Beliau turut menunjukkan dokumen berkaitan dan akan mendedahkan semuanya nanti di mahkamah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...