15 Julai 2012

LIVE TVS : HIMPUNAN HIJAU SELANGOR

SIARAN LANGSUNG DITVS 9.00 MALAM



Himpunan Hijau Ke Putrajaya : Suasana Di Stadium Kuala Selangor Sebentar Tadi Ketika Azan Maghrib Berkumandang Untuk Sama-Sama Menunaikan Solat Fardhu Maghrib...



KUALA SELANGOR: Kira-kira 1,000 motorsikal membuat perarakan menuju Stadium Kuala Selangor hari ini bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Perarakan yang sepatutnya disertai oleh 20 buah motosikal bagi setiap kawasan PAS di Selangor itu bertukar menjadi perarakan yang besar kerana penyertaan anak muda bermotor yang memberangsangkan.


Mereka bermula dari kawasan masing-masing dan menuju ke Masjid An-Naim, Jeram sebelum berarak ke Stadium Kuala Selangor yang menjadi tempat perhimpunan.

Lebih 500 buah motosikal dan 30 buah kereta berkumpul di R & R Kuang, Lebuhraya Lekas sebelum berarak ke masjid An-Naim.Di sini, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salahudin Nasir turut menyertainya dengan menunggang motosikalnya di samping pimpinan PAS kawasan Gombak, Selayang dan kawasan sekitar.

Mereka mula bertolak ke Jeram kira-kira jam 3 petang dan berkumpul di Masjid An Naim kira-kira 20 minit kemudian.Di Masjid An-Naim, semua peserta diberikan taklimat khas oleh ketua perhimpunan ini di samping berdoa agar konvoi ini berjalan dengan selamat.

Yang menariknya, mereka mendapat kerjasama penuh dari polis Kuala Selangor yang sedia menutup jalan khasnya simpang lampu isyarat untuk membolehkan konvoi ini berjalan dengan selamat ke stadium Kuala Selangor.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...