14 Mac 2013

LAPORAN OPS DAULAT DARI LAHAD DATU -14HB. MAC KHAMIS





OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 14 MAC 2013 (5.00PM)

Pasukan keselamatan telah mempertingkatkan lagi tahap kawalan keselamatan dengan memperbanyakan lagi sekatan-sekatan jalan raya. Pada jam 10.50 pagi tadi, semasa sekatan jalan raya di Tanjung Labian, pihak keselamatan telah menahan seorang lelaki bermotosikal. Hasil pemeriksaan, pihak keselamatan menjumpai satu bungkusan yang mengandungi 2 bilah pedang samurai dan 3 bilah parang. Lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Kawasan operasi masih dikepung oleh pihak keselamatan dan dinasihatkan kepada orang ramai serta pengamal media agar tidak memasuki kawasan operasi sehingga kawasan tersebut diistiharkan selamat.

Pihak Forensik PDRM sedang bekerjasama dengan pihak hospital untuk mengenal pasti identiti sebenar kesemua mayat penceroboh.


KEMENTERIAN PERTAHANAN KINI BERTANGGUNGJAWAB JAGA PERAIRAN TIMUR SABAH


Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan arahan terbaharu itu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM).


"Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yang suratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM.





POLIS PERIKSA LOKASI DIPERCAYAI TEMPAT PERSEMBUNYIAAN SENJATA API DI KAMPUNG PANJI

Semporna,  Sepasukan polis hari ini memeriksa kawasan Tanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan pada 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas.

"Hasil pemeriksaan kita, polis tidak menemui sebarang senjata api. Saya harap penduduk tidak panik, kerana ia merupakan pemeriksaan biasa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpul bukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas.

TERKINI ! JACEL KIRAM III BUKA AKAUN TWITTER...HANGPA NAK TIBAI DIA DIPERSILAKAN....OPEN SKY

Twitter 'puteri' Sulu cetus pelbagai reaksi

Anak gadis 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya.


Anak Perempuan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram semalam (13 Mac 2013)... dengan bangganya membuat twitt di laman rasmi twitter.





Cukup Popular nampaknya. Hanya dalam masa sejam, lebih 1,700 pengikut yang majoritinya adalah rakyat Malaysia

Salah satu twitt dari pengikutnya, Fatin Nadia (rakyat Malaysia) telah meminta Jacel supaya mengajak abang-abangnya balik ke Filipina tetapi telah dibalas sinis oleh Jacel Kiram :





Jacel juga mendakwa dalam jawapan balasnya kepada pengikutnya Geminianeyes bahawa Sabah bukannya milik Malaysia berdasarkan senario kerajaan kita masih membayar wang pajakan kepada waris Raja Sulu.




Hangpa nak tibai dia boleh dah....tapi silap haribulan dia hantak....SNIPER....ADA  DAH  YANG KANTOI...???

PANAS ! VAT69 BUNUH 3 PENEMBAK TEPAT ( SNIPER )



3 SNIPER SULU DITEMBAK MATI VAT69


BARU-BARU ini, Komando 69 telah berjaya menjejaki dan telah menembak mati 3 orang pengganas Sulu iaitu (2) lelaki dan (1) perempuan. 

Ketiga-tiga mereka ini adalah penembak tepat atau sniper bagi kumpulan pengganas Sulu yang lengkap bersenjata sniper rifle! Tentera kita perlu meningkatkan kewaspadaan kerana dipercayai masih ramai lagi penembak tepat yang bersembunyi! (Gambar Ehsan VAT 69)



PANAS ! KEGAGALAN TRAGEDI LAHAD DATU TERBONGKAR...[ + VIDEO ]



13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir.

     Risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk ke dalam negara, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Beliau mendedahkan, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) cenderung digunakan untuk operasi politik.

“Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik. Sepatutnya kita boleh menjangka apa yang bakal berlaku dengan risikan yang baik.

“Dalam BSPP ada bahagian yang mengendali risikan luar. Mereka ini sepatutnya mengumpul maklumat dan analisis risikan. Itu kerja utama mereka. Tugas pemikiran politik bukan kerja mereka.

“Sumber maklumat yang diproses untuk perisikan. Ini yang akan kita gunakan untuk memberi pilihan berhubung tindakan yang akan diambil. Bukannya musuh dah sampai ke darat baru nak ambil tindakan. Ini sangat deactive (lambat),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau merujuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Ghafir mempertikai alasan kerajaan kononnya tentera tidak boleh dilibatkan dalam operasi keselamatan kerana perlu mematuhi Konvensyen Gineva 1949 dalam menangani insiden Lahad Datu.

“Bila ini berlaku, (bagaimana kerajaan) ubah pula dengan menggunakan angkatan tentera dengan konvensyen yang sama?” soalnya.

“Mereka (penceroboh) datang untuk mengambil tanah wilayah kita dan mengancam nyawa rakyat,” kata Ghafir menjelaskan definisi pencerobohan adalah termasuk atas tujuan kepentingan ekonomi.

BERITA BERKAITAN :

Kerajaan kena minta maaf kepada rakyat, keluarga wira terkorban


PETALING JAYA 13 MAC: Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.

“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.

Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. ~ KD

UPDATED ! LAPORAN DARI MAHKAMAH, TIAN CHUA DIDAKWA UNTUK SOROK KEGAGALAN KERAJAAN DALAM TRAGEDI LAHAD DATU [ + VIDEO ]

Tian Chua mengaku tak bersalah, dikena ikat jamin RM5,000

1.00 ptg - Dari Mahkamah Jalan Duta

 Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut akta hasutan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas Ahli Parlimen Batu itu.

Tian dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily pada hari yang sama.

Beliau diwakili peguam Latheefa Koya, N Surendran, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi yang lain.


updated : 12.00 Tgh.

Lahad Datu: Tian Chua tak mengaku salah tuduhan keluar kenyataan menghasut

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang@Tian Chua dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, di sini, sebentar tadi atas dakwaan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat. 


11.45 pg -BERNAMA ‏@bernamadotcom
Tian Chua mengaku tidak bersalah di mahkamah terhadap pertuduhan sebut perkataan menghasut dengan buat empat kenyataan dalam isu Lahad Datu

UPDATE 10.30 PG:



Mahkamah kecoh, polis cuba tahan Tian Chua sebelum didakwa

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 14 MAC: Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila polis tiba-tiba menyerbu untuk menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua walaupun belum dicaj apa-apa tuduhan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Ahli Parlimen Batu itu diserbu beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah.

Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.

“Kami membantah tindakan polis itu, untuk apa polis mahu tahan Tian? Ini adalah cubaan untuk memalukannya,” tempelak peguam, Latheefa Koya.

Ekoran bantahan itu, polis membatalkan tangkapan ke atas Tian, namun beliau dikehendaki menyerahkan kad pengenalan sebelum masuk mahkamah.

Tian dijadualkan menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga kini mahkamah belum memaklumkan kepada peguam sebarang maklumat berkaitan prosiding.

“Tanya pada polis, ada tak mana-mana pemimpin Umno yang ada kes jenayah lebih besar ditahan atau digari apabila mereka ke mahkamah? Tindakan itu membuktikan dakwaan ke atas Tian bersifat politik,” kata Latheefa mengulas.

Para penyokong yang hadir turut tidak puas hati terhadap tindakan polis it
u.




Tian Chua didakwa di mahkamah untuk sorok kegagalan kerajaan dalam Tragedi Lahad Datu


Tian chua di mahkamah jalan duta 8.30 pagi 14/3/13

*  Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta jam 9 pagi ini.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.

Semalam, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu. Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi semalam selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu. Beberapa hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah memberi keterangan
.* 


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini.

SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan.


SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara.

Ia bermula apabila ratusan askar Sulu menembusi 4 agensi maritim negara untuk sampai ke Tg Labian dan seterusnya mara ke Kg Tandou.

Penceroboh ini juga diberi selama tiga minggu masa eksklusif untuk ‘rundingan’ dengan pihak keselamatan sedangkan tindakkan awal pasti mampu mengekang kehilangan banyak nyawa anggota keselamatan.

Akhirnya konflik ini berlanjutan dengan jumlah yang terkorban meningkat saban hari.
Apabila majoriti rakyat Malaysia mempersoal beberapa perkara sehingga timbul pelbagai spekulasi, kerajaan Umno mentafsir mereka ini sebagai biadap dan tidak patriotik.


Namun halangan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Lahad Datu adalah punca sebab spekulasi tumbuh melata, termasuklah pandangan YB Tian Chua.

Segala berita dari timur Sabah dibuat melalui Ketua Polis, Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Umno, sedangkan sumber ini tidak cukup telus kerana ia berlandas perang saraf bagi menghadapi musuh.

Tindakan menghalau wartawan Al-Jazeera dari lokasi konflik masih menjadi tanda tanya. Di mana jua berlaku konflik antarabangsa khususnya yang melibatkan tembakan dan letupan bom, sudah tentu ada ‘war correspondent’ atau wartawan perang.


Tetapi ia tidak berlaku di Sabah seolah-olah ada sesuatu yang cuba disorok. Maka timbul persoalan yang paling ditakuti oleh Umno iaitu “Apakah Lahad Datu satu konspirasi terancang?”

Tragedi berdarah Lahad Datu memberi gambaran buruk buat kerajaan Umno, malah mungkin yang terburuk dalam penggal ini.

SAMM percaya hanya dengan mendakwa Tian Chua dan pemimpin PR lain khususnya atas akta hasutan mampu mengolah pemikiran rakyat untuk lupa kesilapan kerajaan Umno.

Menuding kesalahan kepada pemimpin PR dalam isu Lahad Datu ini juga disifatkan sebagai jalan singkat untuk kerajaan Umno melepaskan diri dari terus dipersalahkan.

Malah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akhirnya diheret sama menjadi satu end-game yang dirasakan terbaik untuk mereka terus berkuasa.


Namun begitu, SAMM yakin ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi Umno untuk mengolah persetujuan rakyat kononnya Anwar Ibrahim ialah dalang kepada pencerobohan Lahad Datu.

Memenjarakan Anwar atau Tian Chua atau sesiapa sahaja pimpinan PR tidak akan beri sebarang kelebihan terhadap kempen Umno untuk pertahan kuasa. Malah kerajaan Umno akan terus dilabel sebagai zalim oleh majoriti rakyat yang disadur kemarahan ekoran peristiwa Lahad Datu.

Hari ini YB Tian Chua didakwa, mungkin beliau akan ditahan. Dengan kuasa akta hasutan, penahanan kali ini membolehkan YB Tian Chua dihalang dari dijamin keluar.

Justeru itu SAMM menyeru kepada semua untuk bangkit memberi sokongan dan hadir bersolidariti buat Tian Chua di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

SAMM juga dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) akan menganjurkan sebuah Pidato Perdana bertajuk ”Punca Sebenar Lahad Datu – Siapa Pengkhianat” di KLSCAH pada 18 Mac ini (Isnin).

Mengisi barisan pemidato adalah termasuk Tn Hj Md Sabu, YB Tian Chua, DS Lajim Ukim, DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau dan ramai lagi yang mampu menghurai peristiwa Lahad Datu dari skop yang lebih eksklusif.
Saksi hidup peristiwa Lahad Datu juga akan diterbangkan dari Sabah untuk berucap pada malam tersebut sebagai penampilan istimewa.

Semua dijemput hadir untuk mendengar apa yang sebenarnya telah berlaku di Sabah, terutamanya dari kaca mata orang Sabah sendiri. Pengamal media dialukan untuk membantu hebahan ini.

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Umno hari ini ialah ibarat tikus membaiki labu, semakin bertindak semakin rosak.

SAMM berani merumuskan bahawa jika Tian Chua dipenjarakan atau Anwar atau Hj Md Sabu atau sesiapa sahaja terus dizalimi, rakyat akan bangkit tanpa mampu disekat, dan Umno Barisan Nasional akan kalah lebih besar dalam pertembungan PRU13 – itu muktamad.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

~ KD

Philippines' Sulu 'army' set for long war - Aljazeera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...