23 Februari 2015

BETUL KE BON 1MDB TIDAK LAKU?


Selepas pinjaman Ananda Krishnan, 1MDB kini perlukan wang Kementerian Kewangan

OLEH THE EDGE FINANCIAL DAILY



Ramai terkejut apabila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy nafi pinjaman wang daripada hartawan T Ananda Krishnan terhadap syarikat itu. – Gambar fail Reuters, 23 Februari, 2015.

1MDB bukan saja dibantu hartawan T Ananda Krishnan untuk menyelesaikan hutang bank RM2 bilion, tetapi ia juga mungkin memerlukan suntikan wang tunai sebanyak RM3 bilion daripada pemiliknya, Kementerian Kewangan, kata sumber.

Mereka berkata, syarikat kontroversi yang sarat dengan hutang itu menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan aset tenaganya tidak cukup untuk membayar hutang dan sudah kehabisan pilihan pinjaman, seperti mengharapkan bantuan daripada seorang ahli perniagaan.

Ananda menyediakan pinjaman RM2 bilion untuk 15 bulan bagi membolehkan 1MDB menyelesaikan pinjaman dengan sebuah konsortium bank tempatan pada 13 Februari.

Sumber mengesahkan perkara tersebut kepada The Edge Financial Daily dan mereka turut melahirkan rasa terkejut apabila Presiden yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy menafikan laporan media mengenai pinjaman daripada Ananda, mengatakan ia spekulasi semata-mata.

Arul mengumumkan pada 13 Februari 1MDB melangsaikan hutang RM2 bilion kepada konsortium yang diketuai Malayan Banking Bhd dan RHB Bank Bhd yang sepatutnya diselesaikan pada 30 November, 2014.

Pinjaman diselesaikan tepat pada masanya untuk menghalang bank mengisytiharkan 1MDB muflis .

Arul tidak menjelaskan dalam kenyataannya pada 13 Februari bagaimana wang tersebut diperoleh, tetapi dua hari kemudian, dalam satu temu bual bersama Mingguan Malaysia, beliau berkata laporan mengatakan RM2 bilion dipinjam daripada Ananda merupakan spekulasi.

“Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini. Ini satu spekulasi yang dimulakan pihak ketiga,’’ katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.

"Saya tidak tahu bagaimana dia (Arul) boleh mendakwa (AK tidak membantu)," kata satu sumber.

"Ia pinjaman yang mudah, bersih (tanpa syarat) kerana AK tidak mahu dilihat sebagai mengambil kesempatan (dengan menetapkan syarat yang sukar),” katanya.

Dalam jawapan kepada soalan daripada The Edge, mengapa beliau tidak hanya tampil dan mendedahkan bagaimana 1MDB mendapatkan wang tersebut, Arul berkata:"Fakta mengenai (melangsaikan) pinjaman akan didedahkan dalam forum/masa yang sesuai iaitu akaun kami yang seterusnya.

“Untuk menuntut apa-apa perbezaan dengan menetapkan standard yang berbeza untuk 1MDB bukan saja tidak adil, tetapi juga mengabaikan hak kami dan juga pemegang saham kami kepada kerahsiaan undang-undang dan komersial.”

Membayar hutang RM2 bilion juga tidak menyelesaikan masalah 1MDB yang mempunyai jumlah hutang lebih RM42 bilion dan khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan aliran tunai negatif berjumlah RM2.25 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2014 .

Sumber mengatakan Kementerian Kewangan sedar masalah aliran tunai 1MDB dan mengetahui mereka mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi campur tangan dengan suntikan RM3 bilion.

Tetapi untuk melakukan perkara tersebut, kelulusan perlulah diperoleh daripada Kabinet kerana jumlah wang yang besar terlibat dan kontroversi ditimbulkan 1MDB.

Pada 11 dan 12 Februari, Putrajaya mendapatkan RM2.1 bilion melalui dua terbitan bil perbendaharaan di mana peniaga pasaran wang mengatakan ia merupakan jumlah yang luar biasa besar.

Sumber mengatakan Kementerian Kewangan boleh mendapatkan wang dengan cepat jika meneruskan rancangan untuk membantu 1MDB.

Suntikan tunai itu perlu dilakukan sebelum tahunan kewangan 1MDB yang akan datang pada 31 Mac, 2015 – tinggal hanya 5 minggu lagi.

Walaupun kebimbangan yang dibangkitkan pelbagai pihak, pegawai Kementerian Kewangan sentiasa menegaskan 1MDB tiada masalah daripada segi kewangan dan kerajaan hanya perlu memasukkan RM1 juta sebagai modal permulaan kerana syarikat itu cukup kuat untuk meminjam bagi membiayainya sendiri.

Arul dalam kenyataan media pada 18 Februari menjelaskan tentang kajian strategiknya, Arul berkata 1MDB akan menghentikan pinjaman bermula dari sekarang.

Sumber mengatakan keadaan sebenarnya ialah 1MDB tidak mampu lagi ke pasaran untuk meminjam - sama ada melalui pinjaman bank atau terbitan bon.

"Saiz hutangnya sebanyak RM42 bilion, aliran tunai negatif besar yang dialaminya dalam tempoh 2 tahun lepas ditambah dengan kesukaran membayar RM2 bilion menjadikan sukar bagi mana-mana bank untuk memberi pinjaman kepada mereka," kata seorang pegawai bank.

"Pelabur bon juga akan menjauhkan diri daripada apa-apa hutang baru yang ia akan keluarkan."

1MDB baru-baru ini membatalkan bon Islamik RM8.4 bilion yang dirancang untuk mengumpul wang tunai bagi membiayai projek tenaga 3B.

Pegawai bank berkata ia dibatalkan kerana sambutannya yang tidak menggalakkan.

Sumber berkata, bank juga sedia maklum 1MDB menghadapi kesukaran meneruskan rancangan untuk mengapung aset tenaganya untuk menghasilkan wang.

~ SUMBER

PAGE MUHKRIZ MAHATIR FC MENGHINA RAKYAT KEDAH



Ok. Admin nak sentuh kembali tentang isu cas pelarasan deposit yg pernah dibangkitkan di dalam posting page Kedah Darul Peace pada 10 Februari lepas. Setelah Dato Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena memberi respon terhadap isu ini dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung isu ini. Barulah pihak EXCO Air YB Badrol Hisham dan pihak SADA kelam kabut buat sidang media bagi memberi penjelasan terhadap isu rakyat ini.

Malangnya, apa pihak kami kesali adalah apabila page Mukhriz Mahathir FC telah mengeluarkan kenyataan pihak SADA itu tapi pada perenggan atas, admin MMFC secara jelas menghina rakyat yg mempertikai dan mempersoalkan tentang cas yg dikenakan kepada mereka di dalam bil air.

Ayat yg digunakan seolah-olah memperlekehkan rakyat Kedah dengan mengatakan bahawa ramai orang tidak tahu situasi sebenar. Ya. Memang rakyat langsung tak tahu kenapa mereka dibebankan oleh cas tambahan di dalam bil air mereka. Sedangkan perkara ini belum pernah terjadi. Selepas itu admin MMFC sekali lagi menghina dengan mengatakan bahawa ada individu yg berlagak pandai mengulas isu air SADA sedangkan dia sendiri pun tak tahu. Kami tak pasti pihak MMFC rujuk kepada individu mana. Sama ada kepada Dato Mahfuz atau individu lain, itu kami tak pasti. Yg pasti ianya sangat mengjengkelkan bila FB MMFC yg dibiayai oleh MBI digunakan untuk menghina pihak yg membangkitkan isu rakyat.


Sepatutnya pihak MMFC yg memainkan peranan membangkitkan isu rakyat Kedah untuk disampaikan kepada MB Kedah. Sebaliknya, MMFC hanya bertindak menjadi pengampu saja sehingga sanggup memperlekehkan pihak yg bersuara membangkitkan isu yg menjadi persoalan rakyat Kedah. Bayangkan, tanpa sebarang memo atau pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri atau SADA, tiba-tiba bil air rumah anda dikenakan cas tambahan yg dipanggil cas pelarasan deposit. Sudah pasti rakyat terpinga-pinga kehairanan. 


Sebab itu pihak kami merasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana ianya sudah menjadi perbualan rakyat Kedah. Mujurlah ada Ahli Parlimen Pokok Sena Dato Mahfuz Omar yg tampil ke depan membangkitkan isu ini sehingga mendapat respon daripada EXCO dan SADA.

Kelakuan mengampu dan membodek yg diamalkan oleh pihak MMFC seperti inilah yg membuatkan rakyat menjadi meluat kepada kerajaan dan pimpinan negeri. Sudahlah wang rakyat digunakan bagi membiayai mereka, lepas itu dihina pulak pihak yg cuba membangkitkan isu rakyat Kedah. Adakah MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir bersetuju dengan tindakan memperlekehkan isu rakyat seperti ini?

Admin : The Bulan

‬SUMBER

22 Februari 2015

Gambar-gambar Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur Nik Aziz

Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur Nik Aziz

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad. -Foto ihsan Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 22 Februari:

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berangkat mencemar duli menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.

Baginda meluangkan masa membaca surah Yasin dan menyedekahkan doa kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am PAS.

Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam, Khamis lalu.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumah beliau sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam, dan telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.


FERI LANGKAWI KE KUALA KEDAH TERBAKAR , 400 PENUMPANG CEMAS


Lebih 400 penumpang cemas feri tiba-tiba berasap


KAKITANGAN feri (tengah) membantu penumpang memakai jaket keselamatan sebaik asap dikesan menyelubungi dalam ruang penumpang ketika feri itu dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, hari ini. 


Dalam kejadian 12.35 tengah hari itu, feri dua tingkat My Ferry baru berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala Kedah.

LANGKAWI: Lebih 400 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, cemas apabila feri yang mereka naiki tiba-tiba diselubungi asap ketika berada di perairan Langkawi, hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.35 tengah hari ketika feri dua tingkat itu berlepas kira-kira 20 minit dari jeti Kuah menuju ke Kuala Kedah.

Difahamkan, sejurus kepulan asap dikesan, anak kapal segera mengarah penumpang memakai jaket keselamatan sebelum feri berpatah balik ke jeti Kuah.

Feri terbabit bagaimanapun selamat tiba di jeti Kuah jam 12.55 tengah hari dan semua penumpang kemudian dipindahkan ke feri gantian untuk ke Kuala Kedah.

Seorang petugas feri yang enggan dikenali, berkata kepulan asap yang dikesan dalam feri dipercayai berpunca daripada tindakan seorang penumpang yang menghisap rokok dalam tandas feri.

"Penumpang terbabit dikesan meletak puntung rokok atas rak dalam tandas yang diperbuat daripada gentian kaca menyebabkan berlaku kebakaran kecil.

"Akibat kebakaran kecil itu asap telah masuk ke ruang penumpang dan berlaku suasana panik tetapi terkawal," katanya.


LEBIH 400 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Kedah, cemas apabila feri yang mereka naiki tiba-tiba diselubungi asap ketika berada di perairan Langkawi, hari ini. - Foto fail NSTP ~ BH

SELSEMA BABI SERANG INDIA, 700 MATI

Jumlah kematian selsema babi di India meningkat


photo BBC

Wabak selsema babi yang 'menyerang' India telah mengorbankan 700 nyawa sejak pertengahan Disember lalu.

Jumlah wabak kes itu mencecah kepada lebih 11,000.

Penyebaran wabak tersebut menyebabkan kerajaan dituduh gagal membuat agihan ubat namun para pegawai kerajaan menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa situasa masih terkawal.

Wabak virus H1N1 itu merupakan kematian paling dahsyat di India sejak tahun 2010.

Virus itu pertama kali di kesan di Mexico pada tahun 2009 dan kemudian merebak di seluruh dunia.

Utara negeri Rajasthan didakwa paling teruk mengalami wabak selsema babi.

Lantaran itu, pihak berkuasa kesihatan di seluruh India telah melancarkan kempen TV dan radio meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada jangkitan selsema.

Menteri Kesihatan, JP Nadda menolak laporan kekurangan bekalan ubat.

"Jika mana-mana kedai ubat enggan memberikan ubat-ubatan selepas menunjukkan preskripsi perubatan, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan tindakan akan diambil, "katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak ada perlu panik sambil menegaskan kerajaan sedang memantau keadaan dengan teliti.

Pakar menyiasat punca wabak itu berkata, suhu musim sejuk yang rendah adalah punca penularan wabak itu. - MalaysiaGazette

ADA LAGI INFO TENTANG BABI YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU......
babi manggalitsa adalah technology baru kacokan babi dgn kambing biri...hasilnya babi ditumbuhi bulu...scientists Austria dan hungary buat kajian dulu lagi...untuk manghasilkan bulu dari babi...dagingnya pun bolih di exsport ke negara islam....buang kepala....tinggal badan yg berbulu ...pasti kita tertipu ini biri......jika tidak percaya beli seekor...babi mangalista buang kepala...jual di pasar....pasti orang islam tak tahu....selama ini babi tiada bulu.....terima kasih info babi ini yg berbulu....lain kali hati2 ...jika beli sup tulang hati2...babi ini di rahsiakan baru2 ini di beritahu orang ramai....sudah berkilo kita makan...awas beli biri di pasar pastikan ada kepala biri2 itu...tergantong....


MANGALITSA, MANGALITZA, MANGALICA – APAKAH BENDANYA?


Mangalitsa Mangalitza Mangalica (Babi Biri-Biri)

Pengenalan

Semua orang mengetahui kain “wool”terhasil adalah dari bulu kambing biri-biri. Namun begitu, percaya atau tidak terdapat haiwan lain selain biri-biri yang berupaya mengeluarkan bahan mentah (bulu) untuk menghasilkan “wool”? Jawabnya Ya! namanya babi berbulu biri-biri. Kalau diamati dari jauh, memang babi ini nampak seperti biri-biri. Tetapi bila terdengar sahaja bunyi suaranya, anda barulah menyakini ia adalah babi yang dipanggil Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica.

Mangalitsa Mangalitza Mangalica

Istilah Mangalitsa (US), Mangalitza (UK) dan Mangalica (Hungry) adalah nama saintifik yang dipanggil merujuk kepada nama satu spesis binatang yang sama iaitu “Babi Berbulu Biri-biri“.Di Hungary dan Balkan babi ini dikenali juga sebagai “Hog kerinting rambut”. Asal baka babi ini adalah dari baka Eropah yang mempunyai lemak jenis unimproved (Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang mempunyai pertalian terus dengan spesis babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu ‘bulu’, yang serupa dengan yang seekor kambing. Baka babi lain yang mempunyai bulu yang panjang adalah jenis “Lincolnshire Curly Coat of England”. Sebelum ini Mangalitsa diternak untuk mendapatkan lemak babi. Disebabkan permintaan yang kurang terhadap lemak, populariti baka ini telah merosot dan kini dianggap sebagai “baka jarang”. Oleh kerana Mangalitsa menghasilkan terlalu banyak lemak dan kurang daging maka baka ini telah beransur-ansur digantikan dengan baka moden.

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Kronologi Mangalitsa, Mangalitza dan Mangalica

Mangalitsa berambut perang terhasil daripada percantuman genatik (crossed) di antara babi Hungarian (Bakonyi dan Szalontai) jenis tahan lasak dengan baka Šumadija yang berasal dari Serbia sejak tahun 1833. Dan kemudiannya diusahakan oleh penyelidik seperti Alföldi atau Croatia Siska dan Syrmien. Pembangunan dan penyelidikan ini diteruskan di Hungary pada awal abad ke 19. hasil penyelidikan mendapati spesis babi ini cepat berkembang bagi mendapatkan “fat-type” tanpa memerlukan apa-apa penjagaan khas. Pada tahun 1927,National Society of Fat-Type Hog Breeders (Mangalicatenyésztők Országos Egyesülete)telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki baka babi ini.

Mangalitsa adalah baka babi yang paling menonjol di rantau Balkan sehingga 1950 (terdapat 30,000 babi jenis ini di Hungary pada tahun 1943). Semenjak populariti dan populasi Mangalitsa berkurangan, ia telah mengakibat kenaikan harga makanan yang tinggi. Kini, pemilikan Mangalitsa telah menjadi trend dan hobi yang popular. Pada 17 Mac 2006, Mangalitza telah diimport dari Austria ke UK di mana ia telah berdaftar dengan British Pig Association (BPA) dan baka ini dikekalkan mengikut perbincangan BPA Mangalitza Herd Book.

Barangan Keperluan Harian

Secara jujurnya, saya amat bimbang jika bulu babi ini digunakan sebagai bahan tenunan, jahitan atau bungkusan kepada barangan keperluan harian kita. Bayangkanlah jika bulu ini dibuatkan pakaian, sudah tentu kita sebagai orang Islam akan sentiasa berada di dalam keadaan najis (kotor). Lebih parah lagi, jika bulu ini dijadikan permaidani, sejadah, kopiah dan lain-lain kegunaan umat Islam. Senario ini bukan sahaja menjadikan umat Islam dalam kekeliruan malahan seperti mempersendakan kesucian agama Islam secara halus.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab seperti Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain agensi kerajaan supaya dapat membuat pemantauan yang komprehensif dan bersepadu untuk menghalang semua produk berasaskan babi Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica dari memasuki pasaran negara samada ianya berbentuk barangan keperluan harian atau ternakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...