17 Februari 2014

HARGA AYAM NAIK LAGI...APA KISAH MAKAN LAUK KANGKUNG PULAK



Menteri kata ikan naik harga makan ayam dan daging
Ayam naik harga makan ikan beku dan sayur terpilih ( yang murah)

APA KISAH KERAJAAN AKAN BANTU DENGAN BR1M........DAN BERBELANJA MURAH DI KEDAI KR1M......


16 Februari 2014

HOT! GAMBAR DAN LAWATAN ANUAR BERKEMPEN DALAM GEREJA MESTI AKAN DIPUTAR BELIT OLEH MEDIA MACAI...

Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar
Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014.


 Kehadiran DSAI di gereja Holy Family Klang pagi tadi bakal di putar belit untuk dijadikan bahan serangan fitnah terhadap diri DSAI......sudah pasti perkara ini dimainkan sepanjang prk Kajang

Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.

Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.

"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎

"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.

Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.

Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.

Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.

"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎

"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎

Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎

Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat"‎

"As surely as I live,’ says the Lord, ‘every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .

Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.

Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.

"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎

Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.

Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.

"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎

Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .

"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir; kita berurusan dengan kebajikan rakyat.

"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain, silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya.

ISU BANTUAN UMNO UNTUK MANGSA BANJIR TENOM, TV3 SAH KANTOI MENIPU

Pautan kekal imej terbenam


Apa nk jadi media Malaysia ni.. TIGA-SUKU betol la...
Nak tipu pun agak-agaklah tahun 2007 punya video pun ko nak sumbatkan kpd penonton... Mcm ni pon boleh ka?.. kah! kah! kah!..

Ada yg kata kesilapan teknikal. Tak kanlah TV3 dah berpuluh tahun pengalaman tak reti2 nak setting TARIKH & MASA. DI MANA tugas EDITOR!!! Makan gaji buta ka!!!


Bila dah terdesak main belasah berita lama....dah 4 hari banjir dan semakin buruk baru nak LAPOR.....

VIDEO TV3  SILA LIHAT SINI


BANJIR BESAR YANG MELANDA DI SABAH INI

Beginilah keadaan banjir yang berlaku di Beaufort. Keadaan ini Juga tidak disiarkan di mana-mana stesen TV . Tidak ada tabung bantuan bencana untuk orang awam menderma sepertimana negeri-negeri lain.

Kejadian banjir ini patut mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang berwajib bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Mohon dapat disebarkan info ini..




LAPORAN 16 FEB 2014:  Mangsa banjir Sabah berkurangan

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Beaufort dan Tenom berkurangan kepada kira-kira 3,000 orang setakat 12 tengah hari ini.

Menurut jurucakap bilik gerakan di kedua-dua daerah, masih terdapat 2,278 mangsa daripada 685 keluarga di enam pusat pemindahan di Beaufort, manakala di Tenom pula 706 mangsa membabitkan 129 keluarga di lima pusat pemindahan.

Sebanyak 17 pusat pemindahan di Tenom telah ditutup sejak tengah malam tadi, kata jurucakap bilik gerakan banjir daerah Tenom ketika dihubungi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman pula memberitahu paras air Sungai Padas masih melebihi paras bahaya pada 9.17 meter.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka melawat mangsa banjir di Beaufort hari ini.

HOT ! KAJANG MOVE KALAU GAGAL PUN TAK PA - YANG PENTING JANGAN MASUK PERANGKAP UMNO


Strategi 'Kajang Move' dah terlanggar tembok ke ni?


Jika benar apa yang dilaporkan oleh portal Pro UMNO yang berdasarkan banyak sumber ini.. nampaknya strategi 'Kajang Move' dah terlanggar tembok..

Tembok yang dimaksudkan ialah halangan yang akan menafikan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor jika beliau menang dalam PRK DUN Kajang ini..


Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.

Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian. Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan. Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.
Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.
Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya. Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.
Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Itu sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh Rakyat News di SINI

Tapi jangan takut... walaupun kelihatan strategi 'Kajang Move' itu kelihatan akan melanggar tembok, namun masih ada jalan penyelesaiannya..

Pilihan pertama akan menyebabkan 'political damage' serta 'image damage' buat yang menjadi tembok..

Pilihan kedua bagi memecahkan tembok itu akan memberikan 'political damage' buat yang melanggar dan dilanggar.

Kedua-dua pilihan yang ada itu, aku harap para pemimpin PKR Selangor sedia maklum, kalau tak tahu juga sila tanya..

Jadi buat yang telah merangka strategi 'Kajang Move' ini.. sila fikirkan betul-betul sebelum melaksanakan langkah seterusnya itu walaupun kita masih ada masa tiga tahun untuk memadam 'political damage' itu..

The Malay Mail juga telah melaporkan perkara yang sama..

BR1M BOLEH BANGKRAPKAN MALAYSIA

Pemberian tunai Najib boleh bangkrapkan Malaysia, kata pakar kepada Dr Mahathir


Inisiatif Najib memberi bantuan wang tunai hanya akan memburukkan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menghentikan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan rendah kerana ia akan membangkrapkan Perbendaharaan, selain tidak mengurangkan jurang pendapatan antara orang Melayu dan Cina, kata wartawan veteran.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin mengatakan, ini adalah diantara rungutan dibuat kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan pengadu supaya “menjerit” mengenai isu dan permasalahan jika mereka berasa Najib dan kerajaan perlu memberikan perhatian.

“Hentikan menjadi Santa Klaus. Duit bukan segala-galanya dan pemberian tunai akan bangkrapkan Perbendaharaan. Cari jalan yang lebih mampan untuk membantu golongan miskin dan merapatkan jurang pendapatan di antara yang miskin dan kaya di kalangan kaum berbeza,” tulis Kadir dalam blognya, The Scribe semalam.
“Sama ada ia kebetulan atau lahir daripada polisinya, program dan proklamasi, jurang pendapatan nominal antara orang Melayu dan Cina semakin melebar sejak 2009 (tahun Mohd Najib menjadi PM), memadamkan keuntungan yang dibuat dalam dekad yang lalu,” tambahnya.

Menurut Kadir, Najib harus menghentikan penggunaan dana awam untuk pemberian tunai dan kenaikan gaji yang tidak membantu produktiviti dan kemampanan.

“Penduduk luar bandar – penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2013 – lebih teruk sekarang berbanding pada 1957 jika dibandingkan dengan penduduk bandar,” katanya dalam tulisan terbaru diblognya.

Kadir mengatakan, Umno harus ingat, kebanyakan daripada 88 kerusi Parlimen dimenangi di Semenanjung tahun lepas adalah di kawasan pedalaman.

Begitu juga kerusi dimenangi BN di Sarawak dan Sabah juga di kawasan pedalaman.

Semasa mengumumkan Bajet 2014, Najib mengatakan isi rumah dengan pendapatan RM3,000 ke bawah layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM650 sementara bagi yang bujang dan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,000 akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia menerima BR1M yang Najib mulakan tiga tahun lalu sebagai langkah untuk membantu 40% rakyat Malaysia.

Kadir yang memimpin New Straits Times dari 1988-2000 juga berkata, hanya 10% Bumiputera digajikan di dalam sektor pengurusan dan profesional pada 2012, menurun sedikit dari 2009.

Sejumlah 62% digajikan dalam sektor semi-mahir termasuk pemandu bas, dan selebihnya pekerjaan tidak mahir, katanya dan menambah kadar penggangguran anak muda sangat tinggi.

Bagi kumpulan umur 15 hingga 19, 25.7% adalah India, 15.6% (Melayu), 18.9% (Bumiputera bukan Melayu) dan 9.9% (Cina) yang mengganggur pada 2012.

Bagi kumpulan umur 20-24, 14.1% daripada penggangur adalah India, 9.9% Melayu, 13% Bumiputera bukan Melayu dan 7.1% Cina.

“Ini menjelaskan mengapa pengelibatan masyarakat India dalam jenayah tinggi,” kata Kadir apabila mendedahkan kebanyakan komen datang daripada sesi tidak formal Perjumpaan Kedai Kopi (KKA) dengan ahli politik, ahli politik veteran, ahli ekonomi dan pemberita.

Beliau mendedahkan salah satu daripada sesi ini melibatkan Dr Mahathir di mana tiga ahli ekonomi Melayu “terdesak untuk didengari.”

“Dr Mahathir menasihatkan mereka untuk ‘menjerit” mengenai isu dan masalah yang mereka rasa PM dan kerajaan harus tahu dan ambil perhatian.

“Ini adalah vintage Dr Mahathir. Mesej ‘jerit’ itu adalah benar-benar Mahathir. Apabila kamu tidak mempunyai kuasa untuk bertindak, kamu jerit,” tulis Kadir dalam blognya.

Wartawan veteran itu mengatakan, Dr Mahathir pernah memberitahunya, “apabila beliau di luar Umno dan tidak berkuasa, beliau menjerit untuk didengari”.

“Daripada barisan yang beratur di pejabatnya, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Proton dan Yayasan Albukhary, jelaslah walaupun beliau sudah tidak berkuasa, beliau masih lagi berpengaruh, mengadakan pertemuan Kabinet Rakyat dengan pelbagai golongan dalam masyarakat yang mempunyai sesuatu untuk diceritakan, nasihat untuk diminta, dan semangat untuk dikuatkan – seperti pemimpin veteran Wanita Umno yang dihalau di pejabat perdana menteri kerana datang tanpa membuat temujanji,” tambahnya.

Kadir juga mengatakan, persoalan mengenai perubahan dalam kepimpinan politik sudah dibincangkan dalam siri-siri kedai kopi.

“Dalam satu jamuan makan malam makanan Yemen yang mahal, satu soalan timbul: Jika Mohd Najib letak jawatan (atau dipaksa berbuat demikian), siapa yang boleh menggantikannya?

“Jawapan tidak spontan. Saya terpaksa mengambil masa menggaru kepala sebelum mereka menyebut nama Muhyiddin Mohd Yassin. Ini kerana Muhyiddin sudah menyatakan beliau tidak berminat untuk jawatan itu dan sudah letih,” katanya.

Kadir mengatakan mengikut hiraki, Muhyiddin seharusnya menjadi pengganti kerana beliau merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

"Akan tetapi seperti Mohd Najib, beliau tidak dipilih oleh ahli. Beliau hanya disokong untuk Majlis Tertinggi Umno.

“Pemimpin Umno yang paling kanan dan dipilih secara demokratik adalah Ahmad Zahid Hamidi yang menang naib presiden dengan jumlah undi tertinggi dalam pemilihan tahun lepas. Akan tetapi kebanyakan delegasi KKA tidak memikirkan beliau adalah pengganti pilihan.

“Pilihan adalah kepada Hishamuddin Hussein, naib presiden Umno ketiga dan adik saudara Mohd Najib,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...