08 Januari 2014

Najib dibidas lagi “Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?





Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?

Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.



“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.

“Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya,” katanya lagi. ~mk


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penasihatnya yang berjanji tiada kenaikan harga ketika kempen pilihan raya lalu, kata Datuk A Kadir Jasin. 

Penyokong pro kerajaan patut sedar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh dikritik akibat keputusan Putrajaya untuk memotong subsidi rakyat hingga menyebabkan kenaikan harga, kata bekas pengarang akhbar yang ada kaitan dengan Umno.

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin menerusi tulisan dalam blognya, berkata Najib dan penasihatnya patut ditegur apabila rakyat memberi reaksi terhadap cara Putrajaya mengendalikan ekonomi negara.

“Najib dan penasihatnya ketika pilihan raya umum yang berjanji kepada rakyat bahawa harga tidak akan dinaikkan. Jadi, sekarang siapa yang mungkir janji,” katanya dalam posting terbaru dalam blognya, The Scribe semalam.

Sejak September, Putrajaya memperkenalkan beberapa siri kaedah pemotongan kos untuk mengawal defisit bajet yang kronik dan ini termasuk mengurangkan subsidi minyak, pemansuhan subsidi gula, membenarkan peningkatan tarif elektrik dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Putrajaya juga dikatakan sedang menyemak kadar tol manakala rebat 20% yang ditawarkan kepada pengguna kerap lebuh raya di Lembah Klang dikatakan akan dimansuhkan.

Peningkatan kos barangan dan perkhidmatan juga mencetuskan bantahan pada malam sambutan tahun baru oleh organisasi bukan kerajaan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Turun, sehingga menarik penyertaan lebih daripada 10,000 orang.

Mempertahankan kritikan lantangnya terhadap Najib, Kadir berkata, pengkritiknya yang mendakwa beliau hanya membelasah perdana menteri mengenai pengurusan ekonomi tetapi tidak menawarkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar.

Kadir berpendapat pengkritiknya tidak membaca ‘nasihat panjang’ yang diberikan kepada Najib dan kerajaan menerusi blognya dan melalui beberapa tulisannya di tempat lain.

Katanya, beliau mengkritik Putrajaya sejak 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri susulan daripada peningkatan drastik harga minyak, gas memasak yang kemudiannya diikuti dengan kenaikan harga barangan asas dan perkhidmatan.

“Saya menulis beberapa rencana mengingatkan kerajaan mengenai kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna,” kata pemilik Berita Publishing yang menerbitkan majalah Malaysian Business itu.

Beliau berkata, bukan tanggungjawabnya untuk mengajar Putrajaya mengenai pengurusan ekonomi kerana ia adalah bidang kuasa kementerian, agensi kerajaan dan penasihat perdana menteri yang ramai, hebat dan tersohor.

“Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangannya. Inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula oleh sikap partisan yang melampau,” katanya.

Kadir berkata, beliau berulang-kali mengatakan bahawa subsidi yang tidak lestari (unsustainable), mengherotbenyotkan (distort) ekonomi dan menyebabkan pergantungan terhadap kerajaan.

“Tetapi saya mempertikaikan cara kerajaan, khasnya pada zaman Abdullah dan Najib menguruskan subsidi, memantau dan mengawal kenaikan harga, mengagihkan penjimatan subsidi dan mengurangkan pembaziran sumber kewangan negara,” katanya.

350 POLIS DIPECAT TERLIBAT RASUAH !!!




Erdogan pada sidang media di Istanbul, baru-baru ini. REUTERS

Ankara: Turki memecat sekurang-kurangnya 350 pegawai polis di ibu negara Ankara dalam tempoh 24 jam semalam, ekoran siasatan rasuah yang menyasarkan orang yang dekat dengan kerajaan, demikian menurut laporan.

Kira-kira 250 orang, kebanyakannya dari luar ibu negara Turki itu, dilantik menggantikan tempat pegawai yang disingkirkan itu, yang akan menjalankan tugas di jabatan polis trafik dan balai polis daerah, lapor berita penyiaran NTV.

3 menteri letak jawatan

Beratus-ratus polis disingkirkan atau dipindahkan ke bahagian lain negara ini sejak siasatan rasuah bulan lalu. Tiga menteri Kabinet meletak jawatan selepas anak lelaki mereka ditahan dalam serbuan, kata laporan itu.

Perdana Menteri, Tayyip Erdogan menuduh polis dan badan kehakiman menjalankan perancangan kotor.

Penahanan dilakukan sebagai sebahagian daripada penyiasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan tender awam.

Mereka yang ditahan ketika serbuan 17 Disember lalu termasuk pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang rapat dengan Perdana Menteri. 

Penyingkiran terbaru dan penempatan semula lokasi bertugas pegawai polis dijalankan mengikut arahan kerajaan yang disiarkan pada tengah malam.

Agensi berita Dogan melaporkan mereka yang dilucutkan jawatan termasuk ketua jenayah kewangan, serta ketua unit anti-penyeludupan dan jenayah terancang.

Langkah itu diambil kerana mahu membendung kesan kebencian rakyat kepada kerajaan ekoran siasatan rasuah itu.

Ramai percaya penahanan dan penyingkiran pegawai polis terbabit menggambarkan pertikaian di kalangan ahli parti pemerintah Parti AK yang menyokong Erdogan, dan penyokong Fethullah Gulen, ulama Islam yang berpengaruh yang tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat.

Ahli-ahli pergerakan Hizmet pimpinan Gulen dikatakan memegang jawatan penting dalam institusi seperti polis, kehakiman dan Parti AK sendiri.
AGENSI

TERPANAS! LEBUHRAYA EDL DIKENAKAN TOL?...RAKYAT JOHOR TERUS DIDERA SELEPAS UNDI BN...

PEMBINAAN TOL DI LEBUHRAYA EDL : BN PUSAT MENEMPAH MAUT DI PRU 14 ?


dalam satu laporan business news keluaran akhbar the star ada mengeluarkan artikel bertajuk '10 saham yang perlu dilihat tahun 2014 '...

diantara beberapa syarikat, disebut di dalamnya MRCB.



saham MRCB akan menjadi perhatian pembeli saham tahun ini kerana dikatakan bakal mendapat cash cow atau bahasa mudahnya PROJEK YANG AKAN GENERATE DUIT YANG TERLALU BANYAK KELAK..

MRCB bakal mendapat aliran tunai yang banyak, dek kerana ramalan itulah business news meletakkan saham kepunyaan MRCB antara yang paling hot untuk dilanggan pada 2014.

cash cow ?
bagaimana cash cow MRCB ini bakal diperolehi ?

jawapannya dengan mengadakan TOL di lebuhraya EDL..( sekarang dan sejak operasinya lebuhraya EDL ini takde tol )..

di mana lokasi lebuhraya EDL ?
ia adalah lebuhraya sepanjang 8.1km menghubungkan pandan terus ke kompleks CIQ sultan iskandar.



mengikut perjanjian, kerajaan pusat akan membayar kerajaan negeri johor sebanyak RM500 juta sebagai ganjaran memberikan tanah negeri untuk membina lebuhraya EDL yang cukup penting ini.

namun dikabarkan setakat ini, kerajaan negeri sekadar menerima RM30juta sahaja daripada kerajaan pusat.

namun bila kenyataan business news yang melaporkan bahawasanya lebuhraya EDL ini bakal dibina tol, ianya menimbulkan banyak persoalan ?


KDYMM Tuanku Sultan Johor dah berjanji dengan rakyatnya bahawa lebuhraya EDL ini tidak akan menyusahkan rakyat dengan kehadiran tol.

jaminan ini disambut dengan penuh gembira oleh majoriti rakyat johor .
namun bila pengumuman MRCB akan rundingan positifnya dengan KERAJAAN PUSAT yang bersetuju pembinaan tol di lebuhraya EDL, tidakkah ianya sudah memperlekehkan janji KDYMM Tuanku Sultan Johor terhadap rakyatnya !!!!


apakah BN pusat dah fikir mereka terlalu hebat dan boleh menang pada pru 14 kelak bila tol ini dibuka ?

najib... ini siapa punya nasihat ni ?

aku rasa semua perkara pelik yang BN buat lepas pru 13 ni dah wajib dihentikan lah...
jelas kelihatan sekarang ini, korporat diutamakan dan yang menanggung bebanannya pula adalah rakyat..

MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN KORPORAT MELEBIHI KEPERCAYAAN UNDI YANG DATANG DARI RAKYAT BOLEH MEMBAWA MALAPETAKA BESAR UNTUK BN ...~gap


07 Januari 2014

ROMPAKAN BERSENJATA DI BESUT - SAKSIKAN RAKAMAN VIDEO



Dua lelaki merompak kedai telefon di Besut.

28 Disember lalu, seorang pemuda nyaris maut selepas ditembak salah seorang daripada dua perompak di Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Kejadian berlaku selepas Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, yang berada di kedai makannya miliknya bergegas menuju ke kedai ‘handphone’ berhampiran bila melihat dua lelaki mencurigakan sedang berlari keluar menuju ke motosikal mereka dari kedai terbabit.

Pertanyaan Nor Hasmadi tentang apa sedang berlaku kemudiannya dibalas dengan tembakan daripada salah seorang lelaki berkenaan yang baru sudah merompak.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, kedua-dua suspek sedang diburu.

Mereka terdiri daripada lelaki mengacukan pistol yang berbadan kecil, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 165 sentimeter selain memakai cermin mata hitam; serta seorang lagi suspek yang berperanan memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik beg. Dia memakai baju T hitam dan berseluar jeans warna biru, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 178 sentimeter.

Berikut adalah rakaman kejadian rompakan pada hari berkenaan.

TERKINI ! TEBING RUNTUH DI LEBUHRAYA MAHAMERU, JALAN TERPAKSA DITUTUP -SAKSIKAN


Tebing runtuh di Lebuhraya Mahameru

KUALA LUMPUR: Akibat hujan lebat, tebing berukuran 10×10 meter di tepi Lebuhraya Mahameru berdekatan Jabatan Perhutanan Negara runtuh dalam kejadian kira -kira jam 5.30 petang tadi.

Hanya satu laluan dibuka untuk kenderaan dan kesesakan jalan berlaku dari Jalan Maharajalela.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang membuat kerja pembersihan.


Menurut pihak bomba runtuhan berkenaan sepanjang 50 meter dan pada ketinggian 30 meter. Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan yang teruk di beberapa jalan utama ibu negara.

Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam

Trafik sesak. Kenderaan diarah lencong ke Jalan Bukit Tunku, Wisma Tani

Pautan kekal imej terbenam




8.52PM: Sisa runtuhan tanah diangkut dengan lori DBKL



8.56pm: Laluan Lebuhraya Mahameru menuju ke Kuala Lumpur dijangka dibuka sekitar tengah malam nanti

8.57pm: DBKL akan letakkan penghadang konkrit (double barrier) untuk langkah-langkah keselamatan buat sementara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...