06 Januari 2014

HOT ! KISAH POLIS HARI INI SEORANG MATI KENA TEMBAK, SEORANG MATI TERJERUT TALI DAN KISAH WANG HARAM RM6 JUTA

Anggota polis mati ditembak ketika rondaan
kemaskini : 


KUANTAN: Pegawai Penyiasat Balai Polis Jaya Gading, Kuantan Pahang ditemui mati dengan kesan tembakan di mata dan dada di ladang LKPP Jaya Gading, kira-kira 9 pagi tadi.

Mangsa, Koperal Abdul Halim Mohd Ali, 48 tahun yang berasal dari Triang , Pahang terkena satu das tembakan, dipercayai peluru tabur daripada senapang buatan sendiri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, mangsa melakukan Rondaan Cegah Jenayah bersama 3 anggota yang lain petang semalam.

Ketika rondaan, mereka terserempak dengan dua suspek bermotosikal sebelum bertindak mengejar mereka di ladang berkenaan.

Mangsa yang juga bekas Komando 69 telah mendahului anggota lain, mangsa kemudian bagaimanapun gagal dihubungi.

Pagi tadi, mayat mangsa dijumpai seorang pekerja ladang terbabit.

“Pagi ini, kira-kira 9 pagi telah ditemui arwah telah pun didapati meninggal, dalam kejadian tersebut telah panggil forensic dan petologist daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, HTAA untuk mengesahkan kematian. 

Tadi disahkan meninggal disebabkan tembakan,” kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani. Polis turut menemui satu laras senapang patah berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat.

Polis kini sedang memburu dua suspek terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

KISAH WANG HARAM :

Wang haram RM6 juta: Pegawai kanan polis dipindahkan



Seorang pegawai kanan polis Kuala Lumpur yang disiasat kerana penggubahan wang haram bernilai RM6 juta telah dipindahkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman minggu lalu, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, perpindahan itu bertujuan untuk menghentikan beliau daripada terlibat dengan kerja “barisan hadapan” sehingga siasatan kes rasuah itu selesai.

Sumber berkata, pegawai kanan itu dipindahkan serta merta ke Sekretariat Polis, Bukit Aman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Disember lalu mengesahkan seorang pegawai kanan polis bergelar “datuk” telah memberikan kenyataan berkaitan kes penggubahan wang haram bernilai RM6 juta.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, pegawai polis itu telah memberikan kenyataannya di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya seminggu sebelum itu.

"Kami memanggil pegawai kanan polis itu untuk diambil kenyataannya. Dia memberikan kerjasama yang baik dan kami merekodkan kenyataannya. Tiada tangkapan dibuat," katanya.

Pegawai itu adalah seorang daripada kira-kira 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana penggubahan wang haram yang diperolehi daripada sindiket pelacuran, kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Adalah difahami SPRM telah memperluaskan siasatan mereka termasuk penggubahan wang haram dan rasuah oleh beberapa dozen polis di seluruh negara.

"Mereka disiasat kerana penggubahan wang haram dan sekurang-kurangnya rasuah," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

"Polis ini boleh didakwa kerana jenayah itu, bergantung kepada bukti nanti," kata sumber itu.

Sumber lain memberitahu, penggubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit mula disedari selepas satu kejadian tembak menambak dengan penjenayah pada tahun 2013 lalu dimana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama.

"Kami menyiasat kaitan antara penggubahan wang haram dengan kejadian tembak menembak itu," kata sumber.

Pada November lalu, sebuah akhbar harian melaporkan bahawa tiga pegawai berpangkat timbalan penguasa, penolong penguasa dan sarjan telah ditangkap secara berasingan oleh SPRM dan semasa tangkapan itu, mereka menemui RM500,00 tunai, jam Rolex dan barang kemas.

Dua daripada pegawai yang ditahan itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan, katanya dengan menambah salah seorang daripada mereka terlibat dengan penggubahan wang haram bernilai RM1.7 juta dan yang lain RM4.3 juta.

KISAH KE 3 , MALANG MATI TERJERUT TALI :

Detektif polis maut terjerut tali ketika bergurau

Seorang anggota polis maut selepas tergelincir dan terjerut tali nilon ketika bergurau dengan dua anaknya dalam kejadian di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di Johor Bahru semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya yang menerima laporan pada pukul 9.30 malam menemui mayat Koperal Mohammad Hamid@Anthony Abdullah, 45, terbaring di atas lantai di rumah terbabit.

"Dua anak Mohammad Hamid yang berumur 10 dan 14 tahun berada di rumah itu dan polis turut menemui seutas tali nilon berhampiran mayatnya," kata Hasnan dalam kenyataan, di Johor Bahru semalam.

Menurut Hasnan, Allahyarham dipercayai sedang bermain dengan dua anaknya menggunakan tali nilon yang digantung pada jeriji tingkap beranda rumah, sebelum tergelincir dan jatuh ke lantai lalu terjerut.

Keadaan fizikal Mohammad Hamid adalah lemah ketika kejadian kerana beliau menghidap penyakit hati tahap kritikal serta sedang menerima rawatan intensif di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, katanya.

Polis mengklasifikasikan kematian Mohammad Hamid yang berasal dari Kanowit, Sarawak sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya menambah Allahyarham meninggalkan empat anak.

HANGAT ! MARI TENGOK KOLEKSI KERETA RASMI MB KEDAH..SAKAN JUGAK ....!!!

Pautan kekal imej terbenam
KERETA TERKINI......NOMBOR  LAMA KERETA BARU.....

INI PENJELASAN TERKINI DARI MB KEDAH :  Berita kemaskini 2.00 ptg 6/01/14

Helmi Khalid

Mukhriz dah jwb td...kerajaan tak beli kereta baru...ok tq Mukhriz...saya tetap kata ada beli kereta baru..sblm ni plat KBV 8 diguna pd merc S320...skrg diguna pada S300..jd..s300 tu mai kot mana? 

Plat tu dftar atas nama kerajaan negeri..xkanlah plat itu dijual dan kalaulah telh dijual...knp plk KBV 8 d merc S300 tulis menteri besar kedah...ada brp puluh org menteri besar kedah?

MB Kedah nafi beli kereta Mercedes


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menafikan sebuah kereta Mercedes-Benz S300L yang baharu dibeli oleh kerajaan negeri Kedah untuk kegunaan beliau.

Mukhriz berkata, sehingga kini beliau masih lagi menggunakan kereta Mercedes Benz S350 dengan nombor pendaftaran KCX 8 yang dibeli pada zaman pentadbiran Pas Kedah, menurut sumber Utusan.

MB Kedah kekal guna kenderaan rasmi lama
mymetro

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan pembelian kereta baru sebagai kenderaan rasmi sebaliknya masih kekal menggunakan kenderaan era pemerintahan kerajaan negeri terdahulu.

Katanya, kenderaan yang digembar-gemburkan oleh oleh blog pro-pembangkang adalah milik peribadi beliau yang digunakan untuk urusan sebagai Menteri Besar di Kuala Lumpur
.


CUBA LIHAT DIBAWAH DARI SUMBER KICAUWAN TAK RASMI :

Hai @buletintv3 , pak cik nk gtau MB Kdh beli Mercedec S300 baru 28/12/2013, no plat KBV 8 sama mcm sblum ni.

Pak Cik Gopoh™ ‏@KingGopoh29 minit
Ada 2 buah merc berno. plat KBV 8 utk MB Kdh. Yg 1 lg digunakn isteri Mukhriz di KL. Yg baru bli tak gna lg sbb Mukhriz brada di Luar Ngara.




                               KCX 8....NIE SAPA PAKAI SEKARANG?



MOHON PENJELASAN DARI KERAJAAN NEGERI KEDAH....TAHUN 2013 BELI BERAPA BUAH DAN BERAPA HARGANYA......KAMI NAK TAHU JUGAK.............

BERAPA PULAK HUTANG KERAJAAN NEGERI KEDAH SEKARANG MASIHKAH....LEBIH RM2 BILION......SEMENJAK BN PERINTAH DENGAQ KATA LAGI TAMBAH ADA KUTNOO.....

GAMBAR DI BAWAH NIE LAGI JELAS FAKTANYA.....


BILA PULAK NAK BELI JET PRIBADI........BARU KEDAH NAMPAK SENANG DAN NAMPAK MACAM  NEGERI MAJU....BARU ADA KELAS.....

05 Januari 2014

Kalau 4 ekor lembu boleh masuk kereta Proton, berapa ekor boleh masuk kondo? ..cuba jawab

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta


Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi

KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. 



Dua lelaki kempunan, 4 ekor lembu curi ditemui dalam kereta


PANAS ! KEMALANGAN KERETA PREVE YANG HEBOH DI FB...APA PUNCA SEBENARNYA


Kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Preve di Lebuhraya Pantai Timur hingga menyebabkan enjinnya tercampak keluar. Apapun pemandu (berbaju oren) tidak mengalami sebarang kecederaan. Hebat ciri keselamatan kereta ini. Tahniah Proton!

- Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media dan PREVEC. Jadi sebahagian dari penyampai maklumat di Oh! Media dengan berkongsi ke WhatsApp 012 923 1562. ~ oh! Media



BERITA PENUH DIBAWAH :

Pantang maut sebelum ajal
sinar

Keadaan kereta mangsa remuk teruk setelah terbabas di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu(Ajil-Telemong), pagi semalam.

KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.

“Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.

“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.

Isu Allah meletus lagi kerana penghakiman kabur, pihak berkuasa berdiam, kata ahli akademik



Isu penggunaan kalimah 'Allah' semakin meruncing yang memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani. Gambar The Malaysian Insider.Pertelingkahan tentang kalimah Allah di Malaysia telah merebak daripada sekadar di media sahaja akibat penghakiman kabur yang telah mengelirukan kumpulan konservatif Islam dan sikap tidak peduli Putrajaya untuk menyelesaikannya, kata ahli akademik memberitahu The Malaysian Insider.

Penggunaan perkataan ini oleh Kristian menjadi tajuk berita minggu lalu selepas Paderi Katolik berkata undang-undang Islam Selangor itu tidak terpakai bagi masyarakat Kristian, mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) dan menyita 320 Bible versi Melayu dan Iban yang mengandungi perkataan Allah – bertentangan dengan perjanjian persekutuan bahawa Bible bahasa Melayu boleh digunakan di Malaysia.

"Kita mempunyai dua situasi di sini; berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan menafikan hak mingguan Katolik Herald untuk menggunakan perkataanAllah dalam penerbitannya, membuka persoalan sama ada selain daripada penerbitan itu boleh menggunakan perkataan itu atau tidak.


"Satu lagi ialah kumpulan hak Melayu melihat keputusan itu sebagai muktamad bahawa semua orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah, ia satu lagi kekeliruan," kata Profesor Datuk Abdul Halim Sidek dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada The Malaysian Insider.

Beliau menegaskan bahawa, lebih teruk lagi, tidak ada apa-apa percubaan oleh mana-mana agensi kerajaan untuk menjelaskan perkara itu selepas Mahkamah Rayuan telah membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 yang membenarkan Herald untuk menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayu.

"Perkara ini telah diperbesarkan dan dieksploitasi untuk sebab-sebab politik," kata Abdul Halim, yang merupakan setiausaha bagi keselamatan politik dan hal ehwal antarabangsa, satu portfolio dalam Majlis Profesor Negara (MPN).

"Malah kerajaan kelihatan keliru mengenai perkara tersebut dan Jais seolah-olah mempercayai bahawa penghakiman mahkamah itu memberi mereka hak untuk menyerbu BSM dan merampas teks agama mereka," katanya.

Serbuan Khamis lalu membawa kepada kritikan daripada ahli-ahli politik, pemimpin agama dan peguam yang mengatakan ia tidak mengikut perlembagaan dan menyalahi undang-undang walaupun Jais telah membawa polis bersama-sama dalam menguatkuasakan undang-undang negeri.

Abdul Halim berkata, perkara itu perlu dibincangkan untuk membersihkan suasana dan untuk mengelakkan ketegangan antara agama. Kristian membentuk hampir 10% daripada 29 juta penduduk di Malaysia, di mana agama rasmi adalah Islam.

"Pada saya, hakim-hakim seolah-olah cuba untuk bermain dengan selamat. Jadi ini adalah hasilnya, di mana semua orang menafsirkan penghakiman untuk kepentingan mereka dan
sewenang-wenangnya," katanya, merujuk kepada hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

Abdul Halim juga berkata penghakiman Mahkamah Rayuan adalah "lebih kepada keputusan dasar dan bukan dibuat untuk menyelesaikan masalah ini."

"Perkara ini perlu dibersihkan dan tidak boleh berpanjangan ... orang akan memutarbelitkan penghakiman yang sudah kabur,"katanya.

Tetapi ahli akademik itu berkata kerajaan perlu melakukan lebih daripada sekadar mendiamkan diri dalam isu ini.

"Berlagak menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi ketika menghadapi isu panas adalah salah. Juga, ia adalah salah untuk menafikan hak-hak perlembagaan dan hak agama Kristian.

"Kita tidak boleh meletakkan kepercayaan mereka sebagai pihak yang bertanggungjawab kerana penghakiman itu yang menyebabkan masalah,"katanya.

Ahli-ahli politik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) merayu agar masyarakat bertenang dan menghormati penghakiman, yang sebelum ini berkata ia hanya boleh digunakan kepada Herald sahaja dan tidak masyarakat Kristian.

Umno Selangor menyalahkan Editor Herald Paderi Lawrence Andrew yang mengatakan bahawa gereja-gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan “Allah” dalam perkhidmatan hujung minggu dalam Bahasa Malaysia walaupun niat Jais untuk menghantar peringatan kepada Enakmen Negeri 1988 melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan itu.

Paderi Andrew telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkara 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap kumpulan agama yang berhak mengurus hal ehwal agama masing-masing.

"Agama kita tidak boleh diuruskan oleh mana-mana badan Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami akan terus menggunakan perkataan Allah di kalangan kita," katanya, sambil menambah bahawa Jais sebagai badan Islam tidak mempunyai bidang kuasa ke atas badan-badan agama lain.
"Pada masa ini, kes itu masih di mahkamah dan tiada keputusan telah dibuat lagi. Mereka tidak boleh membuat keputusan awal mengenainya," editor Herald itu menambah, merujuk kepada langkah Gereja Katolik untuk membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Pegawai polis berkata kenyataan Paderi Andrew kepada The Malaysian Insider mendorong sekurang-kurangnya 86 laporan polis dibuat di Selangor sahaja. Polis telah mula menyiasat isu itu di bawah Akta Hasutan dan telah menemuramah tiga wartawan daripada The Malaysian Insider.

Terdapat juga cadangan untuk tunjuk perasaan di luar gereja hari ini tetapi Umno Selangor telah berkata ia tidak akan menjalankan demonstrasi walaupun kumpulan konservatif Islam dan Melayu yang lain berkata mereka akan mengadakan perhimpunan terhadap Kristian pada hujung minggu ini. ~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...