04 November 2013

PRK SG. LIMAU : 17 PUSAT UNDI MULA DIBUKA 8 PAGI



PRK Sungai Limau: Semua 17 pusat undi mula dibuka 8 pagi

YAN: Pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Dulang di sini untuk membuang undi pada jam 8 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Proses membuang undi itu berjalan lancar dalam cuaca baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun peraih undi setiap parti yang bertanding dilihat cuba meraih undi orang ramai pada saat-saat akhir di luar pusat mengundi.

Keadaan trafik di pekan Yan juga dilihat lancar dan terkawal namun sedikit perlahan di beberapa jalan utama di sepanjang pusat mengundi di sini.

Bagaimanapun keadaan itu dijangka kembali reda apabila pengundi yang bekerja selesai membuang undi dan masuk bekerja selepas jam 9 pagi.

Seramai 499 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terbabit pada proses pengundian ini, yang membabitkan 58 saluran dan 17 tempat mengundi.

Terdahulu, SPR menjangkakan keputusan PRK DUN Sungai Limau akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam ini dan pusat penjumlahan undi adalah di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain. 

PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari PAS.



Pengundi tak sabar tunai tanggungjawab

Ustaz Azam seru pengundi keluar awal



JERAI: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyeru para pengundi keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan nama-nama pengundi disalah guna.

Katanya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di sebelah petang, peluang mengundi lebih awal adalah waktu terbaik untuk pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Selain itu, beliau juga meminta para pengundi yang berada di luar agar pulang bagi memastikan legasi perjuangan PAS dapat diteruskan.

"Membuat pilihan yang bijak, terus memilih PAS agar segala apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dapat kita teruskan. Ingat satu undi adalah satu bantah kenaikan harga barang," jelasnya ketika ditemui semalam.


03 November 2013

GEMPAR! 3 AHLI UMNO DITANGKAP KETIKA MENGANTUNG OBJEK KAKI PALSU....?!!!






3 lelaki Melayu ditangkap dan dibelasah orang kampung kerana gantung patung kaki ?


Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.


SMS bertulis begini…

“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”

Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!

UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.

Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.

sumber: tranungkite.net

TERKINI ! AHLI PAS NAFI MASUK UMNO







Ahli Pas yg kununnya ketuai 300 org masuk Umno nafi berbuat demikian. Katanya dia dan rakan2 dijemput terima sumbangan tiba2 lain pula jadinya. Rancangan Jamil khir.. ulamak tapi menipu.



DAKWAAN PIHAK UMNO:

LAGI AHLI PAS KELUAR PARTI SERTAI UMNO

Selepas kemasukan beramai-ramai 351 orang bekas ahli PAS ke dalam UMNO, seramai 20 ahli PAS di Padang Lumat dalam DUN Sungai Limau telah berani hijrah.

Borang keanggotaan bekas ahli PAS ini telah diserahkan kepada Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Salah seorang daripda mereka, Azizan Omar, 36, berkata mereka menganggotai Pas lebih 10 tahun dan kini merasakan Umno dapat membantu mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Azizan dan tujuh anggota keluarga, termasuk ibunya, Maimunah Main, 60, adalah anggota PAS bahagian Batu 16 Padang Lumat dan mendakwa bersaudara dengan bekas Adun Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sementara itu Ahmad berkata penyertaan 20 anggota PAS ke dalam UMNO merupakan petanda baik kepada UMNO pada saat-saat terakhir menjelang pilihan raya kecil Isnin ini.

"Saya merasakan akan lebih ramai ahli PAS sertai kami kerana satu perubahan yang besar berlaku di Kedah dengan Menteri Besar sekarang Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir," katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Ahmad berkata Jamil Khir juga menarik perhatian anggota PAS untuk menyertai UMNO kerana beliau juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam.

Menjadi kebiasaan menjelang hari pengundian ramai di kalangan ahli Pakatan Pembangkang akan menyertai UMNO dan BN sebagai tanda protes dalam diam mereka ke atas parti yang pernah mereka wakili.


KEDUDUKAN PORTAL BERITA ONLINE TERKINI



SHAH ALAM – Laporan terkini Alexa.com menunjukkan Sinar Harian Online menjadi pilihan utama pembaca di Malaysia untuk mendapatkan info-info terkini perkembangan semasa dalam dan luar negara.

Sinar Harian Online berada di tangga ke-20 daripada 500 laman web paling kerap dikunjungi di Malaysia.

Untuk portal berita, Sinar Harian Online berada di tangga kedua selepas Malaysiakini.

Sinar Harian Online berjaya menyayingi The Star Online yang berada di tangga 22, Utusan Online (34), The Malaysian Insider (37), Harian Metro Online (38), Berita Harian Online (49), Kosmo Online (62), Mstar Online (78) dan Mynewshub (91).

Sebanyak 95.6 peratus pembaca Sinar Harian Online adalah daripada negara ini, sementara 1 peratus daripada Kanada dan Brunei serta 0.5 peratus daripada Singapura, menurut Alexa.

Alexa merupakan syarikat maklumat web yang diasaskan sejak 1996 yang menganalisis laman web seluruh dunia secara percuma.

Terima kasih kami ucapkan kepada pembaca Sinar Harian Online kerana sentiasa menyokong portal dan akhbar kami.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan berita-berita terkini seiring dengan ‘tagline’ kami, Telus dan Tulus.


HOT! KEDAH & PERLIS KINI MENJADI PENGEKSPOT KETUM TERKENAL


UPP Padang Besar Rampas 319 Kg Daun Ketum




* Pokok ketum yang ditanam secara meluas di Kedah & Perlis
* Pokok Ubat kini disalah guna sebagai ayak gian kini apabila daun ketum      direbus dicampurkan  dengan ubat batuk, ubat nyamuk dan cola.
* Ketagihan ayak ketum kini kritikal kepada belia-belia juga menjadi punca    pertambahan kes jenayah.


ALOR SETAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar merampas 319 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan dua buah kereta dalam kejadian berasingan di Padang Besar, Perlis.


Komander UPP Padang Besar ASP Bahari Ahmad berkata daun ketum itu ditemui di dalam sebuah kereta Mitsubishi Isuzu dengan nombor pendaftaran Thailand yang ditahan pada pukul 12.15 tengah malam di Simpang Jalan Kampung Sena, Mukim Titi Tinggi.

"Selepas melakukan pemeriksaan, kami menjumpai empat bungkus plastik hitam berisi daun ketum seberat 45 kilogram bernilai RM3,600 di tempat duduk penumpang belakang," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, katanya, UPP turut menjumpai kad pengenalan Thailand di dalam kenderaan terbabit.

Dalam kes kedua pula, 24 bungkus plastik hitam berisi daun ketum ditemui di bahagian depan dan belakang tempat duduk penumpang sebuah Proton Pesona yang ditahan di Jalan Menerong, Mukim Titi Tinggi pada pukul 2 pagi Jumaat.

"Selain itu kami juga menjumpai beberapa bungkusan di dalam bonet kereta terbabit. Kesemua bungkusan yang ditemui seberat 274 kilogram yang harga pasarannya di Thailand dianggarkan berjumlah RM21,920," kata Bahari.

Beliau berkata kedua-dua pemandu kereta berkenaan melarikan diri ke dalam kawasan semak berdekatan.

Katanya kes dirujuk ke Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut. -BERNAMA



Tokan Johor 'import' ketum dari Kedah tumpas.

NUSAJAYA - Taktik sindiket pengedaran daun ketum menggunakan khidmat kurier untuk membawa bekalan bahan larangan dari Kedah ke negeri ini, tidak berhasil apabila berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam serbuan sekitar jam 2.50 petang pada Rabu lalu, pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 30-an dan 44 tahun.

Menurutnya, Kedua-dua suspek ditahan di hadapan sebuah premis perniagaan di Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini, ketika sedang membawa sebuah kotak untuk diletakkan di dalam
but sebuah kereta.

"Hasil Pemeriksaan di dalam kotak yang dibawa suspek menjumpai beberapa ikatan daun ketum dengan jumlah berat 10 kilogram (kg).

"Berdasarkan hasil soal siasat turut mendedahkan kedua-dua lelaki itu mendapatkan bekalan daripada rakan mereka di Kedah dan dihantar menggunakan satu pesanan pos berdaftar dan dialamatkan ke sebuah premis perniagaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, pasaran daun ketum di Johor hampir tiada dan merupakan kes terpencil, namun kegiatan pengedarannya dipantau dari masa ke semasa.

“Harga pasaran daun ketum dijual dengan harga RM25 bagi 1kg, manakala harga air ketum proses turut dijual sebanyak RM2 hingga RM3 bagi 500 mililiter. Setiap sekilogram daun ketum mampu
menghasilkan sehingga 50 hingga 60 liter air ketum.

“Campuran air ketum turut menggunakan beberapa bahan lain seperti ubat nyamuk, minuman bergas, minuman isotonik dan ubat batuk. Kegunaannya adalah bertujuan untuk menambahkan
tenaga selain mengkhayalkan pengambilnya,” katanya.

Katanya, suspek berusia 30-an itu bekerja sebagai juruwang, manakala seorang lagi berumur 44 tahun berasal dari Kedah dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat swasta di Singapura.

“Mereka direman selama empat hari bermula kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...