02 Jun 2013

SERANG PENGAWAL PERIBADI TUANKU ANNUAR, DUA RAKYAT MALAYSIA DIKENAL PASTI...




dua rakyat Malaysia yang ditahan,  Hing Yan Siong dan Teh hai Chay


Rakyat Thailand yang ditahan

Lima Ditahan, Termasuk Dua Rakyat Malaysia Berhubung Serangan Pengawal Peribadi Kerabat Diraja Kedah Di Phuket


GEORGE TOWN: Lima orang, termasuk dua rakyat Malaysia, telah ditangkap oleh polis Thailand berkaitan serangan ke atas pengawal peribadi kerabat diraja Kedah di sebuah hotel lima bintang di Phuket.

Pegawai Penyiasat Kanan Polis Daerah Sadao Mejar Phaiphana Phetyen berkata mereka menahan dua rakyat Malaysia kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Dua wanita Thailand dipercayai isteri mereka juga ditahan bersama-sama dengan seorang lelaki tempatan Thailand di Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam.

"Pasukan polis menyerbu sebuah bilik hotel di Danok dan menahan seorang lelaki tempatan. Kami kemudian menahan empat lagi individu yang terdiri daripada dua rakyat Malaysia dan dua wanita tempatan dipercayai isteri mereka. Kami merampas wang tunai 14,000 baht (RM1,432), RM500 dan kereta Honda Civic yang dipercayai digunakan untuk percutian," kata Mejar Phaiphana.

"Motif serangan masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Phuket Chote Chawalwiwat dilaporkan berkata dua adik-beradik Thailand masing-masing ditahan di Songkhla di daerah Sadao dan Sikao di daerah Trang.

Pada Selasa malam, pengawal peribadi Pengerusi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, Mohd Sobri Said mengalami kecederaan di kepala selepas empat lelaki menyerang beliau di dalam bilik di Millennium Resort, Patong.

sumber: Mstar, Bangkokpost

PECAH BERITA ! SKOT RED BEAN ARMY DI KESAN....?

                                    
Skot RM..boleh lawan mr.bean armi...............

Utusan dakwa 'Red Bean Army' ancam rogol wanita

Satu laporan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pasukan siber 'Red Bean Army' yang didakwa ditaja DAP turut mengancam untuk merogol golongan wanita yang menyokong parti BN.

Tulisan di pojok akhbar tersebut hari ini mendakwa, tindakan pasukan siber tersebut semasa pilihan raya itu malah lebih bahaya dari ancaman pengganas bersenjata.

“Serangan yang mereka lakukan dahsyat. Daripada memfitnah isu pengundi hantu dan menyerang siapa yang menyokong BN sehinggalah menghina raja-raja Melayu, agama Islam, orang Melayu dan memboikot produk syarikat Islam.

“Malah ada tentera siber RBA yang mengancam merogol wanita yang menyokong BN, membakar rumah dan pelbagai bentu ugutan serta buli.

“Bukan sahaja sangat rasis bahkan ekstrem, lebih bahaya daripada ancaman pengganas bersenjata. Semua itu berlaku dalam pilihan raya Malaysia,” kata pengarang akhbar milik Umno itu dalam tulisan berkenaan.

Dalam satu lagi tulisan, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu rajah berhubung dakwaan 'Teknik serangan Red Bean Army'.

Keterangan di rajah berkenaan antara lainnya mendakwa seorang wanita, Wong Kim May, 23 menerima ancaman bunuh.

Gadis berkenaan didakwa menerima ancaman itu selepas merakam video mempromosi BN.

DAP sejak minggu lalu menafikan dakwaan bahawa parti itu mempunyai kekuatan seramai 200 orang anggota 'Red Bean Army', yang didakwa memburuk-burukkan BN sejak enam tahun lalu.

Penasihat parti itu Lim Kit Siang turut menjelaskan bahawa parti berkenaan perlu membayar sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu sekiranya mengupah RM15 juta setahun untuk 200 orang pasukan tersebut.

DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu, kata Lim. ~ mkini



 POLIS KENALPASTI RED BEAN ARMY, TANGKAPAN DALAM MASA TERDEKAT!!!

Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.


Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan Youtube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mera BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.
Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Penglibatan syarikat elektronik Taiwan disiasat


Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.
Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.

"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.
"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu,"kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu - UM


VIDEO Malu saya sebagai rakyat M'sia, polis bunuh suami saya...-SAKSIKAN


Pegawai Paul Low ‘salah cakap’ kata keluarga Dharmendran

Keluarga mendiang N. Dharmendran menyalahkan pegawai kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low “salah cakap” ketika menghubungi mereka bagi menawarkan bantuan berhubung kes kematian mendiang semasa dalam tahanan polis.

Isterinya, M. Marry berkata sekiranya pegawai berkenaan benar-benar ikhlas ingin membantu keluarganya, mereka boleh datang ke rumah tanpa perlu merahsiakan sebarang tindakan.

“Kalau nak bantu, datanglah rumah saya, bukan salah faham dengan Paul Low, orang yang cakap bagi pihak beliau itu salah cakap bukan kita salah faham,” tegas Marry ketika sidang media bersama Naib Presiden PKR N. Surendran di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Bukan cakap dalam telefon ... mahu semua ini semua lawyer tukar, secara rahsia,” tegasnya.

Keluarga Dharmendran, 31, mangsa kematian dalam lokap polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebelum ini berkata pihaknya dihubungi Ravendran daripada Pejabat Perdana Menteri dan mahu berjumpanya secara rahsia bagi berbincang berkenaan kematian Dharmendran tanpa melibatkan pengetahuan peguam mereka.

Kematian Dharmendran akibat dipukul, bukan penyakit semulajadi, kata pakar patologi


Kematian menyayat hati N. Dharmendran semasa dalam tahanan polis disahkan pakar perubatan forensik berpunca daripada akibat dipukul dan bukannya penyakit semulajadi.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berdasarkan laporan bedah siasat percaya kematian Dharmendran, 31, berpunca daripada pukulan berterusan yang diterima mendiang, daripada objek tumpul, serta tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan bergari dan tidak berdaya mempertahankan diri ketika dipukul.

“Tiada penyakit semulajadi yang dijumpai dalam tubuhnya yang menyebabkan punca kematian ... bedah siasat mendapati mendiang mempunyai kesan lebam akibat objek tumpul di tubuhnya,” kata laporan yang diedarkan kepada media ketika sidang media oleh Naib Presiden PKR di sini.

“Kecederaan diakibatkan oleh objek tumpul dan kecedaraan juga adalah kesan baru,” kata laporan bedah siasat itu lagi.

Laporan berkenaan turut mendedahkan Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh badan termasuk juga kesan kecederaan akibat dawai kokot di kedua-dua cuping telinganya.

Peguam keluarga mendiang Dharmendran, N. Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai menegaskan, dengan dokumen laporan bedah siasat itu, mereka kini boleh mendakwa pegawai polis yang terlibat.

“Tiada yang dihukum setakat ini, hanya empat anggota polis dipindahkan tugas ... semua anggota polis yang dikenalpasti mesti ditahan serta merta, hari ini!” tegas Surendran ketika sidang media tersebut, dan menambah kes kematian Dhamendran adalah kejadian bunuh, dan pendakwaan harus dilaksanakan.

Ekoran kes kematian dalam tahanan tersebut, empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N.Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini dilaporkan berkata langkah itu bagi memudahkan laluan siasatan Bukit Aman berhubung kes kematian tahanan berkenaan di lokap.

Menurut kumpulan hak asasi Suaram, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lima lagi kes berlaku pada tahun ini.

Kematian Dharmendran adalah sebahagian daripada kes kematian membabitkan pihak polis, dan antara kes-kes lain yang mendapat tumpuan antaranya ialah Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, pembunuhan pelajar sekolah berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010, dan pelbagai kes tembakan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, “seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa”.

Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik daripada kedua-dua belah tanpa mengira jurang perbezaan juga menggesa pelaksanaan IPCMC bertujuan pembaharuan dalam pasukan polis sejak 2006. ~ The Malaysian Insider

GAPS NGO ANTI PAKATAN PUN PUJI EXCO SELANGOR....NAK BUAT U-TURN KUT...




GAPS puji barisan Exco S’gor

NGO yang selama ini mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Selangor menghulurkan tangan untuk bekerja sama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.




PETALING JAYA: Buat kali pertama dalam satu keputusan yang luar biasa, sebuah NGO yang selama ini mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Selangor hari ini menghulurkan tangan untuk bekerja sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin mengatakan barisan Exco kerajaan negeri boleh membawa Selangor maju ke depan.

“Ini barisan kepimpinan yang boleh membawa negeri Selangor maju ke depan, dan GAPS akan mengunjungi Abdul Khalid untuk menjalinkan kerjasama.

“Kerjasama bagi membolehkan 10 aku janjinya boleh dilaksanakan,” katanya.

Menurut Hamidzun, barisan Exco itu menampakkan keinginan dan semangat untuk bekerja dan seterusnya memajukan negeri Selangor.

Mengenai dua tokoh penting Pakatan Rakyat – Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa) dan Dr Rani Osman (Adu Meru) yang tidak dilantik sebagai Exco., Hamidzun berkata, mereka hanya hebat berpolitik dan bukannya bekerja untuk rakyat.

Azmin merupakan Pengerusi PKR Selangor, manakala Dr Rani adalah Pesuruhjaya PAS negeri.

“Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid) mahu Exco yang boleh bekerja dan bukannya berpolitik,” katanya.

Semalam 10 Exco mengangkat sumpah di di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah di Kelang.

Mereka ialah Adun Chempaka Iskandar Samad; Dr Halimah Ali (Selat Klang); Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang); Sallehen Mukhyi (Sabak); Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang); Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan); V Ganabatirau (Kota Alam Shah); Rodziah Ismail (Batu Tiga); Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Panas! Mengapa Khir Toyo Sanggup Menghina Mahkamah? Kes Berat Nie....


Mengapa Khir toyo amat tidak berpuas hati diatas tuduhan kes rasuah terhadap beliau, tanpa berselindung beliau berkata Najib hanya mengkambing hitamnya bagi menunjukan Kerajaan beliau telus dan serius menanggani Rasuah. Mungkin andaian Khir Toyo benar mengapa menteri-menteri lain lebih rasuah mengapa aku kena seorang saja?


AG tegaskan tiada campurtangan politik kendali kes Khir Toyo


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan tiada campurtangan politik terhadap pendakwaan yang dikenakan kepada Dr Mohamed Khir Toyo dalam kes rasuahnya, sebaliknya mengingatkan bekas Menteri Besar Selangor itu kenyataan yang dikeluarkan di blognya menghampiri menghina mahkamah.

Abdul Gani juga turut menegaskan pertuduhan terhadap Khir Toyo adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan Khir Toyo sebagai ‘kambing hitam’.

“Khir Toyo telah diwakili oleh barisan peguam yang ternama dan berpengalaman, malahan kes ini telah sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan, yang telah didengar oleh tiga hakim kanan yang bijaksana.

“Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian yang tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia,” tegas peguam berkenaan dalam kenyataan 10 halaman lewat petang tadi.

Dr Mohamad Khir dalam tulisan di laman blognya mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah Rayuan juga sebelum ini menolak rayuan beliau dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.

“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

Abdul Gani sebaliknya menegaskan, tiada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas dirinya semasa mengendali kes berkenaan, sebaliknya, keputusan dibuat berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencehan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh dari hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada, sama ada untuk menuduh Khir Toyo atau sebaliknya,” tegas Gani.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapa pun. Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.”

Dr Mohamad Khir (gambar) dalam laman blognya juga mengatakan, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.


Peguam negara itu bagaimanapun menegaskan, dakwaan Dr Mohamad Khir bahawa kes “di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.”

“Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan,” tegas Abdul Gani.


“Hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.”

Malah beliau juga turut menasihati Dr Mohamad Khir supaya menyediakan pembelaan beliau di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...