18 Mac 2013

PANAS ! PATUTLAH MACAI-MACAI GERAKAN BISING SIANG MALAM, PR P.PINANG NAK LAKSANA PROJEK RM6.3 BILION...!!! [+VIDEO PENJELASAN ]

Gambar Hiasan, Terowong bawah laut

 

P. Pinang laksana tiga projek lebuhraya, satu terowong jika 1.6 juta rakyat bersetuju: Gua Eng

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan melaksanakan tiga projek lebuhraya dan satu terowong bawah laut penghubung ketiga antara pulau dan Seberang Perai bernilai RM6.3 bilion jika dipersetujui 1.6 juta rakyat Pulau Mutiara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam surat terbukanya kepada rakyat negeri itu hari ini berkata, pelaksanaan projek itu adalah demi kemajuan ekonomi negeri dan mengatasi kesesakan lalu lintas pada masa depan.

“Kerajaan negeri juga terpaksa menjelaskan dakwaan mengelirukan oleh sesetengah NGO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menentang cadangan projek berkenaan yang dianugerahkan melalui tender terbuka yang kompetitif pada harga RM6.3 bilion.

“Saya harap usaha “terdesak” kerajaan negeri selama lima tahun sebelum ini dapat mengatasi kesesakan lalu lintas dalam kawasan pulau serta aliran lalu lintas di kawasan Seberang Perai, termasuk membina sistem trem yang paling sesuai untuk Pulau Pinang kerana George Town adalah Bandar Warisan Dunia UNESCO.

“Sekiranya PR memenangi kuasa di Putrajaya, PR akan cadangkan sistem trem di seluruh negeri bagi menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. kerana monorel yang dicadang BN tidak sesuai untuk bandar warisan dunia seperti Pulau Pinang, dan strukturnya yang ditinggikan akan merosakkan keindahan Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak tegas mengambil keputusan untuk memperluaskan rangkaian jalan raya dengan membina jalan alternatif di kawasan paling sesak menghubungkan Seberang Perai dan Pulau bagi merapatkan jurang antara kedua-dua kawasan itu serta memastikan Seberang Perai Utara tidak ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, projek berkenaan diumumkan pada 2011 dan tender dikeluarkan untuk membina terowong bawah laut sepanjang 6.5km yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam, jalan raya berkembar 12km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas 4.2km yang menghubungkan Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintas 4.6km yang menghubungkan lebuhraya itu ke Bandar Baru Air Itam.


“Kerajaan negeri menganugerahkan projek itu kepada Consortium Zenith BUCG, sebuah syarikat kegunaan khas ditubuhkan dengan usahasama di antara syarikat tempatan Construction Zenith, China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd serta Juteras Sdn Bhd. Beijing Urban Construction Group adalah sebuah syarikat pembinaan utama dari negara China yang berpengalaman membina Stadium Olimpik “Sarang Burung” Beijing, dan CRCC membina kebanyakan landasan kereta api di China termasuk landasan kereta api yang tertinggi ke Tibet. Semua syarikat itu bukan syarikat RM2 seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Manakala projek monorel BN tidak akan menjadi kenyataan walaupun BN menang di Pulau Pinang kerana monorel tidak akan diizinkan oleh UNESCO dan pembinaannya akan mengakibatkan kehilangan taraf Bandar Warisan Dunia UNESCO tambahan BN tidak pernah menepati janji termasuk yang dibuat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006 dan diikuti Najib.

“PR juga menolak cadangan mengenakan caj kepada semua kenderaan yang memasuki George Town, Pulau Pinang kerana komited kepada pergerakan bebas orang dari dalam dan luar negeri Pulau Pinang. Amalan “model Singapura” untuk mengurangkan kesesakan trafik adalah elitis kerana menghadkan George Town kepada penghuni sedia ada adalah diskriminasi kerana hanya orang berada dapat memasuki George Town, Pulau Pinang,” tambahnya.

Menurutnya, kontrak rasmi projek itu masih dibincangkan dan dijangka akan ditandatangani dalam beberapa bulan akan datang selepas pilihan raya dan projek itu tidak akan diteruskan jika ditolak rakyat.-
Roketkini.com



TERHOT ! BERITA " PENCEROBOH BUNUH DIRI " CERITA BOHONG BERITA HARIAN..

Berita Harian kantoi fitnah Ketua Polis Daerah Samporna

PORTAL Berita Harian semalam menyiarkan satu laporan bertajuk "penceroboh bunuh diri dalam lokap" tentang seorang tahanan merupakan suspek pengganas Sulu yang ditemui mati di dalam lokap. Si mati dikatakan telah membunuh diri.

Berita ini kononnya telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah. Berikut printscreen yang diambil dari Portal Berita Harian ~ Berita Harian



Rupa-rupanya tidak ada siapa pun yang mengesahkan berita ini. Malah tuan punya badan, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mendakwa berita ini adalah berita karut.
Beliau menulis di halaman facebook peribadi miliknya dan memaklumkan bahawa, telah menghubungi wartawan berkenaan dan wartawan itu telah memohon maaf serta berjanji akan memperbetulkan laporannya.

Dengan nada tegas, pegawai Polis yang menjadi mangsa fitnah wartawan Berita Harian tersebut menulis akan membuat laporan polis esok (hari ini) jika tiada tindakan dibuat ~
facebook



Berita ini gua cedok dari blog sahabat ~ Amenoworld & milosuam..

SEBARKAN : Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?

Dua saksi "Lahad Datu" di pentas forum malam ni


KUALA LUMPUR: Dua orang saksi hidup berhubung peristiwa berdarah di Lahad Datu akan tampil menceritakan pengalaman mereka di Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.

Dua saksi tersebut, Siti Aminah dan Mat Swadi akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid.

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani.

"Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi.

"Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik," kata Pengarah Propaganda SAMM,
Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pihak penganjur sila hubungi penganjur di talian 010-2675872.

Di program malam ini juga, SAMM akan melancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke operation”.

Justeru orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula jam 8.45 malam ini.


TERPANAS ! Ceramah Zul Nordin,Mursyidul Am TIBAI & Perkosa dikepung penduduk [ video ikhlas dari bekas peyokong tegar umno ]




Ceramah Zul Nordin ,Mursyidul Am TIBAI, dan Perkosa dikepung penduduk kampung di SMK Guar Perahu.. suasana di luar lebih ramai dari dalam.. disebabkan kena kepung....puak UMNGOK-Be End semakin terdesak..Sambil mengedarkan seratus ribu risalah fitnah...mereka cuba mengetest market.. Zul Kulim menjadi ayam tambatannya.. 


Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI..Tapi dia silap tempat..katak kurap sepertinya cuba masuk ke kandang harimau... Setiap patah perkataan yang diucapkannya disahut dengan laungan "Takbir" dan "Reformasi" juga " Katak, Katak " .... oleh penduduk yang rata-ratanya penyokong kuat PR.. 


Tak sempat habis dia berucap penduduk yang hilang sabar mendesak dia berhenti...dan pekikan orang ramai mengiring berambusnya sang katak UMNGOK ini.. Tambah menjadi kemarahan penduduk ialah UMNGOK menggunakan Dewan Besar SMK Guar Perahu.. Asal BN semua boleh... tapi kali ini boleh lingkup.

Diberitakan juga polis telah menangkap 1 orang menyokong Pakatan Rakyat, punduduk kampung tidak mahu berganjak dari mengepong zul dan pengikutnya selagi pemuda itu dibebaskan...difahamkan 3 lori FRU dikerah ke tempat kejadian seawal majlis bermula.




TERPANAS ! LGE KETUA MENTERI BELI KERETA RASMI BERNILAI RM10 JUTA...APA MAU JAWAB SAMA MACAI-MACAI HAA...!!!


Seorang pengurus kereta terpakai berkata,


"Ini Lim Guan Eng dah nyanyuk ke? Kereta yang berusia 16 tahun ini masih ada pakai lagi ke.... 

Kalau bagi menteri-menteri  BN dah awal-awal dilelong  dijadikan teksilah!
Ikut harga pasaran, kereta ini memang nilainya tak sampai RM 10 K, 

Bukan kah kerajaan negeri Pulau Pinang dah beruntung banyak, kenapa tak sanggup membeli sebuah kereta baru untuk Yang Dipertua ( KM ) ini?”

Saya terus menjadi bisu.... Bolehkah kawan-kawan dan macai -macai tolong jawab sat...?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...