18 Mac 2013

TERPANAS ! LGE KETUA MENTERI BELI KERETA RASMI BERNILAI RM10 JUTA...APA MAU JAWAB SAMA MACAI-MACAI HAA...!!!


Seorang pengurus kereta terpakai berkata,


"Ini Lim Guan Eng dah nyanyuk ke? Kereta yang berusia 16 tahun ini masih ada pakai lagi ke.... 

Kalau bagi menteri-menteri  BN dah awal-awal dilelong  dijadikan teksilah!
Ikut harga pasaran, kereta ini memang nilainya tak sampai RM 10 K, 

Bukan kah kerajaan negeri Pulau Pinang dah beruntung banyak, kenapa tak sanggup membeli sebuah kereta baru untuk Yang Dipertua ( KM ) ini?”

Saya terus menjadi bisu.... Bolehkah kawan-kawan dan macai -macai tolong jawab sat...?




17 Mac 2013

GEMPAR ! BUKTI KEGAGALAN RISIKAN TENTERA TERBONGKAR..!!!


Ehh..awat hangpa bagi bocor....terima kasih,  baru rakyat Malaysia tau cerita sebenar......

EKSKLUSIF: Anggota Polis Bantuan FELDA Antara Terawal Ternampak Kelibat Pengganas Sulu.


LAHAD DATU – Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya ‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?

Jawapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.

Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.

Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.

Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.


Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.

” Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup mengkagumkan.

” Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta kita, nyawa penduduk serta peneroka,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sementara itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11 tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan.

” Saya berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari langsung oleh pihak pengganas.

” Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya.




” Tak banyak sikit, maklumat ini saya percaya telah membuatkan pasukan keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari pertama serangan hinggalah sekarang,” katanya yang telah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA.


Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran  kejadian pencerobohan.

Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela turut dibekalkan senjata api. Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang.

“Ini membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda tidak berlaku,” ujarnya.

Selain itu juga, katanya kerajaan juga sudah bersetuju jeti di Felda Sahabat digunakan sebagai balai bagi
membolehkan anggota agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) beroperasi
. – 
Mynewshub.my

JADI...BENAR APA YANG DIDAKWA OLEH LT. JEN ( B) GHAFIR   RISIKAN TENTERA GAGAL


13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir


PETALING JAYA 13 MAC: Risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk ke dalam negara, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Beliau mendedahkan, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) cenderung digunakan untuk operasi politik.

“Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik. Sepatutnya kita boleh menjangka apa yang bakal berlaku dengan risikan yang baik.

“Dalam BSPP ada bahagian yang mengendali risikan luar. Mereka ini sepatutnya mengumpul maklumat dan analisis risikan. Itu kerja utama mereka. Tugas pemikiran politik bukan kerja mereka.

“Sumber maklumat yang diproses untuk perisikan. Ini yang akan kita gunakan untuk memberi pilihan berhubung tindakan yang akan diambil. 


Bukannya musuh dah sampai ke darat baru nak ambil tindakan. Ini sangat deactive (lambat),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau merujuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Ghafir mempertikai alasan kerajaan kononnya tentera tidak boleh dilibatkan dalam operasi keselamatan kerana perlu mematuhi Konvensyen Gineva 1949 dalam menangani insiden Lahad Datu.

“Bila ini berlaku, (bagaimana kerajaan) ubah pula dengan menggunakan angkatan tentera dengan konvensyen yang sama?” soalnya.

“Mereka (penceroboh) datang untuk mengambil tanah wilayah kita dan mengancam nyawa rakyat,” kata Ghafir menjelaskan definisi pencerobohan adalah termasuk atas tujuan kepentingan ekonomi. –KD


PANAS ! BELUM SAMPAI PUTRAJAYA HANGPA DAH CEMPERA....GASAK KAT HANGPA LAH...!!!


Bagan Serai hampir pasti bertanding 3 penjuru untuk PRU13?

Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru di Bagan Serai, yang salah bukan PAS tapi PKR atau lebih tepat lagi salah Azmin pasai Azmin yang berkuasa dalam PKR lebih pentingkan kedudukannya dalam PKR dari kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Sinarharian Khamis lepas melaporkan pasai satu sidang media oleh PAS Kawasan Bagan Serai yang katanya nekad akan letak calon bertanding di dua kerusi yang PKR bertanding pada PRU12 dulu, kerusi Parlimen Bangan Serai dan Dun Alor Pungsu.

Bagi penyokong ABU terutama sekali yang cenderung kepada PKR tentu punya tak puas hati pasai apa pulak PAS Bagan Serai tamak sangat nak bertanding semua kerusi macam tu.

Tapi bagi yang faham keadaan sebenar terutama sekali yang cenderong kepada PAS tentu boleh terima ketamakkan PAS Kawasan Bagan Serai tu.

Sebenarnya depa bukan tamak sangat pun yang bertanding semua kerusi, kalau boleh dapat 1 dari 2 kerusi tu pun dah ok, samada kerusi Parlimen bangan Serai atau pun kerusi Dun Alor Pungsu.

Bagi yang taktau atau pun yang dah terlupa, kerusi Bagan Serai adalah kerusi tradisi PAS malah adalah kerusi yang PAS biasa menang di Perak selain dari Parit Buntar, Parit dan Bukit Gantang.

Untuk PRU12, PAS Bagan Serai berlapang dada serahkan kerusi tu untuk PKR bertanding tapi jentera PKR di Bagan Serai bertindak celaka, langsung tak tolong YB Hj Tempirai sampai pak aji tu ambik keputusan bertukar jadi katak lompat jadi wakil rakyat bebas.

Kalau Hj Tempirai tu macam katak-katak lain di perak yang memang jelas pengkhianat mungkin PAS Bagan Serai tak berapa nak marah kat PKR tapi masalah di Bagan Sewrai lebih kepada masalah jentera PKR, bukannya masalah wakil rakyat.

Pasai tu lah PAS Bagan Serai tak setuju PKR bertanding lagi kali ni pasainya jentera yang ada sekarang ni masih jugak jentera yang sama yang ada masa Hj Tempirai bertukar jadi katak dulu. Apa jaminan jentera PKR sekarang tak sabotaj wakil rakyat kalau calon PKR menang lagi?

Kebarangkalian PKR untuk serahkan kerusi parlimen Bagan Serak kepada PAS mungkin dah tertutup rapat memandangkan masa ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai kelmarin Anwar Ibrahim dah istihar Dr. Mohd Nor Manuti sebagai calon Parlimen Bagan Serai.


Tapi, calon untuk Dun Alor Pungsu belum diistihar. Aku harap sangat kepimpinan PKR Pusat terutamanya Azmin Ali ambil kira pebih kepentingan politik untuk kerusi Alor Pungsu. Pasainya kalau Dun Alor Pongsu pun calon PKR bertanding maknanya ahli dan penyokong PAS di Dun Alor Pungsu tak berpeluang untuk pangkah calon dari PAS.

Tak mustahil situasi macam PRU12 akan berulang di mana jentera PAS tinggal terus Dun Alor Pongsu, pi buat kerja di Dun Gunung Semanggol atau Selingsing sampai tahap tak pi mengundi pun ada yang mengakibatkan calon PKR kalah tipis di Dun Alor Pungsu.

Yang lebih digusarkan, sentimen sekarang ni nampak lebih hebat dari sentimen masa PRU12 dulu, dan kemungkinannya lebih ramai yang akan tak keluar mengundi kali ni. Aku risau bukan saja Dun Alog Pungsu akan kalah lagi tapi Parlimen Bagan Serai pun akan kalah jugak.

Kalau Alor Pungsu calon PAS yang bertanding mewakili PR aku cukup yakin kemenangan untuk Parlimen Bagan Serai pun memang dalam tangan dan Pakatan Rakyat kompom akan sapu bersih 4 kerusi di Bagan Serai tu.

Memang ada benarnya bila ada yang kata PKR dah berlapang dada pasai katanya akan serahkan kerusi Dun Sungai Manik dan Changkat Jering kepada PAS, jadinya PAS tak patut tamak minta lagi kerusi Alor Pungsu. Tapi realitinya PAS minta kerusi-kerusi tu bukan pasai tamak tapi demi kemenangan Pakatan Rakyat

Realitinya situasi di dua Dun Sungai Manik tu sebenarnya sama macam di Alor Pungsu, dan kalau PKR serahkan kerusi Dun Sungai Manik dengan hujjah dan alasan yang sama PKR patut serakhan jugak kerusi dun Alor Pungsu.

Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru di Bagan Serai, yang salah bukan PAS tapi PKR atau lebih tepat lagi salah Azmin pasai Azmin yang berkuasa dalam PKR lebih pentingkan kedudukannya dalam PKR dari kemenangan calon Pakatan Rakyat

Bab Azmin dan kaitannya dengan kemelut kerusi di Bangan Serai ni aku malas nak ulas kali ni, mungkin aku ulas lain kali, tu pun kalau aku rajin... Hahaha... ~ cenangau



TERKINI ! PENTEMPURAN SEDANG BERLAKU, SEORANG MILITAN SULU TERBUNUH - OPS DAULAT 17HB.MAC

4.00 PTG - MENYUSUL LAGI..

BERITA TERKINI: PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU

KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA

PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa.

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!




12.30 TGH - 
Pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh. Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan.

Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.




Suspek Penceroboh Lahad Datu Bunuh Diri Jerut Leher Dalam Lokap

Semporna: Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.

Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernyamenggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.

Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kad pengenalan palsu -Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia.


TRAGEDI LAHAD DATU - US DIBELAKANG TAUSUG DAN KIRAM ? TEORI INI.. JANGAN DIPANDANG REMEH....

Rahsia Sulu part 10 ~ [Bonus video inside]




Tanya sama kiram 
Apa sebab datang.
Nanti jawab Kiram.
Najib yang undang...

Allahu Akbar!! Terima kasih kepada penjelasan muhibbah tuan Hj Muhammad Azam... beliau melihat dari sudut keseluruhan... saya berpandangan, atas keyakinan saya bahawa Tausug tidak akan tergamak menyerang Sabah... apa yang berlaku satu pihak mengumpan mereka ke sana dengan janji, bukan untuk perang... atas beberapa helah dalam kegagalan negosiasi yang mana semua pihak tidak menyadari, maka berlaku pertempuran... bila umpan mengena, yakni Tausug yang masuk itu terperangkap.... maka mereka terpaksa berperang... sedangkan KIRAM terus sahaja bertenggek di atas perlawanan mereka untuk NAIK sebagai SULTAN yang diiktiraf kononnya..

Dan hal ini... sangat jelas... ia didalangi oleh Amerika Syarikat... kerana dalam perancangan mereka... TAUSUG yang menjadi umpan itu takkan mahu serah diri kerana USA sangat faham dengan budaya Tausug yang tak akan serah diri... mereka akan susun media mereka di luar sana untuk sentiasa mainkan sentimen sehingga mengundang PBB masuk ke Sabah... dalam beberapa minggu lagi PBB dijadualkan akan masuk.... sekarang tentera USA dah berhimpun di perairan Sulu... beberapa minggu lalu mereka dah bertolak dari USA menuju ke laut sulu
..




Militia Sulu yang masuk ke Sabah dan terperangkap oleh janji yang mereka tak sedari itu, adalah seperti seekor cacing yang dicucuk badannya pada mata kail dijadikan umpan untuk satu misi KHUSUS.... Cacing pasti mati.... dan yang makan umpannya juga pasti MATI... ini program Khusus dari kesinambungan Pertelagahan Filipina dengan China keatas kedaulatan kepulauan Spratly yang kaya minyak itu..

USA sedang tenat.... Eropah sedang menjunam jatuh dalam perigi buta yang tiada penghujung..... PERANG HARUS DIMULAKAN..... untuk selamatkan tali perut USA dan Eropah.... sekarang perang sedang berlaku di SABAH... di Tawi-Tawi, kumpulan bersenjata MNLF sedang berhimpun beribu jumlahnya... bersedia menerima arahan KETUA MEREKA... mereka ini mendakwa TIADA KAITAN DENGAN KIRAM atau mana mana kesultanan pun.... kecuali arahan dari ketua mereka bahawa perlu masuk menyokong SULTAN SULU... buat masa ini mereka stanby atas nama MNLF... Semoga MNLF ini bertugas menjaga keamanan bukan sebaliknya.

CHINA dah maklumkan.... bila-bila masa China akan menyerang Jepun kerana pencerobohan wilayah... dan ini akan meluaskan peperangan sehingga menjadi DUNIA ke-III.... bersambung dengan perang di kepulauan Sulu yang mana USA sedang menyusun pertahanan di sana... Matlamat hanya satu berebut wilayah KAYA MINYAK... LAUT SULU dan Spratly...


Oleh Menteri belia dan sukan Tausug : Asree Sug



Temu ramah ringkas isu Lahad Datu-Sulu bersama aktivis kemanusiaan iaitu Saudara Ahmad Azam Ab Rahman. Beliau merupakan Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan juga Ahli Majlis The Union of NGO's of Islamic World (UNIW).

Persoalan yang akan dijawab adalah:

1. Apakah sejarah perjuangan Tausug & apakah yang diperjuangkan mereka?

2. Apakah kesan daripada peperangan yang telah mereka hadapi selama beratus-ratus tahun ini?

3. Apakah peranan NGO Islam dalam isu ini?

Pautan Global Peace Mission Malaysia: www.gpm.com.my Pautan UNIW: http://www.theunity.org/en/ Pautan Future Global Network: http://www.futureglobalnetwork.com/

NOTIS:

1. Segala kandungan program dan segmen yang diterbitkan oleh MyTV adalah hakmilik MYTV GLOBAL (002211073-K) dan boleh dimanfaatkan dengan syarat dimasukkan kredit kepada MyTV serta tanpa sebarang kepentingan komersial.

2. Sebarang maklumat, informasi, maklumbalas, komen dan apa jua perkara yang dipaparkan di dalam video berkenaan dan platform lain seperti youtube dan facebook adalah pandangan peribadi individu-individu yang berkenaan dan bukanlah mewakili pandangan dan pendirian MyTV





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...