16 Mac 2013

TERKINI ! Lahad Datu: Raja Muda Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata Jeneral

Terkini... nampaknya sekali lagi informer buat ramalan TEPAT....kerana telah melapurkan seminggu lepas...

Raja Muda Azzimuddin Kiram telah berjaya meloloskan diri dari KAWALAN KETAT, udara, darat, laut dan dalam sungai, tepi longkang, bilik air pasukan keselamatan negara.. dimana silapnya..?????? ...RUPANYA DIA BOLEH TERBANG...?



SHAH ALAM, 15 Mac — Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.

Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.

“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.

Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.

Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.

Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.

Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya PolisSabah Datuk Hamza Taib.

Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Ops Daulat.

Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.

“Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu,” katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.

Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.

Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.

Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.

Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu.

Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala Sembilan anggota pasukan keselamatan cedera.

KANTOI ! HINA POLIS... " CIKGU LOTFI DILAPORKAN MENPUNYAI MASALAH MENTAL "....?




Ini kes Laporan Kes tahun 2009

Siapa dia Cikgu Lotpi... lihat ketika kes 2009, saksi yang berada di tempat kejadian menyifatkan tindakan cikgu Lotpi seperti tidak siuman, melihat dari maksud laporan polis beliau mempunyai masalah mental sebelum ini  Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memandang serius perkara ini.. Cikgu Lotfi perlu menjalani ujian masalah mental di Hospital Tanjung Rambutan untuk membuktikan yang dia benar-benar waras..

Dalam  keadaan cikgu Lotfi macam ini ia mampu mengancam keselamatan guru dan anak muridnya yang lain. kita perlukan perhatian serius untuk perkara sebegini.




Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman


Suspek seorang guru (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."



POLIS KELANTAN KESAN TENAGA PENGAJAR HINA PASUKAN KESELAMATAN

Kota Bharu, 14 Mac - Polis Kelantan kini giat mengesan seorang
tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Feb lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

"Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong di sini hari ini.

Pada majlis itu, 96 anggota polis dari seluruh daerah di negeri ini diberi sijil penghargaan selepas menamatkan kursus bantuan awal menangani perusuh sebelum Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi.

'Print screen' yang ditunjukkan Jalaluddin kepada pemberita jelas menyatakan tenaga pengajar itu menghina anggota keselamatan yang berjuang menentang penceroboh di Lahad Datu dengan penggunaan perkataan seperti 'anjing', 'mati katak' dan 'doggie'.

Jalaluddin berkata beliau hairan dengan suspek yang berpendidikan tinggi, namun masih berfikiran sempit sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.


"Kami turut terima laporan polis yang dibuat oleh seorang penjawat awam pada 5 petang semalam berhubung perkara itu dan kami percaya suspek sedang bersembunyi di negeri ini," katanya. - 

15 Mac 2013

GEMPAR ! PROGRAM NAJIB DI TANAH MERAH DI LANDA RIBUT , BERITA YANG TAK ROYAK DALAM TV3....


Ribut melanda di tapak program Najib tanah merah tadi..tu lah duduk permainkan kalimah Allah sangat.

RIBUT MELANDA BEKWOH NAJIB DI TANAH MERAH. Bekecek jgn meto...bila meto..beginilah jadinya. Ada royat dalam tv3?...keh..kih...

Benda yang tobat tak akan ditayang dalam TV1,2,,3 Suku - Program Bekwoh Najib UMNO/BN di tanah merah dilanda ribut yang tiba-tiba muncul walau ramalan cuaca kata line clear hari ni.

Kerusi Pun Terbang Sampai Naik Atas Khemah Di Majlis Bekwoh PM Di Kelantan Siang Tadi Akibat Dipukul Ribut...



Najib Razak cuba buat lawak dengan bercerita hal dosa?

1. Dosa Pas pasal kalimah padahal yang luluskan tu BN - FITNAH

2. Pas tak tunai janji di Kelantan, yang sekat peruntukan negeri tu kerajaan pusat BN - FITNAH

3. Benarkan DAP hal tanah tinggi, yang Roopiah kaut tanah LTAT, Sharizat kaut duit NFC, duit Royalti tak bayar tu tak dosa? - FITNAH

4. Dosa Tian Chua dan Lahad Datu, Tian Chua dah saman blogger BN, Parpukari tu dah turunkan blog dia. Tian Chua tu Islam ke ada dosa? - FITNAH

5.Dosa kerjasama PAS, PKR & DAP. Umno, MCA, MIC, Gerakan tu buat apa? main congkak? - FITNAH

6. PAS permainkan matlamat. Yang mana satu, cuba bagitau sikit? Yang BN songlap sana sini, runtuh sana sini tu apa? huru hara, serang masjid tu apa? - FITNAH

p/s: Pergh, Najib dah pandai cakap bab dosa pahala.. Bukan senang tau nak cari PM yang tak tahu apa jenis Najis Mughallazah ni.

Jibjibjib... Kerja hang nak bodohkan rakyat je..puii ...kahkahkahkahkah

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT DARI LAHAD DATU - 15HB. MAC JUMAAT

updated : 11.15 MLM

Lahad Datu: Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya, kata Jeneral

SHAH ALAM, 15 Mac — Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.

Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.


“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli (gambar) dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.

Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.



updated 10.30  MLM

Harian Metro ‏@hmetromy

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram disahkan lari ke selatan Filipina meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu - Panglima ATM


Terkini... nampaknya sekali lagi informer aku TEPAT....kerana telah melapurkan seminggu lepas...


Raja Muda Azzimuddin Kiram telah berjaya meloloskan diri dari KAWALAN KETAT, udara, darat, laut dan dalam sungai, tepi longkang, bilik air pasukan keselamatan negara.. dimana silapnya..??????



7.30 MLM -Ops Daulat Update:

* 61 Pengganas Telah Ditembak Mati
* 233 Individu Ditahan
* 3 Hari Diberikan Kepada Kerajaan Filipina Untuk Menuntut Mayat Pengganas Atau Akan Dikebumikan Di Malaysia
* 3 Kubur Dengan 15 Mayat Penceroboh Ditemui Di Kg. Tanduo

*  Sebuah Bot laju Dari Filipina Dipintas Jam 12.15 mlm tadi 8 lelaki Berumur 17-29 Tahun ditahan.   300 Jerry Can dan 350,000 Peso turut dirampas


* pengganas Suluk cuba mencuri kenderaan ini dan kemudian terserempak dengan pasukan keselamatan.

#kesan tembakan di cermin dan hadapan pacuan 4 roda dapt dilihat





POLIS TAHAN DUA LELAKI DIPERCAYAI TALI BARUT PENGGANAS MILITAN

SEMPORNA -  Dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.

"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.



FILIPINA SUARAKAN KOMITMEN BANTU SELESAI ISU PENCEROBOHAN SABAH


Kerajaan Filipina melahirkan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah termasuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.



Ops Daulat: Penggunaan UAV Pertama Dalam Operasi Hakiki

Ramai tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.



Menyusul Lagi.......

Gempar !!!... PI Bala Meninggal dunia sebentar tadi

UPDATED 6.00 PTG _ Keluarga sedang uruskan bedah siasat PI Bala, tiada keraguan setakat ini

SUNGAI BULOH, 15 Mac – Keluarga P Balasubramaniam sedang menguruskan untuk bedah siasat dilakukan walaupun tiada kecurigaan terhadap berlakunya kecurigaan dalam kematian penyiasat persendirian yang memainkan peranan penting dalam misteri pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu

Pada waktu ini, ahli keluarga sedang menguruskan mayat untuk dihantar dari rumah keluarga di Rawang ke hospital Sungai Buloh di sini dimana peguam R Sivarasa sedang menguruskan autopsi untuk dijalankan.

Bercakap kepada pemberita, pemimpin PKR itu mendedahkan Balasubramiam mempunyai beberapa masalah jantung pada masa lalu dan mengatakan walaupun keluarga akan menunggu sehingga keputusan bedah siasat keluar, mereka percaya beliau meninggal dunia akibat daripada sakit jantung.

“Kelihatan seperti serangan jantung,” katanya.

Peguam tersebut menambah, Balasubramaniam telah mengadu sakit dada pada waktu pagi dan ahli keluarga telah membawanya ke klinik berhampiran rumah mereka di Rawang.

Bekas penyiasat persendirian itu diumumkan mati di klinik lebih kurang pukul 1.30 petang.




Baru mendapat berita PI Bala meninggal dunia, mayat kini di Hospital Sg Buluh..ini bukan khabar angin... memang benar Pi Bala meninggal dunia.. Dipercayai beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Sg. Buluh Dari Rawang, Takziah dari Admin. Adakah beliau di Racun berikutan keberanian beliau mendedahkan siapa yang mengarahkan Al Tantuya di Bunuh? Kita meminta Hospital melakukan bedahsiasat samaada mendiang di racun semasa mendapat rawatan jantungnya yang tersumbat.




Malang untuk PR kali ini.. takkala kita memerulukan beliau untuk mendedahkan siapa yang arah Al Tantuya di Bunuh,satu satunya saksi hidop mendapat sakit jantung dan akhirnya tiba tiba mendapat berita beliau telah pergi buat selama lamanya.. Siapa yang tersenyum ketika ini?
Apa yang sebenarnya berlaku ?

Tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.



Beliau sebelum ini terlibat sejurus sahaja selepas menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penginapannya di Chennai, India.

"Tiga (arteri) tersumbat dalam jantung saya, sekarang saya perlu mengambil ubat," kata Bala ketika ditemui Malaysiakini di wad sebuah hospital jantung swasta di Lembah Klang semalam.

PI Bala ditampilkan dalam beberapa siri ceramah pembangkang bagi menjelaskan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak yang rapat dengannya dalam beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhaan Altantuya dan dakwaan penutupan kes itu.

Bala menjelaskan, beliau pada mulanya rasa tidak kena semasa kempen di Kota Bahru pada 1 Mac lalu sebelum mengambil ubat penahan sakit tetapi kesihatannya OK selepas itu.

Bagaimanapun keesokan harinya ketika dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur keadaan itu kembali semula tetapi dia terus terlibat dalam program lain di Damansara.

Kesihatannya memburuk malam itu.

"Saya rasa sangat letih, saya tidur, kemudian pagi esoknya kira-kira jam 5 pagi saya tidak dapat bernafas, tetapi jika saya duduk (saya bernafas) OK, jika tidur tidak boleh," jelasnya.


SUMBER BERITA


@GobindSinghDeo: RT"@SivarasaRasiah: PI Bala passed away in the ambulance on route from Rawang to Sg Buluh Hospital #fb"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...