27 Disember 2012

INFO BANJIR TERKINI : 21, 800 DIPINDAH DI TERENGGANU & KELANTAN - SEMAKIN BURUK


 Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.

Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.

Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.




Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialah seramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), Hulu Terengganu (104), Besut (31) dan Marang (12).


Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.

Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak dengan 4,279 orang diikuti Tumpat (2,329), Kota Baharu (247) dan Pasir Puteh (145).

Kesemua mangsa perpindahan itu membabitkan 2,197 buah keluarga.

Kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berlegar di paras bahaya, sungai utama yang lain kini surut ke paras berjaga-jaga manakala semua jalan utama menghubungi Kelantan tidak terjejas. Cuaca di Kelantan sejak semalam adalah baik.

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata keadaan banjir beransur pulih dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan.

"Mangsa banjir di Kuantan telah menurun kepada 391 orang daripada 92 keluarga di empat pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.

"Bagi daerah Pekan pula satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di SK Sinar Mutiara, menempatkan seramai 44 orang daripada sembilan keluarga yang dipindahkan dari tiga perkampungan iaitu Kampung Cenderawasih, Kalong dan Sungai Miang," katanya.

Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan.
- Bernama

Kantoi ! Rebat Telefon Pintar Dah jadi Rembat Untuk Kroni...?

Anda hanya boleh membeli telefon pintar 1malaysia pada harga itu! 

........ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendedahkan bahawa rebat RM200 smartphone yang diumumkan dalam Bajet 2013 adalah hanya untuk telefon pintar yang berharga di bawah RM500.

Rebat telefon untuk tolong syarikat kroni Umno, bukan anak muda
 Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini.

“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.

“Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa. Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.

“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya.


SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:

- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.

- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.

- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.

- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.

- Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia, laporMalaysiakini.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM

KANTOI ! PERKASA SELAR KERAJAAN BN LEMAH..!!!


Pemimpin Perkasa akui kerajaan BN lemah


KOTA BHARU: Lima bas disewa khas di mana dua berwarna biru dan tiga lagi bas pelancong digunakan bagi mengangkut peserta demontrasi anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di perkarangan pejabat Mara pagi tadi.

Sebahagian wanita berpakaian tudung merah, seperti pakaian seragam Wanita Umno. Rata-rata berhujah yang hadir tidak sampai 1,000 orang, kebanyakannya warga emas.

Golongan muda hanya boleh dibilang dengan jari, mereka berada di satu penjuru pentas pidato (anak lori). Peserta yang tua berada di bawah bayangan pokok dan ruang parkir.

Biar pun pengerusi pada perhimpunan itu yang dikenali sebagai Ghazali memberitahu 5,000 hadir, agensi berita pula menulis 4,000. Namun rata-rata yang ditemui termasuk wartawan memberitahu tidak sampai 1,000 orang.

Perhimpunan itu mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar Kota Bharu. Kelihatan ramai anggota dan pegawai polis.
Anak muda yang lalu lalang hanya memerhati dari jauh kecuali difahamkan yang diupah dengan diangkut datang dari luar Kota Bharu.
Pidato pemimpin Umno yang berselindung di sebalik pelbagai nama NGO mengulangi apa yang dipaparkan dalam media Umno.
“Tidak ada isu yang menarik untuk didengar kecuali maki hamun sehingga menggelarkan pemimpin ulama PAS sebagai celaka.

“Paling menjelik dan memalukan rakyat Kelantan apabila bekas Ketua Penerangan Umno, Mohd Nor Deris menjerit-jerit seperti budak tadika di atas pentas,” ujar seorang wartawan.
Seorang pemimpin masyarakat dari Kampung Kasa, Pasir Mas pada awal memerhati gelagat pemimpin MRTK dan Perkasa, akhirnya melangkah pergi ketika Ustaz Nor Deris berucap.

Ramai juga warga emas mulai melintas jalan meninggalkan parkir Mara ketika seorang peguam yang dikenali sebagai Adli berucap. Makcik yang datang berkumpulan bertengek di birai parkir mengeleng-ngeleng kepala beberapa kali mendengar ucapan Ustaz Shamsul, wakil Minda Pondok.

Banner mengecam kerajaan negeri dan PAS digantung di tepi jalan berhadapan kompleks Mahkamah Kota Bharu. Bekas Adun BN Tendong, Fauzi Mohamad pula mendakwa Bazar Tok Guru yang menempatkan peniaga dari Pasar MPKB hanya hantu yang datang membeli.
Katanya orang Melayu di Kota Bharu tidak ada tempat hendak berniaga.
“Perkasa wujud kerana kerajaan BN yang ada sekarang lemah bagi memperjuangkan nasib rakyat,” katanya yang juga Yang Dipertua Perkasa Kelantan.

TERKINI ! SAH TEBING EMPANGAN PAYA BEDA RUNTUH ( PECAH ) - JURUTERA PROJEK


Banjir luar biasa di Besut ekoran limpahan air dari Empangan Paya Beda


BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.



“Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Laporan itu juga menyebut ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

“Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja.

“Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar,
katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campur tangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

Projek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan. – Bernama









LAPORAN BERKAITAN BANJIR SEBELUM INI :



BERITA 1 : BENCANA EMPANGAN PAYA BEDA 1


KESAN BANJIR DARI LIMPAHAN EMPANGAN PAYA BEDA :





Kedahkini

Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak Wajar Berundur...???

Panas! 2 pemimpin DAP Perak Isu Tanah, Sila Isytihar Harta Anda!

Dengan nilai tanah yang di katakan rm 30 juta jumlahnya, adalah satu jumlah yang
sungguh besar yang melibatkan pemimpin DAP Perak.

tim era pasca meminta supaya Ngeh Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dan juga Karpal
Sikh supaya mengISYTIHARkan harta masing masing, supaya umum tahu berapa
juta kah jumlah nilai harta mereka yang sebenarnya.

kami juga sudah memerhatikan perkara ini sejak beberapa hari yang lalu dan kami
juga tidak bersetuju seorang ahli parlimen mahupun adun untuk Pakatan Rakyat
mempunyai perniagaan terus dengan sebuah kerajaan negeri mahupun pusat,
kerana ianya mempunyai gelaja yang buruk seperti yang berlaku dalam parti
Barisan Nasional.

media media Barisan Nasional beserta barisan bloger bloger mereka saban hari
telah membongkarkan pelbagai perkara mengenai DAP Perak ini dan kami telah
mengambil jalan mudah supaya kedua dua pemimpin DAP ini tidak bersikap bermuka
muka seperti pemimpin Barisan Nasional.

bagi membersihkan nama mereka berdua, pengisytiharan harta adalah sangat
di perlukan bagi umum tahu bahawa mereka bukanlah PEROMPAK WANG
RAKYAT juga seperti pemimpin Barisan Nasional!

perniagaan yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri adalah
sangat di larang dalam sistem membanteras RASUAH dan SALAH GUNA KUASA!


by @tiewnama - Jika ada pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba untuk berniaga
dengan kerajaan negeri, Pemimpin itu WAJIB di singkirkan! puiii!!

CERITA INI TELAH DIDEDAHKAN OLEH MEDIA PERAK LEBIH 2 BULAN LALU 
HANGPA BACA DAN FIKIR...SIAPA BERNIAT JAHAT....

Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (6)
Oleh: MSK


Mula-mula sekali, aku nak ucap Merry Christmas kepada Ngeh dan Nga. Selalunya, setiap tahun, Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada Nga dan Ngeh…tapi tahun ini Santa datang bawa bala. he.he.

I’ve told you and I’ve warned you but you remaind cocky and arrogant. You reap what you sowed.

Setakat ini, skandal Ngeh dan Nga sudah tiap hari dimainkan dalam media. tapi Ngeh bernasib baik sebab dia masih boleh mengelak disebabkan kebodohan Blogger Umno dan juga pemimpin Umno.

Masih banyak rahsia sebenar skandal Upayapadu yang masih tersimpan dan apa yang dibicarakan oleh media hanyalah separuh daripada apa yang berlaku.

Umno membuat kesilapan kerana mengaitkan skandal Upayapadu ini dengan Nik Aziz. Seolah-olah Nik Aziz merasuah Ngeh dengan tanah di Kelantan supaya DAP menerima Nizar sebagai MB. Ini tak betul. Tapi…oleh kerana keghairahan Umno untuk menembak Pas dan DAP dengan satu peluru, akhirnya peluru tersebut kembali kepada Umno dan Ngeh terselamat..buat sementara.

Aku tak mau cakap tentang Upayapadu buat masa ini. Semua maklumat tentang apa yang berlaku sudah ada ditangan kepimpinan tertinggi DAP dan terpulang kepada mereka macam mana nak ambil tindakn terhadap Ngeh dan Nga. Cuma….kalau kepimpnan Pusat DAP cuba menyapu kes ini kebawah karpet..masa tu baru aku dedahkan seterusnya.

Dua hari lalu, Ngeh membuat kenyataan akhbar yang disiarkan dalam Roketkini.com dan juga laman rasmi DAP Perak yang menyebut bahawa Mediaperak berniat jahat.

Ngeh telah memaklumkan dan menerangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Perak sekitar dua bulan lalu mengenai perkara ini apabila blog “Media Perak” mula mengeluarkan laporan jahat terhadap beliau dan Nga melibatkan isu yang dibangkitkan”

Aku tak pernah tulis tentang skandal Upayapadu di Kelantan. Betul, aku pernah siarkan carian SSM tentang penglibatan Ngeh dan Nga dalam Upayapadu tapi aku tak pernah sebut tentang skandal tanah Kelantan. apa yang aku tulis ialah tentang skandal Ngeh di Chenderiang.

Aku juga siarkan tentang carian SSM tentang bisnis-bisnis yang dimiliki oleh Nga Kor Ming. Maklumat itu bukan rahsia sebab boleh diperolehi di SSM.

So, dimana yang dikatakan aku berniat jahat?

Tapi..oleh kerana Ngeh sudah melabelkan Mediaperak berniat jahat..bermakna dia sudah mengisytiharkan perang kepada Mediaperak.

Posting kali ini, aku nak tunjukkan macam mana perangai Ngeh.

Dalam Malaysian Insider, Ngeh ada sebut.

“As my personal integrity is being questioned, I would like to state that never in my whole life have I given a single sen of bribe and neither have I taken a single sen of bribe”.

Ok..I’m not talking about bribe and I’ve never accused both of them involving in bribery. I’m talking about integrity as state leaders.

Ngeh adalah Pengerusi Jawatankuasa DAP Lumut sehingga September 2011. Selepas itu, jawatan tersebut diambil alih oleh Ling Jeng Chai.

Semasa pemerintahan Ngeh dalam DAP Lumut, dia telah beberapa kali menggunakan duit parti untuk membuat sumbangan peribadi. Bila ada orang mati, Ngeh akan keluar duit dan bagi tau..”ini sumbangan peribadi dari Ngeh.” Kemudian claim duit parti. Mana boleh ma!!

Sekali lagi aku bagi tau, ini bukan tentang rasuah tapi integriti.

Mesyuarat Agung Jawatankuasa Perhubungan DAP Lumut pertama kalinya telah diadakan pada 14 Oktober 2012. Tapi, Ngeh panggil mesyuarat agung macam panggil minum kopi kat kopitiam. Tak ada notis mensyuarat dan tak ada minit mesyuarat. Akaun parti pun huru hara dan banyak keraguan. Akhirnya, ramai ahli yang memprotes dan mesyuarat agung pada 14 Oktober itu terpaksa ditangguhkan.

Mesyuarat Agung kali kedua ditetapkan pada 4 November 2012 dan pada masa itu, ahli-ahli mendapati akaun parti sudah berubah hingga menyebabkan baki terakhir tak sama dengan akaun terperinci.

Pada 1 Januari 2011, baki dibawa kehadapan ialah RM72,935.33.


×




×


So, baki setakat 31 Disember 2011 berjumlah RM37106.16. Tapi jumlah ini tak selaras dengan jumlah yang ada ditangan. ..dan bila ahli-ahli bertanya macam-macam soalan, Ngeh marah dan menangguhkan AGM ke tarikh lain.

Mesyuarat Agung Jawatankuasa Perhubungan DAP Lumut dibuat sekali lagi pada 4 November 2012 dan pada masa itu, Ngeh meminda akaun parti.

×


Akaun yang diberikan kepada ahli pada 14 Oktober berbaki 37106.16 manakala akaun pada 4 November pula berbaki 34671.26 Sudah ada perbezaan sebanyak RM2,334.80!! Macam mana duit parti boleh hilang sebanyak lebih dua ribu ringgit dalam masa 20 hari?

Bila ahli-ahli membantah, Ngeh menggunakan pengaruh untuk membuat pengundian secara angkat tangan. Dan oleh kerana Pengerusi Mesyuarat pada masa itu ialah Wong Kar Woh, maka dengan senang dia mempengaruhi ahli-ahli supaya menerima akaun tersebut.

Is this what you called “integrity”? Kalau akaun parti pun boleh diputarbelit, bagaimana kalau diberikan tanggungjawab untuk mengurus duit negeri?

Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (1)

Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (2)

Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (3)

Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (4)

Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (5)

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/26/ngeh-koo-ham-taiko-dap-perak-6/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...