15 Mac 2015

KORUPSI MAHATIR DIDEDAH SELEPAS SERANG NAJIB & 1MDB


Sibuk Isu 1MDB, Tun M Selesaikan Dulu Tuduhan Korupsinya


Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lantang menyuarakan hujahnya terhadap isu yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya berkaitan syarikat 1MDB.

Banyak kritikan tajam dilontarkan Tun M yang turut memaksa Putrajaya menjelaskannya kepada rakyat, namun satu persoalan kemudiannya berlegar di fikiran ramai…
[BERKAITAN: Tun M Ragu-Ragu, Wawasan 2020 Mungkin Gagal Dicapai]

Ketika zaman pemerintahan figura tersebut, beliau turut dihujani banyak kritikan tentang isu korupsi yang didakwa dilakukannya. Adakah semua itu sudah terjawab?

Dalam satu artikel yang dimuat naik The Rakyat Post, seorang individu, Rahman Mohd Irwan menulis tentang kontroversi yang berlegar ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan ‘perang’ dari segala sudut terhadap kerajaan Malaysia melalui blognya, chedet.cc, dengan serangan bertalu-talu terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merasakan dia boleh mempersoalkan banyak isu berdasarkan dakwaan ramai pihak tentang 1MDB dan Najib, mungkin telah tiba masanya untuk beliau turut menjawab tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya satu ketika dahulu.

Sebagai permulaan, Tun M patut menjawab persoalan yang dikemukakan George Soros, pengurus dana pelindung nilai yang telah menyenaraikan kesalahan dilakukan beliau dalam satu artikel terbitan The Bangkok Post pada 2012.


Tulis Soros, “Tiga anak kamu memiliki kekayaan US$8 billion. Di mana mereka mendapat jumlah sebanyak itu? Sudah tentulah, korupsi.

“Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia setelah mengkayakan diri sendiri dengan nilai berbilion-bilion.

“Kamu sebenarnya lebih dangkal dari apa yang dilihat individu lain. Berbilion dihabiskan untuk membina dua menara tinggi Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa. Kini, ia berdiri tinggi sebagai satu simbol kebodohan dan tidak bertanggungjawab.

“Bagaimana pula dengan penambakkan 10 pulau di Kedah? Ia sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentulah, kamu untung sebanyak 20 peratus.

“Dan sebuah jambatan merentasi perairan antarabangsa yang menghubungi Melaka dan Sumatera? Kenapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti, kamu masih akan mendapat keuntungan 20 peratus.



“Kamu menggelar saya sebagai dungu. Bagaimana seorang dungu mampu membuat sebegitu banyak duit? Dengan membenarkan penjualan singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank kamu, kami pengurus dana memberi keuntungan berjuta-juta daripada kekurangan pengalaman dan peraturan lemah kamu.

” Kamu telah menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan wang mereka, justeru kamulah si dungu itu.”

Barry Wain, seorang bekas editor di Asia Wall Street Journal dan penulis di Institute of Southeast Asian Studies di Singapura turut melakukan perkara sama.

Penulis Australia yang telah menetap di Asia lebih dari 40 tahun, menulis dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2009, bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, bahawa Tun M telah membazirkan RM100 bilion sepanjang perkhidmatannya sebagai perdana menteri.


Menurut Wain, sebahagian besar penipuan yang dilakukan Tun M termasuklah percubaan kerajaan memanipulasikan harga timah antarabangsa dan aktiviti perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global pada 1980-an.

Tulis Wain lagi, Tun M turut menggunakan dana tersembunyi yang dimiliki UMNO untuk mentransformasikan parti itu sebagai sebuah konglomerat besar dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.

Kesemua itu merupakan tuduhan-tuduhan serius yang perlu dijelaskan oleh Tun Mahathir yang hanya menepisnya tanpa jawapan jitu, sebelum ini.

Ketika menjangkakan pentadbiran sekarang untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakannya, adakah Tun M turut bersedia melakukan perkara sama terhadap dakwaan yang dibuat kepadanya?


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penyamun mesti kenal siperompak kerana mereka buat perkara yg sama.

Tanpa Nama berkata...

Umno.bn alias penyamun perompak perasuah pefitnah Ya Allah jauhilah diriku dan kaum muslimin.muslimat.daripada puak ini yg menjurumus keneraka. Sungguh azab.

Malaysiabaru berkata...

Mahathir is falling down falling down
my friend lady,
anak bapak dah letak jawatan harga minyak jahanam

mahafiraun dah jadi marcos dan mumia di masjid negara

pak wijawa berkata...

MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888







MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...