19 Mac 2015

AKHIRNYA MAS AKAN DITUTUP?


Khazanah, jangan guna taktik kotor buang pekerja MAS

PETALING JAYA: Jangan sesekali memandang rendah kuasa kesatuan sekerja. Satu insiden yang dapat membuktikannya adalah piket hebat pada tahun 2012 oleh tiga kesatuan, iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (Awus) dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah (Atwus), yang menyebabkan kegagalan cadangan perjanjian tukaran saham antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) dan AirAsia.

Nampaknya sejarah seperti akan berulang, kali ini berhubung kemungkinan pelepasan 6,000 kakitangan MAS. Kita akan sekali lagi melihat sama ada kesatuan ini berjaya membuatkan Khazanah Nasional Bhd membatalkan perancangan mereka.

Menurut dokumen yang dilaporkan The Edge Financial Daily, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) telah menghantar notis kepada kerajaan untuk mengadakan piket membantah rancangan Khazanah, yang merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan berkata, mereka tidak gembira dengan cara MAS mengendalikan perkara itu.


“Mengapa menjadikan 6,000 orang ini sebagai mangsa? Mereka selama ini setia dengan MAS. Tidak adil MAS berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Semut Harian.

“Pekerja-pekerja ini menjalankan tugas dan mematuhi arahan oleh pengurusan. Jika pengurusan yang menyalah urus sehingga menyebabkan kerugian kepada MAS, mengapa menghukum pekerja ini? Bukan begini cara mengendalikan isu ini. MAS patut mengekalkan mereka,” katanya.

Khazanah mengambil alih MAS pada tahun 2014. MAS sedia ada akan menghentikan operasinya pada 30 JUN ini dan akan menjadi penerbangan baru, Malaysia Airlines Berhad (MAB) bermula 1 Julai.

“Dalam pertukaran MAB daripada MAS pada 1 Julai ini, mengapa tidak semua kakitangan MAS dilayan sebagai transferee (penerima pindahan) atau assignee (pemegang serah hak)?

“Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 itu sendiri sangat berat sebelah dan bersifat diskriminasi.

“Di bawah akta baru itu, syarikat baru MAB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa bayaran. Secara perundangan, sesebuah akta tidak boleh bersifat sepihak. Seolah-olah MAB sahaja yang mempunyai hak dan kuasa di bawah akta ini,” kata Mohd Khalid lagi.

Akta MAS diluluskan di parlimen pada November lalu, dan akan memberikan perlindungan undang-undang kepada kebarangkalian pertikaian berhubung pekerjaan dan kontrak pembekal ketika transisi daripada MAS kepada MAB.

“Saya tidak fikir akta ini mengambil kira pihak berkaitan yang lain, terutama pekerja dan kesatuan sekerja.

“Akta seumpama ini tidak sepatutnya diluluskan. Apa-apa sahaja akta yang ingin diperkenalkan perlulah mengambil kira semua pihak yang terlibat. Bukan satu pihak sahaja,” katanya lagi.

MTUC Sarawak juga berpandangan sama, dan berkata undang-undang baru itu secara spesifik mensasarkan kakitangan MAS sebagai kambing hitam kepada siri salah urus yang menyebabkan syarikat penerbangan itu merudum.


Setiausahanya Andrew Lo dilaporkan berkata: “Ia tidak menyentuh isu kontrak berat sebelah dan salah urus secara langsung.

Lo menyebut isu “nasi lemak mahal” dan lukisan bernilai jutaan ringgit dalam pejabat pengerusi MAS, sebagai sebahagian daripada contoh jelas salah urus syarikat itu pada beberapa tahun terakhir.

“Memandangkan undang-undang sedia ada yang berkaitan industri dan kesatuan sekerja pun sudah cukup menekan, menyalahkan kesatuan dan pekerja di atas kemerosotan hanya menunjukkan betapa tidak cekapnya pengurusan dan lembaga pengarah MAS selama ini. Selagi isu salah urus tidak ditangani secara terus, apa-apa penstrukturan semula sukar untuk berjaya,” katanya.

Belia berkata, 6,000 pekerja MAS yang mungkin dilepaskan dalam proses penstrukturan semula itu kemungkinan tidak akan mendapat faedah pelepasan atau pampasan kerana aset MAS akan dipindahkan kepada MAB.

“Ini adalah hal yang paling tidak adil kerana akta baru membenarkan liabiliti oleh kreditor lain, termasuk kontrak berat sebelah untuk dipindahkan kepada MAB. Penafian hak asas pekerja pangkat rendah ini memang tidak boleh diterima.

“Lebih teruk, ia akan mengingkar perjanjian bersama sedia ada yang sudah pun dipersetujui oleh kesatuan dan MAS,” katanya lagi.


Menurut laporan yang memetik sumber, Nufam merancang untuk mengadakan piket ketika Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) berlangsung, yang dijadualkan bermula 17 hingga 21 Mac ini di Langkawi.

Laporan The Edge Financial Daily itu juga menyatakan perancangan terakhir untuk menyediakan surat pelepasan kepada kakitangan MAS sedang berjalan.

Kita hanya boleh tunggu dan lihat sama ada kesatuan berjaya pada kali ini, seterusnya memaksa Khazanah membatalkan perancangan itu.

- See more at:SINI

1 ulasan:

Unknown berkata...

MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888







MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...