18 Julai 2014

PUNCA 4 KAWASAN PERAIRAN SABAH KENA PERINTAH BERKURUNG TERBONGKAR!!!


4 kawasan perairan Sabah kena perintah berkurung


Persisiran pantai kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan negara.

Takut bolos lagi, semua penduduk di persisiran pantai Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Kota Belud dikenakan perintah berkurung serta merta sejak semalam bagi mengawal dan mengelak kemasukan warga Filipina ke Malaysia secara haram melalui Sabah.

Menurut penduduk Semporna yang dikenali sebagai Junaidi, kemasukan warga Filipina melalui beberapa kawasan perairan di Sabah memang sudah seharusnya dikawal sejak dulu lagi.

"Bukan mencari kelemahan pihak berkuasa tetapi hakikatnya, mereka sebenarnya bebas keluar masuk ke negara ini setiap hari tanpa halangan.

"Kami penduduk di sini hanya memerhatikan sahaja apa lagi sesetengah daripada mereka itu memang mempunyai saudara mara di Sabah," katanya ketika dihubungi pagi tadi.



Katanya, apabila dikenakan perintah berkurung, mereka tidak boleh ke laut untuk mencari rezeki.

"Kami ni semuanya nelayan dan hidup bergantung kepada hasil di laut. Sampai bila kami akan dikenakan perintah berkurung ini pun kami tak tahu.

"Masalahnya, bagaimana kami hendak cari duit kalau kami tidak boleh ke laut? Memang apa yang dilakukan sekarang adalah untuk kebaikan semua pihak tetapi fikirkanlah juga masalah yang kami terpaksa tanggung," jelasnya.

Menurut Junaidi, insiden culik yang semakin kerap berlaku di kawasan perairan Sabah sekarang turut membimbangkan penduduk.

“Sampai sudah ada yang terbunuh, itulah yang paling kami takut. Kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan lagi dan jangan sampai ada lagi yang bolos hingga berlaku kes penculikan lagi.

"Kami golongan nelayan laut hanya memerhati sahaja kerana tidak boleh buat apa-apa tetapi yang jelas, jika tidak dikenakan perintah berkurung begini, warga Filipina memang bebas keluar masuk ke negara kita," katanya. - MalaysiaGazette

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masaalah utama penculikankan adalah disebabkan perbezaan kemewahan yang terdapat direstoren diatas muka laut itu, cuba kita fikir dan lihat adakah yang pernah diserbu dan diculik itu adakah dari kalangan kaum nelayan sendiri ,jadi atas dasar kemewahan disitulah puncak penganas dari Filipina itu ambil kesempatan untuk menjana wang tebusan,lagi pula kerjaan malaysia juga telah jadi dwi standard kerana telah membayar sejumlah bayaran kepada yang menuntut konon Sabah adalah milik mereka yang berkesudahan dengan cerobohan tempoh hari,oleh itu kita yang nelayan ini mencari rezeki yang telah jadi mangsa keadaan,tolonglah cari jalan bagi yang telah terperangkap ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...