15 Julai 2014

ISU MB SELANGOR PUAK HANTU RAYA JE BISING DITAMBAH OLEH ASTRO!!!

Mesyuarat Sekretariat PR tidak bangkit isu MB

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membangkitkan soal calon pengganti kedudukan dan jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek menyangkal keras laporan beberapa rencana media mengenai dakwaan sedemikian.

“Isu Menteri Besar Selangor termasuk isu calon pengganti tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

“Perkara tersebut telah diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk dibincangkan,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali turut membuat kenyataan yang sama dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berlangsung.

Menurutnya, keputusan akhir mengenai isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kita mengharapkan sebelum raya akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden, dan mungkin salah satu isu yang akan dibincangkan adalah isu MB Selangor," kata Mustafa selepas mesyuarat berlangsung, semalam.

Malah Mustafa menegaskan apa-apa perkara khususnya berhubung kemelut itu mestilah bersama-sama dibincangkan dan diputuskan melalui Majlis Presiden. ~Sinarharian

Halimah: “Mungkin ada sedikit ribut dalam cangkir, itu biasa”


Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 JULAI: PAS Pusat masih belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat tekanan daripada sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata PAS Selangor masih lagi menunggu keputusan pimpinan tertinggi parti itu berhubung perkara berkenaan.



Beliau berkata, kerajaan Selangor sedia ada masih berfungsi seperti biasa waalupun pelbagai spekulasi timbul berkenaan jawatan Abdul Khalid.

“Kita serahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan tetapi kerajaan Selangor sedia ada masih berfungsi seperti biasa, mungkin adalah sedikit ribut dalam cangkir tetapi itu biasalah.

“PAS Pusat sudah memanggil Badan Perhubungan Selangor untuk mendengar penerangan berkenaan perkara ini dan sekarang dalam proses keputusan,” katanya ketika mengulas pendirian PAS berhubung jawatan tertinggi pemimpin negeri itu.

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar kini menerima tekanan daripada pihak tertentu apabila terdapat gesaan terbuka supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan yang disandangnya.



Terbaru, Abdul Khalid didakwa akan menyertai parti Islam itu selepas gambarnya sedang mengadakan perbincangan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimuat naik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Abdul Khalid dan beliau menegaskan turut bergambar bersama beberapa pemimpin daripada pelbagai parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).

1 ulasan:

otaistillkick berkata...

Muak dengan cerita penukaran mb Selangor. Adakah Pkr fikir Selangor Kubu kuat mereka. Jangan sampai pengundi Selangor gelar dsai dan juak juaknya sebagai ' mat teori ' .
Like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...