18 Jun 2014

TERKINI ! BOT KARAM DI BANTING, DIPERCAYAI 66 MANGSA HILANG - GAMBAR OPERASI

Pautan kekal imej terbenam

kemaskini :

Tongkang karam di Banting, 2 mayat ditemui

Click to Expand & Play


KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini setakat jam 11:30 pagi, mayat seorang lelaki dan seorang perempuan telah ditemui menjadikan seramai 35 orang masih belum ditemui dalam kejadian tongkang karam dekat Sungai Air Hitam, Banting.

Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 61 orang.

Pada awal pagi Rabu, sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing telah dilaporkan karam.

Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 12.24 pagi dan jentera penyelamat dihantar kurang 30 minit selepas itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil semasa dihubungi berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah ke sekitar pesisir pantai.

"Dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk sebuah helikopter. Buat masa ini sebuah pusat operasi turut dibuka di Jeti Pantai Klanang," kata Jaslizad.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.

Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.

Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.


66 PATI dikhuatiri lemas

Shah Alam: Seramai 66 pendatang tanpa izin hilang selepas bot yang membawa 97 penumpang karam di perairan berhampiran Sungai Air Hitam, Banting kira-kira 12 malam semalam.

Menurut sumber, bot berkenaan dalam perjalanan keluar dari perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey ke Acheh Indonesia.

Menurutnya, sehingga kini seramai 31 pendatang tanpa izin termasuk empat wanita dan dua kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh bomba bersama bantuan nelayan tempatan.

"Keadaan air surut menyebabkan bot tidak dapat menghampiri sungai dan operasi menyelamat mengalami sedikit kesukaran.

"Semua mangsa yang berjaya diselamatkan kini sudah dihantar ke Balai Polis Teluk Panglima Garang," katanya.


MENYUSUL....





Pautan kekal imej terbenam

Bot Karam muara Sg Langat, Banting. Ops adalah dari pelbagai agensi. Anggaran mgsa 97 org. Ops masih dijlnkn

Pautan kekal imej terbenam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...