20 Jun 2014

Pusat Pelacuran Terbesar Indon Ditutup




Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup buat selama-lamanya pada Rabu malam (18 Jun).

Penutupan Dolly disusuli dengan perhimpunan di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Menteri Sosial, Salim Segaf Al Jufri; Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini, anggota majlis perundangan wilayah, ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly.

“Apa yang perlu dikekalkan adalah sesuatu yang positif. Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya,” Salim dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara semasa perhimpunan pada Rabu.

Beliau memuji pihak berkuasa berkaitan yang bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

“Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini,” kata Salim.

Perhimpunan pada Rabu juga disusuli dengan perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran. Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...